
Jika perkara berkaitan mengemas dan melakukan kerja-kerja rumah, pasti ia ditujukan kepada kaum ibu atau isteri. Bagaikan sudah sebati bahawa kerja-kerja di rumah wajib diuruskan sepenuhnya oleh kaum wanita yang bergelar ibu atau isteri. Jika si ayah dan anak-anak turut membantu, ia dianggap bernasib baik kerana dapat meringankan tugas dan kerja.
Perkongsian oleh Ahmad Affzan Abdullah di laman facebooknya dapat membuka mata dan minda netizen. Sebenarnya kerja-kerja di rumah tidaklah wajib dilakukan oleh para ibu dan isteri.
Benarlah, masing-masing mendiami rumah yang sama dan menggunakan apa sahaja kemudahan dan peralatan dirumah, tetapi mengapa hanya si ibu dan isteri yang perlu beria-ria mengemas, mencuci dan menjaga keadaan rumah agar ia selesa untuk didiami? seperti tidak adil pula kan?
Sebenarnya untung apabila suami banyak membantu membuat kerja-kerja dirumah. Apabila isteri tidak sihat, suami sudah terbiasa dan dapat melakukannya kerja-kerja di rumah tanpa rasa kekok. Apatah lagi jika isteri meninggal, tiadalah keadaan rumah dan anak-anak menjadi tidak terurus.
Sesiapa yang selama ini mengabaikan tanggungjawab melakukan kerja-kerja di rumah tu, bolehlah cuba mengambil alih beberapa tugas ibu atau isteri dirumah. Tidak perlu berasa malu untuk menyidai pakaian di ampaian macam orang zaman dulu-dulu kerana takut digelar kuli kepada isteri.
Kerja-kerja dirumah tidak pernah habis dan tidaklah kepenatan itu ditanggung oleh si isteri sahaja. Apa pendapat kalian?
Paling Serasi Bila Anak Sulung Dipasangkan Dengan Anak Bongsu, Ini Sebabnya

Mereka beranggapan anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala. Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian. Mereka ini dikatakan pasangan yang akan ‘panas’ dan susah untuk serasi. Betul ke? Jom semak apa lagi andaian yang dikaitkan hanya melihat melalui kedudukan atau pangkat dalam keluarga.

Anak Sulung Dengan Anak Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Anak Sulung Dengan Anak Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya.

Anak Sulung Dengan Anak Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan menjadi lebih dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan seperti sikap keanak-anakan.
Anak Tengah Dengan Anak Tengah
Pasangan ini sangat serasi. Mereka melengkapi antara satu sama lain. Anak-anak tengah selalunya mempunyai sikap yang lebih berdikari dan matang dalam segala hal. Namun anak tengah sering berahsia. Kebanyakkan pergaduhan tercetus kerana kurang komunikasi antara mereka. Tetapi masalah mudah diselesaikan kerana dua-dua ada sikap berkompromi.
Anak Tengah Dengan Anak Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, kerana si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Si anak tengah mampu bertolenrasi dan mempunyai sikap yang lebih tenang untuk mengawasi si anak bongsu. Tidak kira samada si bongsu itu lelaki atau wanita.

Anak Bongsu Dengan Anak Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang mempunyai banyak persamaan memang menyeronokkan. Namun kadangkala ia sebenarnya lebih banyak keburukkan. Umum mengetahui sifat anak bongsu adalah manja. Maka jika kedua-duanya manja, susah untuk mereka bertolenrasi. Ego masing-masing akan sampai kemuncak kerana masing-masing susah untuk beralah.
Apa pun, semua ini berbalik kepada perancangan yang Esa. Yang baik anda boleh ambik sebagai pemangkin atau pengalaman untuk teruskan kehidupan. Yang buruk jadikan sempadan sahaja. Tidak semua yang dikatakan orang-orang lama adalah tepat, kalau benar sekali pun itu mungkin kebetulan semata-mata.
Ada Suami, Biarlah Dia Jadi Tempat Bergantung. Isteri Berdikari Kena Selalu Ingat Ni!

Dalam kehidupan yang serba moden ini membuatkan pasangan suami isteri terpaksa bekerja demi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Hinggakan kadangkala si isteri pula yang terpaksa mengeluarkan duit untuk menanggung keluarga.
Bukan tak boleh untuk isteri menampung keluarga tetapi ia merupakan tanggungjawab suami. Isteri hanya membantu mana yang tidak cukup sahaja. Walaupun isteri ikhlas untuk membantu, biarlah suami tunaikan tanggungjawabnya dahulu kerana dikhuatiri suami terlalu selesa dan mula mengabaikan tanggungjawabnya.
Seperti perkongsian oleh Firdaus Shakirin menerusi Facebook, beliau menasihati agar seorang isteri yang bekerjaya agar tidak mengajar diri untuk beli serba serbi dengan duit sendiri dan jangan tanggung segalanya selagi masih mempunyai suami. Jangan bagi suami lupa tanggungjawab dan jangan ajar serta manjakan suami dengan hasil duit isteri.
Jom kita baca perkongsian penuh oleh beliau. Semoga bermanfaat untuk anda di luar sana.
Sekadar menasihati…
Andainya anda seorang isteri yang bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, jangan ajar diri untuk beli serba serbi dengan duit sendiri…barang dapur habis, beli…bil-bil utility, bayar…perbelanjaan anak, minyak kereta, komitmen keluarga, semua ni jangan tanggung segalanya sendiri ketika anda masih lagi ada SUAMI…
Walaupun pendapatan awak lebih tinggi ke atau awak memang ikhlas nak bantu suami, tolong letakkan tanggungjawab tu di tempat yang sepatutnya dahulu…
Apa yang sepatutnya suami bayar, biar dia bayar…apa yang sepatutnya suami tanggung, biar dia tanggung…
Tak cukup, baru awak support…baru tiba saat di mana peranan awak diperlukan…
Nowadays, banyak suami yang diajar untuk menjadi selesa…serba serbi isteri dah setelkan…kesannya ialah, dia ada lebihan duit untuk digunakan ke arah lain, dia akan take for granted akan apa yang dibuat isteri, dan dia juga boleh lupa diri…
Buang mentaliti isteri kena ada duit sendiri supaya senang ank beli apa yg dihajati…
BACA: Setinggi Mana Pun Gaji Isteri, Jangan Sesekali Jatuhkan Martabat Suami
Walaupun ada duit sendiri, tetap mintak duit dari suami untuk apa-apa yang awak nak beli…tetap guna duit suami jika itu sepatutnya ditanggung suami…
Jangan bagi suami lupa tanggungjawab dia, jangan ajar dan manjakan suami dengan duit hasil isteri…
Meringankan beban dan mengambil alih beban maksudnya tak sama...
Dan kepada suami, niat nak menjadikan isteri seorang yg berdikari itu tak salah, tapi fikirlah, sekiranya isteri terlebih berdikari, mampu beli atau buat serba serbi sendiri, maka ketika itu, senang atau tidak untuk kita mengawalnya?
Kehidupan dia tu umpama hidup tanpa suami…kegunaan suami dan sumbangan suami dalam hidupnya mungkin 20 percent sahaja, selebihnya 80 percent adalah dari dirinya semata-mata…
Ada suami atau tidak ada suami, baginya sama…tolong jalankan tanggungjawab dan kewajipan kita ikut kemampuan yang ada…tak cukup, baru mintak pertolongan isteri…
Dan takde isteri dalam dunia ni yang sanggup tengok suami dia susah dan merana…
Buat suami, jangan abaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga. Ya, memang isteri akan bantu apa yang patut tetapi anda tidak boleh terlalu selesa kerana itu sebenarnya merupakan tanggungjawab anda. Buat isteri pula, bergantunglah juga pada suami dan jangan terlalu berdikari. Bantulah suami jika suami memerlukan bantuan anda. Kerana wang, ramai pasangan yang berpisah. Jadi, rancang kewangan keluarga anda sebaiknya.
Kredit: Facebook Firdaus Shakirin
Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Gaji Bawah RM1400 Sebulan Masih Boleh Menyimpan Untuk Kahwin

Dunia kini yang makin lama makin mencabar buat lebih ramai anak muda untuk takut melangsungkan perkahwinan. Dengan gaji yang tidak seberapa dan hanya cukup makan sendiri, bagaimana pula untuk menjaga anak orang nanti.
Lelaki ini kongsi, bagaimana dengan gaji RM1400 boleh menyimpan untuk kahwin.
Kerja
simpanan
rumah sewa
duit makan & belanja
tempoh masa kumpul duit
tips tambahan