Kita sering mendengar isteri selalu menjadi mangsa suami untuk lepaskan marah mereka, geram dan untuk puaskan hati. Isteri bukanlah tunggul kayu yang tiada perasaan dan diam sahaja bila di herdik.

Ia sama sekali salah dalam islam jika beginilah cara layanan kita kepada isteri. Malah, isteri adalah lebih bermakna kerana isteri adalah lubuk rezeki seorang suami. Isteri juga mampu menjadi penawar untuk suami yang sedang berduka.

Suami, bersandarlah kepada isteri saat kita sedang buntu kerana isteri ada penawar kepada 1001 masalah. Tak hilang pun sifat jejaka bila bersandar pada isteri, bahkan semakin tambah macho di mata, hati isteri. Banyak manfaat suami dapat daripada seorang isteri sebenarnya antaranya seperti ini

Isteri kita lebih bermakna dari tu kerana isteri lah lubuk rezeki si suami, isteri juga boleh jadi penawar untuk hati suami yang sedang bergelora.

1. Doa isteri adalah makbul buat suami

Isteri Juga Ada Perasaan, Bukan ‘Punching Bag’ Kalau Suami Ada Masalah

Doa isteri untuk suami pasti di makbul oleh Allah. Semakin kita bahagiakan isteri kita makin kerap isteri berdoa untuk kita. Bertuah si suami kalau isteri tak pernah lekang berdoa untuk suami. Cuba bayang kalau isteri tak bahagia? Berat tangan nak angkat berdoa jadinya.

IKLAN

2. Dimurahkan rezeki kerana isteri sentiasa bersyukur 

Isteri Juga Ada Perasaan, Bukan ‘Punching Bag’ Kalau Suami Ada Masalah
Sekadar Gambar Hiasan

Suami yang selalu cium dahi isteri, peluk dan berkata manis membuatkan isteri sentiasa bersyukur. Walau ada kekurangan isteri tak pernah merungut, buat suami rasa lebih tenang dan sabar. Rumahtangga sentiasa diberkati barulah rezeki tak segan nak datang.

3. Membuat suami lebih tenang dan sabar

Isteri Juga Ada Perasaan, Bukan ‘Punching Bag’ Kalau Suami Ada Masalah

IKLAN

Isteri yang sentiasa bersabar dan redha dalam apa jua keadaan berumah tangga lebih menenangkan hati suami. Kerana si isteri tidak banyak mengeluh membuat suami kurang stress, tenang dan lebih sabar. Nak suami yang penyabar banyakkan bersandar pada isteri.

4. Sokongan isteri tangga kejayaan suami

Sokongan isteri menjadi perangsang untuk suami lebih bersemangat mencari rezeki. Di saat suami buntu dan putus asa kata-kata sokongan dari isteri akan menjadi perangsang Monolog (kata hati) si suami untuk terus berusaha dan berjaya.

IKLAN

5. Suami yang manja buat isteri kekal cantik

Isteri yang cantik menyelesaikan banyak masalah suami. Nak isteri kekal cantik jangan buat mereka stress kerana bila stress “Hormon Cortisol” dalam badan isteri akan makin banyak. Bila stress kolagen akan berkurangan dan buat kulit isteri anda jadi kusam dan kering macam orang tua. Macam-macam masalah boleh timbul lepas tu.

6. Suami kekal sihat dan kuat

Isteri Juga Ada Perasaan, Bukan ‘Punching Bag’ Kalau Suami Ada Masalah

Seorang suami akan mendapat kekuatan daripada seorang isteri kerana baginya isteri adalah pembakar semangat untuk mereka terus kekal sihat dan kuat dalam menjaga keluarga. Tak perlu ubat atau herba lagi untuk jaga kesihatan dan kehebatan suami. Sentuhan isteri juga boleh elakkan mati pucuk.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI