Rajuk dan manja seakan rencah dalam sesebuah rumah tangga. Yang selalu mer4juk tentulah isteri kerana sememangnya wanita sentiasa ‘laparkan’ perhatian seorang lelaki bergelar suami. Bila isteri merajuk, jangan terus-terus menghukumnya dan jangan sesekali membiarkan dia merajuk terlalu lama. Pujuklah segera kerana selalunya isteri gemar dipujuk oleh suami. Sekadar merajuk manja.

Namun hati-hati para isteri sekalian. Ini kerana merajuk juga boleh mengundang kepada haram dan derhaka.

Berikut perkongsian oleh PU Salman

BENARKAH ISTERI MER4JUK ITU HARAM DAN DERHAKA

MERAJUK YANG HARUS

Pendam rasa hati, muka sedih dan kecewa dan kata-kata lembut emotional. Ini adalah fitrah manusia. Allah SWT berfirman:

وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ (97)

Dan sesungguhnya kami mengetahui sesungguhnya engkau berasa sempit dadamu (s4kit hati) kerana apa yg mereka ucapkan. 97 : Al-Hijr

Ads

Nabi SAW pun ada rasa dis4kiti hatinya apatah lagi sang isteri manusia biasa.

Isteri Nak Merajuk Boleh, Tapi Jangan Sampai Derhaka

Kadang-kadang dengan merajuk sebegini suami baru perasan suami telah meny4kiti isteri.

MERAJUK YANG D0SA TAPI TAK NU SYUZ

Ads

Kata-kata yang menyakiti suami seperti herdik, meninggi suara, hempas pintu dan seumpanya. (Rujuk nas kitab dibawah)

MERAJUK YANG HARAM DAN NU SYUZ (DERHAKA)

Enggan bersama tanpa sebab yang dibenarkan dan keluar tanpa izin suami .

وقال الخطيب الشربيني في “مغنى المحتاج” (3/ 259 ط/ دار الفكر): [وَالنُّشُوزُ هُوَ الْخُرُوجُ مِنْ الْمَنْزِلِ بِغَيْرِ إذْنِ الزَّوْجِ لا إلَى الْقَاضِي لِطَلَبِ الْحَقِّ مِنْهُ، وَلا إلَى اكْتِسَابِهَا النَّفَقَةَ إذَا أَعْسَرَ بِهَا الزَّوْجُ، وَلا إلَى اسْتِفْتَاءٍ إذَا لَمْ يَكُنْ زَوْجُهَا فَقِيهًا وَلَمْ يَسْتَفْتِ لَهَا، وَكَمَنْعِهَا الزَّوْجَ مِنْ الاسْتِمْتَاعِ وَلَوْ غَيْرَ الْجِمَاعِ لا مَنْعِهَا لَهُ مِنْهُ تَدَلُّلا، وَلا الشَّتْمُ لَهُ، وَلا الإِيذَاءُ لَهُ بِاللِّسَانِ أَوْ غَيْرِهِ بَلْ تَأْثَمُ بِهِ،

Ads

Imam Khatib asSyarbini menyebut dlm kitab Mughnil Muhtaj:

Derhaka isteri adalah:

1. Keluar rumah tanpa izin kecuali 3 sebab a) jumpa Qadi untuk minta hak daripada suaminya b) bekerja bila suami tak mampu c) jumpa mufti untuk tanya hukum.

2. Isteri tidak mahu permintaan suami untuk bercumbu walaupun tak sampai tahap ji mak. Kalau menolak kerana bermanja-manja takpa.

Tidak dikira nu syuz (derhaka) apabila isteri maki hamun, atau menyakiti dengan lidah atau sebagainya walaupun ianya berd0sa.

Bila disebut derhaka ianya sudah menjadi d0sa besar dan gugur nafkah daripada suami. Maka bukanlah semua merajuk itu dilarang. Malahan setengahnya baik untuk menyedari suami.

Sumber kredit: PU Salman

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI