Kejayaan sebuah keluarga tak melihat pada kegagalan isteri. Sebaliknya kejayaan suami penentu kejayaan keluarga.

Isteri tak pandai masak, tak sopan santun atau tak pandai jaga anak bukan isunya. Ini hanya alasan yang di cipta untuk melempiaskan ketidakpuasan hati bila apa yang di harapkan tak tercapai.

Suami adalah imam kepada isterinya. Bukan sahaja memimpin isteri dalam solat tapi dalam segala hal.

Isteri Kalau Tak Pandai Masak, Suami Kenalah Bagi ‘Sokongan Moral’ Sampai Pandai

1) Sebagai mana suami ada hak pada isteri begitu juga isteri ada hak pada suami. Jika suami dapat melaksanakan hak isteri sebaik mungkin, pasti isteri pun akan laksanakan hak suami sebaik mungkin. Jika suami culas tentang hak isteri maka isteri pun akan begitu.

2) Tanggungjawab suami sediakan segala keperluan fizikal dan material. Tempat tinggal, makan minum, pakaian, sakit demam isteri, ini keperluan asas. Mewah atau tidak tak mengapa asalkan usaha untuk menyediakan itu ada.

3) Tugas suami untuk mendidik isteri tentang adab dan akhlak. Sentiasa memimpin isteri tentang solat, fardu ain, rukun islam, rukun iman dan lain-lain. Oleh sebab inilah, suami kena sentiasa lebih baik dari isteri dalam bab adab dan akhlak.

IKLAN

4) Wanita adalah makhluk yang istimewa. Kekuatan dan kelemahan mereka terletak di emosi. Jika baik emosi mereka maka baik la yang dipersembahkan, begitu juga sebaliknya.

5) Seperti perut perlu di isi setiap hari, sama juga dengan emosi. Setiap hari emosi isteri perlu di “refill & recharge” dengan kasih sayang. Jadilah pendengar setia, beri sentuhan mesra dan bahagiakan isteri setiap hari supaya emosi mereka tak kering.

6) Ketika isteri sedang lakukan kerja rumah, suami jangan melepak sahaja. Sebaiknya bantu memudahkan kerja tersebut. Bukan sahaja dapat bantu isteri malah suami dapat menunjukkan teladan yang baik yang boleh di ikuti oleh anak-anak dan isteri.

Suami mestilah seorang yang “serba boleh” kerana sebagai pemimpin keluarga banyak keperluan yang perlu disediakan, banyak ragam yang perlu di layan dan banyak dugaan yang perlu di tempuh.

IKLAN

Serba boleh bukan bermaksud suami kena jadi hebat atau berharta. Serba boleh maksud di sini ialah si suami boleh jadi lembut, kasar, tegas, dan penyayang bila situasi memerlukan. Tak perlu mahir, asalkan “kesabaran” dan “usaha” itu ada dah cukup kerana 2 benda ini percuma setiap orang mampu berikan.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Sumber : Mohd Fhais 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI