Kuasa pelukan ni hebat tau, ia boleh membuatkan isteri anda bertambah sihat! Macam tak percaya je kan, tak perlu lama pun seminit pun dah cukup. Jom lihat di bawah apa manfaat pelukan suami buat isteri, bukan setakat merapatkan hubungn secara fizikal je malah emosi anda dan pasangan pun semakin erat. BIla emosi stabil isteri pun jadi makin cantik.

Mengurangkan Tekanan
Sebaik sahaja anda memeluk seseorang secara tidak langsung tubuh badan anda akan melepaskan hormon oksitosin. Lelaki dan wanita mempunyai perbezaan ketika mengeluarkan hormon ini, wanita akan melipat ganda oksitosin kerana tubuh badan wanita mempunyai hormon estrogen.

IKLAN

 

IKLAN

 

Mengurangkan Rasa Sakit
Bukan semua pasangan bernasib baik, kadang kala diuji dengan kesakitan yang tidak dapat ditempuh. Bagi pasangan anda yang sedang berjuang untuk melawan segala penyakit, anda sebagai suami boleh memberi dorongan dan pelukan untuk mengurangkan rasa sakit mereka. Hormon oksitosin juga dapat dilepaskan dan menyekat rasa sakit tersebut.

IKLAN
 

Melawan Selsema
Apa kata kalau anda dah mula rasa tidak sihat atau selsema, cepat-cepat pergi peluk suami! Jangan pandang remeh, pelukan dari orang yang anda sayang ni mampu melindungi anda dari serangan selsema tambah lagi jika anda berada dalam keadaan stress. Kalau peluk suami selalu walaupun dah selsema tak ada masalah, anda masih dapat kebaikannya.

4

Meningkatkan Keyakinan Diri
Kebiasaanya wanita sering berasa rendah diri dan tidak yakin dalam menempuh hari-hari mereka, ada sahaja perkara yang membuatkan mereka rasa insecure apabila melihat wanita lain lebih daripada mereka. Mungkin dengan pelukan suami anda boleh mengubah ia dan membuatkan anda berasa special sekali gus menigkatkan keyakinan diri anda.