Majlis resepsi merupakan kemuncak majlis perkahwinan yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh setiap mempelai. Usai majlis wajib iaitu pernikahan yang kebiasaannya hanya di hadiri oleh kaum keluarga terdekat, kini tibalah masanya untuk mengundang kaum keluarga serta sahabat handai sama-sama meraikan hari bahagia di majlis resepsi atau persandingan. Namun bagi Meor Izz Rasydan Darsani, majlis persandingan yang di rancang bersama isteri tersayang, Fazliana Sjafni berlangsung dalam suasana yang berbeza dan diluar kawalannya.
"Perasaan sangat sebak apabila terpaksa berjalan dan duduk di atas pelamin sendirian ketika majlis resepsi tanpa diiringi isteri walhal ia adalah hari penting buat kami berdua," kata Meor Izz Rasydan Darsani. Bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin, Meor Izz Rasydan bersanding tanpa ditemani isteri tersayang yang tidak dapat hadir akibat dijangkiti wabak Covid-19.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @kakleeha itu turut kelihatan pengantin perempuan lengkap dengan busana songket biru sedondon, namun hanya mampu berada di skrin komputer riba disebabkan sedang menjalani kuarantin kendiri.
Menurut Meor, dia dan isteri tersayang sudah merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah dewan di Jalan Ampang, di sini, hampir setahun lalu. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 22 Februari lalu.
Ketika ditanya perasannya ketika majlis tersebut, Meor Izz Rasydan sememangnya tidak dapat menyembunyikan rasa sebaik dan sedih di atas apa yang berlaku tetapi tetap reda dengan ketentuan Illahi.
"Rasa sebak dan sedih tetapi saya akur, reda atas ketentuan Ilahi jika ini qada dan qadar Allah yang sudah tertulis," katanya.lagi.
Tambah Meor Izz Rasydan lagi, isteri tersayang disahkan positif Covid-19 sehari sebelum majlis resepsi iaitu pada 27 Februari lalu selepas melakukan ujian RT-PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction).. Secara kebetulan, selepas bernikah mereka tinggal berasingan dan disebabkan itu Meor tidak bergejala dan keputusan ujian Covid-19 juga menunjukkan negatif.
"Bagi mengatasi situasi tidak terduga ini, saya bersama adik ipar dan keluarga suami cuba sedaya upaya mencari jalan dengan cara mengadakan persandingan secara virtual iaitu melalui panggilan video. Sebagai satu alternatif, majlis persandingan tetap diadakan dengan meletakkan komputer riba di pelamin dan saya pula di rumah hanya mampu membuat panggilan video dengan sepersalinan songket yang sepatutnya kami idamkan untuk dipakai bersama pada majlis resepsi," katanya yang masih menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Ketika ditanya mengapa masih meneruskan majis persandingan,pasangan raja sehari sepakat mengadakan majlis persandingan walaupun secara virtual kerana kebanyakan tetamu jemputan sudah tiba di Kuala Lumpur sehari lebih awal.
"Bukan disebabkan kos, tetapi sebaliknya undangan jauh dari Perak, Perlis dan Sabah sudah tiba sehari awal. Alhamdulillah, majlis tetap berjalan dengan lancar walaupun tanpa pengantin perempuan bersanding sama," katanya yang reda dengan ujian yang menimpanya.
Sumber: Harian Metro & Meor Izz Rasydan Darsani.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cinta di zaman sekolah biasanya jarang-jarang yang kekal lama, maklum jelah cinta monyet. Namun cinta monyet yang dilalui Zhafri Zaini bukanlah cinta biasa. Minat dan kesabarannya menunggu Farhin Nadhira sejak darjah 5 berhasil apabila cinta pasangan ini berakhir ke jinjang pelamin.
“Kata orang kalau jumpa seseorang yang buat hati kita tenang tiap kali memandang, itulah tandanya jodoh kita. Sebab tu bila mula2 aku tengok dia ni aku yakin dialah jodoh aku. Hehehe walaupun masa tu kecik lagi tapi tak tahu lah kenapa memang suka sangat kacau dia. Takkan pernah lepaskan dah. Layan jelah apa je kerenah dia. Biasalah perempuan,” ujar Zhafri Zaini di laman Instagramnya.
Kisah pasangan ini mula tular apabila Farhin Nadhira berkongsi perjalanan cinta mereka di laman Instagramnya. Malah Zhafri Zaini juga turut mengakui yang dia mula meminati Farhin Nadhira sejak 12 tahun yang lalu.
Farhin Nadhira yang mulanya rimas dengan kehadiran Zhafri Zaini, akhirnya menyukai dan merindui lelaki ini. Itulah kata orang, daripada tak suka lama-kelamaan boleh berputiknya cinta.
Ikuti serba sedikit kisah perkenalan dan cabaran yang mereka lalui hingga berputiknya cinta yang berakhir ke mahligai bahagia. Semoga perkahwinan mereka akan kekal hingga ke hujung nyawa.
Alkisahnya mula kat sk balok. Masa darjah 5. Jadi budak baru biasalah saham naik. Tak tahu cerita, kisahnya dia duk perati lama dah rupanya. Kahkah miang awal budak tu ? Masuk tahun 6 selalu kena kacau paling teruk dia lah pengacau tu. 1st day masuk tahun baru tu dah kena dah. Tarik tudung tepuk dahi sekat kaki n macam2 lagi.
Dah kenapa budak ni cari pasal memanjang. Menyampah gila kot masa tu ? Mentang2 tinggi aku yang kemetot ni sedap2 dia buli. Tak kenal dia pun tapi dia ni lain macam sikit. Kira manusia jenis yang hilangkan mood aku nak g sekolah. HAHA
Masa tu aku orang ejek dengan orang lain, dia dengan orang lain. Aku siap jadi posmen dia lagi. Last2 aku retired tugas tu sebab nampak dia makin lain macam. Aku malas nak hadap dia dah. Menakutkan! HAHA
Dia acah2 popular jugak la kat sekolah masa tu sebab player football lah sangat. Masa dia pegi main bola kat jakarta hidup aku tenang setenangnya kat sekolah tu ? punya dahsyat dia punya penangan. Bila dia balik terus datang balik gangguan hidup aku ? “Assalamualaikum, farhin ada?”
Tetiba msg kat fon ummi aku orang cari aku. Kecohla kejap satu rumah bila tahu ada budak laki cari aku. Ummi pulak marah kenapa bagi nombor ummi kat orang. Budak laki pulak. Kecik2 jangan nak galok. Kena sebijik! ? Tak puashati betul sebab mana dia dapat entoh nombor ummi tu ?
Si pengacau ni tak habis kat situ. Hari2 msg dia masuk ulang ayat sama ?
“Assalamualaikum, farhin ada?” Walaupun takde yang jawab dia tak putus asa. Hari2 lah mcm tu. Lama2 ummi try reply. “Waalaikumussalam. Ni sape?”
“Mawi” “Artis tu ke?” “Hahaha..bukan.. ni kawan farhin kat sk balok. Nie sape mak dia ke?”
“Oo kenapa cari farhin? Ye ummi dia”
“Saje je makcik..hehe lama tak tengok dia sebab saya baru balik dari jakarta”
“Jauhnya..pegi bercuti ke?”
“Tak..g main bola”
“Jauhnya main. Tak cukup padang ke kat Malaysia?”
“Hahahahaha..makcik buat lawak”
Ummi melawak & menyakat ingat dia serik. Rupanya makin dekat ? Tak menjadi plan ni ? Dan sejak hari tu ummi dengan bantuan kakyong @ayong_beautywithlovera layankan aje budak ni. Hari2 msg mesti mula ayat sama walaupun bukan aku yang layan. Aku just dengar cite dari ummi & k.yong je. Macam tu lah hari2. Bila pegi sekolah aku buat tak tahu walaupun tiap kali sampai sekolah ada je muka dia tersengih2 tak kira tempat ??
Masa terus berlalu aku layan tak layan jela dia. Tapi dia tak de nampak nak give up pun ? Hari2 msg aku kat nombor ummi. Sebab aku mana ada fon masa tu. Bila time msg dia kami kongsi cerita 3 beranak. Termasuk kakak aku. Sebab ummi jenis tak suka anak dia buat hal belakang2. Semua benda mesti share. Ummi tak nak halang anak2 dia berkawan tapi mesti ummi tapis. Nak2 anak perempuan! Huhu
Sebab tu bila start nampak aku dah terlayan sikit2 si mawi (nama gelaran kat sekolah masa tu. Banyak nama panggilan dia. Jef pon ye. Nama kat padang orang panggil mawi.) Ummi call ibu lepas tahu dia guna tefon ibu. Ummi risau apa cakap orang anak dara menggedik dengan anak jantan orang. Walhal msg gaduh2 ummi tu punya risau takut aku senyap2 menggedik. Haha. Memang taklah! Sekali dengan tenang ibu jawab tahu kitorang kawan. Ibu jef cakap tak boleh nak halang anak2 ni. Takut sakit jiwa diorang. Hahahahaha sportingnya ibu!
Tapi aku macam tu lah. Serabut jugak la bila hari2 dia msg hari2 dia kirim salam. Time dia lepak (port dia n geng kat padang belakang umah aku je) padahal dia duk taman jauh seberang jalan. Dalam hati aku cakap menyebok betullah! Aku nak main kat padang je dia ada. Nampak hari2 dah pagi kat sekolah. Petang ada lagi. Kat sekolah kirim salam balik umah kirim salam. Korang ghase tak macamana tahap gangguan yang aku terima? Serabut ya Rabbi! HAHAHAHA
Start masuk sek men aku start layan jugak la dia. Sebab tak boleh tipu hati dah mula merindu sebab bila jauh. Hahaha kan dah terrrrr.. Sebab tu orang tua cakap jangan terlampau menyampah kat orang. Nanti terkenang2?
Kami sama2 duk hostel kat temerloh. Tp aku sekolah agama. Dia sekolah sukan. Macam pelikkan? Haha ustazah vs pemain bola. Lama2 ummi bagi restu jugakla sebab ummi rasa dia ok. Sebab dia cakap dia suka aku n family aku. Dia nak jadi adik k.yong nak jadi anak ummi. Nak ada orang tempat rujuk pasal agama. Ok fine.. haha konon bijak ngat lah tu. Nak anak ngorat habis kakak dengan mak! Tak mampu dah untuk ku menolak ? Tapi kan biasalah banyak cabaran bila start berkawan. Cara dia aku tak selesa. Banyak bercanggah. Aku jenis terus terang. Benda aku tak suka aku cakap tak suka. Aku suruh dia blah kalau tak mampu nak ikut cara aku. Yelah, aku sekolah agama. Family aku macamana. Dia pon tahu. Aku taknak kongkong dia.
Bukan aku baik sangat tapi itu didikan yang aku dapat dari family aku. Terutama pergaulan bebas lelaki perempuan. Dia macam bebas sikit aku pulak lain. So kami bergaduh jugakla pasal ni. Aku tak suka so mintak dia buat perubahan atau tinggal aku ? Aku rasa dia tak bebas berkawan dengan aku. Takleh mcm kapel2 lain. Takde istilah dating2 bergayut2 apa lagi ke hulu ke hilir berdua. Memang takla. Kalau jumpa mesti ada family mengekor.
Sebab tu senyap2 dia skandal. Sedih la aku masa tu. Aku punya jaga diri aku hati aku. Tapi dia mcm tu. Aku siap msg ibu dia aku cakap aku tak nak kawan dah dengan jef sebab dia dah ada yang lain dan dia pon ngaku. Ibu tak jawab tapi aku yakin ibu mesti marah dia. Hahaha padan muka
Masa tu aku rasa memang dah tak guna aku tunggu mamat ni. 2x kot kantoi dengan orang lain2. Menyakitkan hati. Dia tak henti2 mohon maaf merayu2 kat Ummi n k.yong. Diorang jela duk layan n nasihat dia. Sebab aku dah “terpergi” kat orang lain untuk lupakan dia ? Dia pulak tak serik datang jugak walaupun dah kena halau n janji nak ubah. Dia cakap yang lain tu suka2 je sebab bosan bila aku takde. Macam2 lah ayat memujuk dia update kat status fb mention nama aku siap. Yang tahu tu tahu lah. sampai aku rasa rimas. Tak malu betul Mamat ni ? Sampai aku nak online pon takut!
Banyak kali la aku terima n buang dia. Tapi dia stay macamtu. Buat silap mintak maaf n ulang lagi. Aku rasa letih n nekad tinggal terus dah masa tu sebab aku rasa dia dah ada orang lain. Aku pun ramai je masa tu boleh pilih ? Ecehhh bajet hot dah pulak. Family nasihatkan aku suh ambik masa sebab bukan senang nak ubah orang sekaligus. Lagipun bebas dia yang aku nampak tu takla teruk mana tapi benda2 yang aku tak suka sebab aku pun tak buat. Dia percaya aku 200% masa tu. Tapi aku hampir langsung tak percaya dia sebab dah terkena luka tu parah berdarah payah nak ubat dah ?
Sejak tu aku dah tak peduli dia. Aku makin tak yakin boleh hidup dengan dia. Nak pulak dunia kami berbeza. Andaikata nanti dia main hebat n popular aku lagi lah merana. Rasa tak kot nak jadi wife public figure! HAHAHA. Jauh aku punya kerisauan. Memang tak yakin sebab tu aku malas nak letak harapan dah. Tapi dia betul2 lain lepas kes tu. Sebab bukan aku je dah pulau dia. Dengan umi kak yong n family semua dah tak boleh terima.
Lama2 tak terdaya jugak dah n lagi sekali ego aku jatuh. Kitorang get back. Kali ni aku cakap last chance dah. Kalau dia buat lagi tu maknanya dia memang nak aku blah!
Alhamdulillah aku nampak, family nampak. Kawan2 dia kawan2 aku nampak dia banyak berubah. Aku harap dia ikhlas bukan sebab aku semata. Tapi lillahi taala ?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas lama berdiam diri, akhirnya penyanyi, Aliff Aziz tampil bersuara menjawab beberapa persoalan berhubung kontroversi membabitkan dirinya dengan isteri iaitu Bella Astillah.
Menurut Aliff, 33, dia sengaja mendiamkan diri kerana menyedari kesilapan yang dilakukan dan enggan isu itu terus menjadi panas.
Lama Diamkan Diri, Akhirnya Aliff Tampil Bersuara
“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last lah.
“Sebab kalau aku yang cakap dulu, perkara tu akan berbalas-balas dan ia akan jadi lebih teruk dan ‘bising” katanya.”
Kesal Dengan Pendedahan Aib Isteri
Aliff menjelaskan mengenai perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang dimuat naik pada Khamis.
Aliff turut meluahkan kekesalan kerana mendedahkan aib isterinya termasuklah dakwaan curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir.
Luah Aliff, semasa pendedahan itu dia terlalu marah sehingga tidak mampu mengawal emosinya.
“la perkara yang salah, dan saya menyesal tentang perkara itu sebab pada akhirnya dia (Bella) tetap ibu kepada anak-anak saya.
“Semasa itu saya dipenuhi rasa marah kebencian dan menyesal,” ujarnya.
Titiskan Air Mata, Menyesal Dengan Apa Yang Berlaku
Dalam rakaman podcast itu juga Aliff dilihat menitiskan air apabila diminta menyampaikan luahan terhadap Bella Astillah.
Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
lni susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Enggan Ceraikan Bella
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.
Namun Bella menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.
Sekadar rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang YouTuber Pakistan telah menarik perhatian warga maya apabila dia menghadiahkan seekor anak keldai kepada isterinya semasa majlis perkahwinan mereka.
Azlan Shah dari Karachi telah menghadiahkan haiwan itu kepada isterinya, Dr Warisha yang merupakan seorang pempengaruh di media sosial.
Azlan berkata, dia tahu isterinya amat menyayangi anak keldai. Atas alasan itu dia telah menghadiahkan haiwan tersebut sempena majlis perkahwinan mereka.
Video acara tersebut disiarkan di laman Instagram Azlan dan telah ditonton sebanyak 2.81 juta kali.
Dalam video itu, Azlan menyatakan “Persoalannya ialah mengapa keldai dijadikan hadiah? Jadi jawapannya ialah anda (pengantin) menyukainya dan kedua anda paling rajin dan penyayang.”