
‘Signature Style” AMAZE Buat Youtuber Nampak WOW Di Hari Pernikahan

Cantiknya Youtuber Johanis Sani dalam persalinan busana kahwin rekaan Amaze! Signature style Amaze ditonjolkan dalam terjemahan paling classy dan menawan ketika majlis akad nikah Johanis dan Arrief yang diadakan baru-baru ini.

Memilih rona putih sedondon dengan suami tercinta, pasangan mempelai ini dinikahkan bapa Johanis, Mohamad Sani dengan mas kahwin RM100. Sebelum acara akad nikah berlangsung, bridesmaid yang melangkah masuk bersama dulang hantaran tampak manis dengan persalinan kaftan moden dari rona pastel membangkitkan aura suasana mewah.


Memetik kapsyen Amaze, gaun berpotongan duyung polos itu telah diolah dengan statement piece tersendiri.

Gaun berpotongan duyung polos, namun lengan diolah punya “statement piece” tersendiri. Lengan bervolum semakin menjadi “signature style” AMAZÉ.
Dibega penuh kembang dan bermanset, diserikan lagi dengan perincian halus manikam juga permata atas renda Solstiss ini. Panel bahu suntik elemen lebih romantis; renda kekapis di hujung panel buat gaya lebih manis.

‘Ruched neckline’ dengan kolar kedut juga diolah senada penuh renda, agar tampil lebih dreamy dan ‘demure’. Hadir dalam rona putih gading fabrik sutera Crepe.
Solekan Johanis sentuhan daripada jurusolek Ahma Dani serta dandanan rambut oleh Syuk Qadir pada malam pernikahannya juga begitu lembut dan manis, sesuai dengan si ratu sehari. Tidak terlalu overdo, penampilan Johanis head-to-toe begitu mempesonakan!

Johanis dan Arieff sudah melangsungkan pertunangan pada Disember 2021 tahun lalu. Mereka memilih Dream Catcher Wedding Planner sebagai perancang perkahwinan dan dekorasi sewaktu pertunangan.





Bakal Ibu Muda Wajar Ambil 400 Mikrogram Asid Folik Setiap Hari Seawal Merancang Untuk Hamil Sehingga 12 Minggu Kehamilan

APA ITU ASID FOLIK
Bagi wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mengambil asid folik sebagai langkah persediaan untuk hamil juga diambil oleh wanita yang ingin mengandung atau yang sedang mengandung untuk kesihatan otak bayi dan juga untuk menambahkan sel merah dalam wanita.
Secara amnya, 85 dalam 100 wanita Malaysia tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka. Mereka bertanggungjawab untuk mengambil asid folik sekiranya tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika merancang untuk hamil.
Dos yang anda diperlukan hanyalah 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan suplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama sewaktu kehamilan.
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Semua wanita digalakkan untuk mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan. Dos yang sama diteruskan sehingga bersalin. Dos yang lebih tinggi hanya untuk sesetengah kumpulan ibu hamil seperti ibu ada kencing manis (diabetes). Semasa menyusu bayi pula, sebanyak 500 mikrogram disarankan demi kesinambungan pemulihan si ibu. Cadangan ini tidak tertakluk kepada berapa banyak makanan atau sayuran yang mengandungi asid folik yang boleh diambil oleh ibu hamil dalam tempoh berkenaan.
BAGUS KE ASID FOLIK INI?
Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang. Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.
Folic acid ini juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.
BERAPA BANYAK DIPERLUKAN?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Manakala wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
BILA BOLEH DIAMBIL?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
BANYAK MAKANAN YANG DIPERKAYA ASID FOLIK, SEPERTI :
– Roti yang diperkaya
– Bijirin
– Tepung
– Pastas
– Nasi
– Produk bijirin lain

SIAPA YANG PERLUKAN ASID FOLIK?
Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung. Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang juga merawat kesuburan pada lelaki.
Selain daripada anemia dan kecacatan kongenital, kekurangan asid folik boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lain, termasuk:
- Risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kemurungan klinikal
- Kemungkinan masalah dengan ingatan dan fungsi otak, penyakit Alzheimer’s
- Satu risiko yang lebih tinggi berpotensi mendapat penyakit alergi
- Risiko potensi jangka panjang yang lebih tinggi untuk kepadatan tulang yang lebih rendah
Rupa Cantik Belum Tentu Boleh Jadi Isteri Terbaik. Banyak Benda Kena Tahu Sebelum Nak Jadi Isteri Orang.

Masuk hal kahwin, bukan perkara kecil-kecil sebab yang akan bina hidup bersama ialah kau dan dia. Belum masuk bab keluarga, kawan-kawan dan saudara mara. Jadi nak kahwin, perempuan kena baiki dulu mana yang kurang. Jangan rupa je cantik tapi..kongsi lelaki bernama Amir Syahir ini.
Nak jadi isteri orang ni kena baiki mana kurang. Kau kena jadi isteri yang berilmu, bijak dan pandai menguruskan hal ehwal rumah tangga.
Rupa yang cantik tapi mentaliti kelas ketiga tak guna jugak kan? Biarlah “beauty with brains” orang putih kabor.
Baiki perangai di bawah sebelum jadi isteri. Ayuh baca.
***
Berjanji pada pakwe je yang kau nak bertudung lepas kahwin. Tak nak bagi bakal suami berdosa. Dekat ayah kau tak kesian ke dik?. Pakwe suruh solat baru nak solat. Mak kau suruh 10 kali, kau liat nak solat.
Pakai tudung dah elok, tapi pakai legging. Tak elok gitu. Tak payah nak hipster sangat lah. Peha kau dah la besar. Dah serupa sarung nangka je.
Tak menipu keluarga demi pakwe. Kata ke mak ayah nak keluar dengan kawan perempuan pergi mengaji tetapi keluar dengan pakwe.
Nak minta putus dengan pakwe kau janganlah bagi alasan “awak terlalu baik untuk saya.” Macam bangang je. Terus terang je lah. Senang cerita, jangan bagi harapan kalau kau tak suka langsung dekat dia. Simple.
Tidak update status luahan hati, marah-marah, maki-maki semua tu. Tak manis lah. Orang dah boleh tahu dah tahap mentaliti dan perangai kau dik.
Tidak perlu up gambar muka setiap hari, selfie setiap hari. Nak masak selfie. Nak pergi makan pun selfie. Nak solat selfie. Nak pergi kedai pun selfie. Lepas tu up gambar muka tulis caption, “Kedai sayur Mak Cik Kiah tutup”. Adehh. Apa kena mengena dengan muka kau dengan Kedai Mak Cik Kiah gua pun tak tahu.
Cuba belajar kurangkan emosi, mudah sentap tu. Sikit-sikit merajuk. Pakwe / tunang bluetick mesej WhatsApp pun meroyan bagai. Dah merajuk, makan banyak. Lepas tu jadi gemok. Dah gemok, bising.
Kalau pakwe / tunang kau balas mesej pendek-pendek je, lepas tu cakap busy la, kena kerja hujung minggu tu, kau rileks je. Dorang nak cari duit kahwin untuk korang tu. Jangan berprasangka buruk sangat okey?
Jangan minta pakwe / tunang belanja makan tempat sedap, belanja tengok wayang. Setiap bulan minta hadiah. Lepastu kau kata dia tak menyimpan duit untuk kahwin dengan kau. Kalau boleh sama-samalah kumpul duit belanja kahwin ye. Nak hidup sama-sama juga kan lepas ni?
Jangan manja sangat. Jangan anggap pakwe / tunang kau tu kepunyaan kau sorang. Jika pakwe / tunang kau bergaji enam angka setiap bulan tak apalah. Ini empat angka, lepastu anak sulung. Adik beradik dia kena tanggung. Ha, mereputlah nak melayan kehendak kau sorang je. Banyak lagi tanggungjawab dia.
Yang masih single tu jangan risau, kau akan jumpa bakal suami yang kau impikan.Tuhan bagi sesorang yang kita perlu bukan yang kita mahu. Kau sabar je.
Dalam masa kau tengah sabar tu kau perbaiki la perangai kau. Ini tazabar tazabar nak jadi bini orang, mak suruh potong bawang pun buat muka. Jalan hentak kaki je kalau kena angkat kain di ampaian.
Ruang terbesar dalam hidup kita ialah ruang untuk berubah. Belajar menjadi isteri yang terbaik ?
Kah!
#AmirSyahir
Foto : Sekadar Gambar Hiasan