Media sosial masih panas dengan isu poligami, apa lagi apabila ada sesetengah yang berani mati mengaitkan perkahwinan kedua adalah disebabkan mahu anak.
Ramai yang menolak namun pelakon Zarina Zainuddin tampil dengan sudut pandangan berbeza.
Kata Zarina Zainuddin, Poligami Ada Sudut Baiknya
Pada Zarina, hidup bermadu bukan masalah besar, sebaliknya satu situasi yang ada kebaikan.
Jelas Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Mohd Zainuddin, amalan poligami bukan kesalahan sekiranya seorang suami itu mampu dari segi zahir dan batin, sekali gus dapat membesarkan keluarga.
“Pendapat saya, kalau seseorang lelaki itu berkemampuan, apa salahnya dia nak menanggung keluarga lain (keluarga isteri kedua), kerana itu juga berkongsi rezeki.
Ads
“Secara tidak langsung, lelaki tersebut mampu membina satu keluarga yang besar, seterusnya besarlah lagi keturunan dia.
“Namun poligami biarlah dengan cara yang betul. Kalau kita nak kata suami kita tu 100 peratus adil, memang takkan ada,” katanya menerusi perkongsian dalam TikTok.
Perlu Reda Dan Mudahkan Urusan Suami
Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri sebagai individu yang menjalani kehidupan bermadu, Zarina berpendapat bahawa seorang isteri haruslah reda dan memudahkan urusan suami
Ads
“Isteri kena reda, tahu tempat dia, sedar bermadu dan perlu pandai isi masa supaya terlalu fikir sangat tentang suami. Jangan memberatkan suami, perasaan suami, sakit kepala suami nak fikir pasal isteri-isterinya.
“Bagi saya, tugas suami tanggung nafkah zahir dan batin, cukup lah kita dah ada suami yang jaga kita elok-elok. Apa yang penting, kita ada individu untuk mengadu.
“Perempuan tidak perlu bermusuh sebaliknya melindungi antara satu sama lain, jangan pernah ada perasaan negatif malah bersyukur dengan kurniaan Tuhan,” ujarnya.
Ads
Isteri Kena Beri Izin Suami Nak Kahwin Lagi
Paling utama kata Zarina, isteri sepatutnya memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain daripada dia melakukan perkara tidak baik di belakang.
Zarina mendirikan dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada 13 Julai 1993.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak lelaki iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang menghidap autisme.
Kadang-kadang bingung memikirkan apakah menu yang ingin disajikan pada suami tersayang. Buat anda yang baru berkahwin dan masih belum mahir memasak, boleh cuba resipi-resipi yang mudah.
Antara menu yamg mudah, cepat dimasak dan pastinya membuka selera ialah Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai.
1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan
Garam secukup rasa
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.
3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.
Jadikan sebagai rutin malam kulit cantik, sesuai buat anda yang bakal jadi raja sehari dan terus boleh amalkan setiap malam bagi kekalkan istilah natural beauty.
Rutin Malam Kulit Cantik
Biasanya wanita yang tak suka mekap akan suka dengan rutin cantik ini sebab wajah akan nampak berseri dan tak kusam. Begitulah petua yang diamalkan oleh Sharifah Nurul Azir ini, jom buat juga!
Cuma perlukan bahan ini:
Facial mask
Hatomugi toner
Cara Buat:
Tuangkan dalam sedikit bekas dan letak facial mask dan biarkan sampai kembang. Nanti boleh terus letak di muka.
Okay, anda boleh amalkan dalam 2 – 3 kali seminggu buat rutin malam ini dan selain pakai sheet mask, anda boleh guna pakai compress mask yang di jual di eco. Ini jimat!
Sambil tengok TV pun boleh pakai, layan je tenang-tenang manjakan kulit wajah.
Toner ini viral dan sangat bagus untuk kulit jadi lembap dan segar. Kalau anda jenis tak suka pakai mekap tebal, boleh amalkan rutin malam kulit cantik ini, pasti puas hati dengan hasilnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular satu video pelakon, Datin Intan Najuwa menerima seekor kuda hadiah istimewa daripada suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman sempena ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun.
Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dalam akaun TikTok, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid itu berkongsi video memaparkan dia bersama kuda yang diberi nama Trulala.
Teruja Melihat Intan Najuwa Terima Hadiah Kuda
Jelas dirinya cukup bahagia dan bertuah, ramai netizen turut menzahirkan rasa teruja dan tumpang gembira melihat hadiah tersebut dan menyifatkan kehidupan Intan tak ubah dilayan seperti seorang puteri.
“Meganya hadiah hari lahir Intan, awak memang dijaga lelaki yang tepat, saya tumpang gembira melihat kebahagiaan awak,” komen seorang peminat.
“Kehidupan Intan macam seorang puteri dalam kisah dongeng, sempurna dan bahagia menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang saling melengkapi,” demikian komen seorang lagi netizen.
Selesa Dengan Panggilan Namanya
Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan tersebut pada 18 Ogos lalu di Desaru Coast, Johor dan menerima wang hantaran sebanyak RM222,000.
Walau menjadi suri hati kepada lelaki berpangkat Datuk, Intan lebih selesa dipanggil namanya kerana baginya, gelaran semua manusia sama sahaja di sisi Yang Maha Pencipta.
Begitulah bertuahnya Intan dengan kehadiran jodohnya, selayaknya dilayan seperti seorang puteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!