Seronok bila bergelar isteri. Boleh jaga suami dan anak-anak. Di situ juga kita bina kebahagiaan dan momen bersama. Penat? Sudah semestinya tetapi kita gembira. Namun, yang lebih menggembirakan bial suami pun ringan tulang dan bagi masa untuk kita berehat.
Perkongsian Firdaus Shakirin tentang kepada seorang isteri memang patut dihadam baik para isteri. Lebihkanlah diri sendiri dulu sebelum membahagiakan orang lain.
Wahai wanita yang bernama ISTERI.
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita.
Bahagiakan diri mu sendiri.
Anak akan membesar dan akan pergi kepada keluarga dia.
Suami tak akan selamanya dengan kita.
Rumah yang kita sudah bersihkan tetap akan kotor kembali.
Tetapi pelihara lah emosi kita dan kesihatan kita kerana disitu tiada istilah peluang kedua.
Kesan terhadap fizikal, mental dan emosi seorang wanita yg bergelar isteri dan juga ibu dalam mengimbangi antara kerjaya, pembelajaran anak, layanan terhadap suami dan menguruskan keje2 rumah.
Wanita itu multi-tasking.
Wanita boleh berfikir dua tiga perkara dalam masa yang sama, wanita juga boleh melakukan dua tiga perkara dalam masa sama…
Namun, mereka ada limit mereka.
Jika kita nampak mood isteri dah tak keruan, jika kita nampak dia dah mula marah-marah, jika kita nampak dia dah mula tinggi suara, jika kita nampak dia duduk diam macam tengah berfikir tanpa buat apa-apa, termenung, mengelamun, bermimpi disiang hari, maka dia sebenarnya sedang menghantar isyarat bantuan.
Dia perlukan pertolongan, bebanan yang dipikulnya perlu diringankan.
Dia dah penat dengan multi-task yang dia perlu handle. Kalau dia fokus kepada anak-anak, nanti suami balik tak ada apa nak makan.
Kalau dia fokus pada kerja-kerja rumah, nanti kerja sekolah anak tak sempat disiapkan.
Kalau dia ambik pendekatan buat setakat yang mampu, maka dia tak puas hati bila masih ada perkara yang tertunda, tak sempat dibuatnya.
Fizikal dah penat, emosi dah sarat, mental dah tenat…
Suami perlu step in, ambik dan buat apa yang isteri selalu buat…jadikan itu sebagai tugas kita pula, ambil alih daripada isteri sepenuhnya…
InsyaAllah, lebih harmoni dan tenang si isteri bila suami berkongsi bebanan dengannya…
Kredit: Firdaus Shakirin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI