Masalah suami adalah bila isteri kerap beli barang online, mesti dia kata membazir. Sebenarnya isteri beli peralatan rumah untuk kegunaan bersama, bukan untuk kepentingan dirinya. So sebagai suami kena faham dan biarlah isteri buat apa yang mereka suka, mereka lebih tahu apa yang kurang dan lebih dalam rumah anda tu.

Ini perkongsian dari Muhammad Yusof yang boleh anda jadikan sebagai pengajaran.

Isteri Mithali Biasanya Faham Tahap Kemampuan Suaminya

Balik-balik rumah aku tengok ada barang pos bini aku sampai. Entah apalah yang dibelinya. Besar pulak tu. Baru je aku rasa dia beli barang online hari tu, hari ni sampai lagi barang.

Dalam hati aku rasa macam nak meledak je buat apa la asyik-asyik beli barang, asyik-asyik beli barang tiap minggu ni, tapi itulah bini kita ni macam ada instinct pulak tiba-tiba je ada suara dari dapur bagitau: ‘Yang beli jam Gshock sampai 9, 10 pasang tu untuk apa ya? Yang beli kasut Adidas, Nike, Dr Martens sampai berbelas pasang ni sapa nak pakai ya? Yang beli basikal mahal-mahal sampai berkarat tak naik, buat apa ya?’. Piung, piung berdesup macam pistol dia punya suara.

‘Saya beli vacuum baru yang jenis portable tak payah pakai wayar, kan senang sikit nak sedut habuk bawah sofa.’ Suara tu sambung bebel.

IKLAN

Pesanan aku buat lelaki/suami: perempuan ni bukan jenis beli yang ngarut-ngarut macam kita. Dorang biasa beli online untuk mempermudahkan kerja-kerja dorang kat rumah. Periuk Noxxa, vacuum robot, iron Phillips, make up, printer Epson, air fryer, steam mop, bantal Das Abdul, ni antara barang yang biasanya jadi wish list bagi kaum perempuan(aku rasa mana-mana perempuan pun akan setuju dengan wish list ni, rasanyalah).

Dulu aku agak tak berapa berkenan, buat apalah main kutu semata-mata nak beli Iron Philips yang harga beribu, kan banyak lagi iron yang murah-murah, rupa-rupanya bila dah ada iron tu depan mata, memang jadi mudah banyak kerja seharian aku dan bini rupanya.

Bagi kaum lelaki, sematkan dijiwa korang, percayalah bila bini ko beli apa-apa barang online ke offline ke, percayalah ianya sangat-sangat bermanfaat dan berguna untuk korang seisi keluarga. Contohnya, periuk Noxxa, iron Phillips, penapis air(tak sempat minum pun air tapi orang asyik mesej nak datang service), printer Epson, vacuum robot, vacuum takde wayar, air fryer, etc etc.

IKLAN

Isteri ni bila lelaki beli barang ngarut-ngarut, kasut la, raketlah, playstation4prolah, kereta hotwheellah, mesin mancinglah, jam gshocklah, basikallah, motorlah, takdelah pulak dorang nak marah tapi bila je si bini nak beli bag harga RM500 mulalah si laki nak jeling, buat apalah beli mahal-mahal, padahal beg clutch LV si suami tu harga RM600.

So, pada suami, biarlah isteri nak beli apapun. Biar dorang reward diri dorang setelah penat bekerja.

Dalam masa yang sama, yang laki ni kenalah faham sekali-sekala bagilah sesuatu surprise kat isteri. Bawak pi makan ke, bagi bunga ke, tak payah yang mahal-mahal. Cinta bukannya pada wang ringgit kan? Tapi itulah, ada orang kata kalau suami hadiah gelang emas, isteri akan senyum lebar sampai kat telinga selama seminggu. Tak tau la betul ke tak? 🙂

IKLAN

Tapi semua tu basicly biarlah ikut kemampuan. Isteri mithali biasanya faham tahap kemampuan suaminya kalau tak takkan lah kebanyakkan isteri kerja nak tampung ekonomi keluarga, kan?

 

 

SUMBER : FACEBOOK Muhammad Yusof 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI