Kalau daripada awal kita sendiri tak terlalu manjakan suami, insyaAllah suami akan setia membantu kita.

Bukan tak boleh manjakan suami. Manjakanlah dan memang fitrah suami memang suka dimanjakan. Cuma nasihat saya, jangan terlalu manjakan suami hingga suami terlupa diri dan menganiayai diri anda sendiri di kemudian hari.

Rata-rata kes sebegini melibatkan isteri yang terlalu memanjakan suami di awal perkahwinan dan bila keadaan bukan lagi seperti masa-masa manis tersebut, memang sukar untuk terus memanjakan suami malah boleh mengundang tekanan perasaan

Isteri Jangan Terlalu Manjakan Suami, Nanti Naik Kepala
.

Ada kes; sejak awal perkahwinan, isteri yang memakai dan menanggalkan sarung kaki suami ketika pergi dan balik dari bekerja. Isteri juga biasa menghulurkan cawan air kepada suami. Bila telah ada seorang cahayamata, rutin tersebut agak sukar untuk isteri lakukan memandangkan isteri perlu juga berikan perhatian kepada si anak. Malah, isteri bukanlah surirumah sepenuh masa sebaliknya turut sama bekerja, pergi dan balik sama masanya dengan suami.

IKLAN

Kes lain; seorang suami sering meminta wang daripada isteri. Alasan suami, pinjam nanti bayar balik. Mulanya sikit kemudian dalam jumlah yang banyak. Janji nak bayar, hanya tinggal janji. Bukan saja selalu mintak wang malah segala keperluan isteri tidak pernah ditunaikan. Macam-macam alasan diberikan: tidak mampu, banyak hutang, kena tolong keluarga dan macam-macam lagi.

Itu cuma dua kes berkaitan, memadai untuk saya jadikan contoh dalam perbincangan kali ini. Bukan cerita rekaan ye tetapi kes yang benar-benar berlaku dan saya dengar daripada pengadu sendiri. Sebulan dua atau setahun dua, mungkin isteri sanggup bersabar tapi kalau dah lama-lama? Bila dah cakap elok-elok dengan suami tapi suami masih dengan sikap yang sama. Malah boleh pula dengan nada angkuh menuduh isteri lalai tanggungjawab atau punya orang lain. Bila keadaan makin rumit, jalan dipilih ialah keluar daripada perkahwinan sedangkan hakikatnya, perceraian boleh dielakkan jika isteri bertegas terhadap suami.

Isteri Jangan Terlalu Manjakan Suami, Nanti Naik Kepala
.

IKLAN

Siapa kata isteri tidak boleh bertegas? Ya! Syurga isteri terletak pada keredhaan suami terhadap isteri. Itu kata hukum dan jelas. Tapi jangan lupa, hukum juga menyebut bahawa perkahwinan adalah berteraskan mawaddah iaitu kasih sayang dan rahmah. Rahmah hanya akan diperolehi apabila masing-masing pihak menjalankan tanggungjawab dan kewajipan yang ditetapkan oleh syarak bagi menunaikan hak pasangan.

Di dalam Islam, tanggungjawab isteri yang utama adalah patuh dan taat kepada suami namun kepatuhan pula mestilah tidak melanggar kehendak syarak. Kepatuhan juga bukan bererti hingga perlu menjadi hamba kepada suami sendiri. Wanita mendapat tempat yang mulia di sisi Islam. Kaum lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi wanita. Jika suami yang telah memegang janji untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi anda gagal berbuat demikian maka anda berhak bertegas untuk mendapatkan hak-hak itu.

Isteri Jangan Terlalu Manjakan Suami, Nanti Naik Kepala
.

IKLAN

Bertegas juga bermaksud anda tidak membiarkan suami anda mengabaikan tanggungjawabnya. Mungkin ada tikanya suami betul-betul di dalam kesusahan tetapi membiasakan membantu suami akan menyebabkan suami jadi lebih ‘liat’, tidak berusaha menyelesaikan masalah sebaliknya mengharapkan bantuan isteri semata-mata.

Sama juga dalam urusan rumahtangga. Ingat!! Bukan tugas wajib isteri untuk mengemas rumah atau memasak untuk anda sebaliknya semua tugas itu adalah bonus atas nama mawaddah wa rahmah. Sewajarnya sebagai suami, anda membantu isteri menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Kalau isteri yang bekerja, memang wajiblah anda membantu sebabnya isteri anda membantu anda mendapatkan perbelanjaan untuk kehidupan sempurna rumahtangga anda. Jika isteri anda suri rumah sepenuh masa pun, wajar juga anda bantu sebab melakukan kerja-kerja rumah tidak sama seperti melakukan kerja-kerja pejabat.

Isteri Jangan Terlalu Manjakan Suami, Nanti Naik Kepala
.

Malah, bekerjasama melakukan tanggungjawab anda adalah sebaik-baiknya. Kenapa nak berkira? Sekiranya benar anda menyayangi dan mengasihi pasangan anda, pasti anda inginkan dia hidup bahagia, betul? Bahagia takkan dapat dicapai jika hanya sebelah pihak yang sedia berkorban sebaliknya kebahagiaan akan diperolehi bila kedua-dua pihak bersedia berkorban bagai matahari, teguh mencurah haba dan cahaya dan masih mampu tegak berdiri.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI