Hari berganti hari dan tahun berganti tahun, namun zuriat yang ditunggu belum juga diperoleh. Semakin hari keluarga mentua termasuk ipar duai sering bertanya dan seolah mendesak untuk mempunyai zuriat sendiri. Lebih mengecewakan apabila si ibu mentua pula mencadangkan anda mengambil anak angkat atau meminta suami berkahwin lain.

Fenomena seperti ini nyata menjadikan keadaan lebih rumit dan tekanan yang dilalui menyebabkan mereka sering bertengkar sehingga hampir bercerai. Situasi ini pastinya tdilalui oleh banyak pasangan kan, apa yang harus anda lakukan bila terjadinya masalah seperti ini. Buat semua pengantin baru, anda perlu belajar untuk atasi situasi ini.

Isteri Sukar Mengandung, Orang Luar Dinasihatkan Jangan Menyibuk Dan Tambah Stres

Apa perlu anda buat?

 

BERSABAR

Perkara seumpama ini sememangnya memberikan cabaran dan penderitaan mental kepada pasangan yang diuji dengan masalah tidak punya zuriat. Namun sebagai suami isteri khususnya pasangan beragama Islam perlu sentiasa bersabar dan redha dengan ketentuan dan suratan Yang Maha Kuasa.

Isteri Sukar Mengandung, Orang Luar Dinasihatkan Jangan Menyibuk Dan Tambah Stres

IKLAN

 

SUAMI PERLU BERTOLAK ANSUR

Sekiranya terdapat masalah serta pertengkaran berlaku, suami atau isteri perlu sama-sama bertolak ansur dan amalkan komunikasi yang baik dan berkesan agar masalah terasa hati dan salah faham tidak berlarutan sehingga menjurus kepada perceraian.Sesungguhnya cerai adalah perkara halal yang paling tidak disukai Allah.

Isteri Sukar Mengandung, Orang Luar Dinasihatkan Jangan Menyibuk Dan Tambah Stres

JAGA AIB

IKLAN

Jaga aib dan rahsia rumah tangga, paling penting jangan ceritakan kepada orang luar apatah lagi ibu atau keluarga sendiri. Banyak kejadian percerian yang direkodkan mahakamah syariah hari ini adalah disebabkan campur tangan orang ketiga terutamanya mentua. Tanpa sedar komen negatif serta pandangan mereka memberikan kesan yang amat buruk kepada pasangan terlibat.

Isteri Sukar Mengandung, Orang Luar Dinasihatkan Jangan Menyibuk Dan Tambah Stres

PERCAYA PADA REZEKI

Percaya rezeki ditangan Allah dan kita sebagai manusia perlu sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Dalam konteks ini pelbagai rawatan moden dan tradisional yang boleh dicuba dalam usaha mendapatkan zuriat. Klinik-klinik rawatan kesuburan lazimnya memberi rawatan kepada pasangan-pasangan yang menginginkan zuriat.

IKLAN

Isteri Sukar Mengandung, Orang Luar Dinasihatkan Jangan Menyibuk Dan Tambah Stres

CARI TEMAN SEBAGAI SOKONGAN

Sekiranya anda dan pasangan memerlukan teman untuk berkongsi atau tempat mengadu, carilah kumpulan-kumpulan sokongan, bahan bacaan atau video ilmiah yang boleh menambahkan pengetahuan kita dalam mencari solusi terbaik berdepan sesuatu masalah. Ilmu yang luas akan membantu kita membuat keputusan yang lebih rasional tanpa mengikut emosi semata-mata.

 

Masyarakat perlu lebih matang

Kemodenan hari ini mendedahkan kita kepada kecanggihan teknologi yang meletakkan segala informasi di hujung jari. Sekiranya kita ditakdirkan berjumpa dengan pasangan yang mempunyai masalah belum punya zuriat, didiklah diri kita untuk tidak bersikap menghukum dan sentiasa berhemah dalam memberikan sebarang komen. Tindakan masyarakat maya atau netizen yang sering mengecam tanpa usul periksa dianggap sebagai barah dalam masyarakat hari ini yang perlu kita ubati segera. Gunakan media social atau platform digital ini sebagai satu saluran untuk kita menyebarkan kebaikan serta mendidik masyarakat menjadi lebih positif.

Penulis: Norsila Mustapa Kamal

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI