Sebaknya bila kekasih hati yang dinikahi akhirnya terpaksa dilepaskan. Kisah suami isteri ini menjadi perhatian sejak lama dahulu kerana Siti Rohayu menjadi ketua keluarga, menggantikan suaminya yang lumpuh kerana kemalangan.
Kredit foto: Facebook Siti RohayuKredit foto: Facebook Siti Rohayu
Ridhwan Mohd Zaki yang lumpuh dan hilang ingatan akibat kemalangan jalanraya pada tahun 2017 hanya mampu terlantar di katil tanpa sebarang kata-kata. Lebih memilukan, doktor memberi kata hanya enam bulan sahaja harapan hidup buatnya. Hati isteri mana yang tidak pilu namun dengan semangat yang ada, Siti Rohayu tegar menjaga suaminya.
Sejak 2017 juga Siti Rohayu bertungkus lumus mencari rezeki untuk keluarga. Belanja barang keperluan harian, perbelanjaan untuk dua orang anaknya yang sedang membesar, perbelanjaan ubat-ubatan dan makanan untuk suami tersayang dan macam-macam komitmen lain menjadi tanggungjawab Rohayu.
Kredit foto: Facebook Siti Rohayu
Dengan izin Allah, Ridhwan kembali pulih. Tetapi kegembiraan dan kebahagiaan itu hanya seketika kerana Rohayu terpaksa membuat keputusan untuk berpisah. Sayu membaca postingnya sejak akhir-akhir ini. Satu video live dari mahkamah jadi saksi ‘berakhirnya’ hubungan suami isteri ini.
Ads
“Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah 1 dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat. Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur fitnah tidak henti-henti.”
Kredit foto: Facebook Siti Rohayu
“Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.”
“Dunia ini sedang berputar, ini ujian ku. Belum lagi ujian mu. Keputusan yang kami buat tiada paksaan mana-mana pihak. Cuma aku penat berjuang, sebelum aku jadi gila. Baik aku undur diri. Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya.”
Ads
“Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni Fokus pada bisnes. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan umy.”
Dalam posting berlainan, curahan hatinya lebih membuatkan sebak.
Ads
Kredit foto: Facebook Siti Rohayu
Assalamualaikum
Selamat Pagi kesayangan semua
Salam Jumaat
“Bila datang rasa sedih, pejamkan mata dan katakan dalam hati, inilah perjalanan hidupku Allah yang letakkan aku disini. Aku mesti teruskan perjalanan hidup ini, aku yakin pada suatu saat nanti, Allah akan memberikan kejutan-kejutan indah buat diriku. Datang bawa anak-anak bercuti rehatkan fikiran yang sudah terlalu penat. Hati yang sangat sarat.”
“Undur diri dan menjauh bukan kerana memutuskan silaturahim. Tapi sebab ingin memutuskan perselisihan, perdebatan, kesalahfahaman dan rasa ketidak nyamanan kerana prasangka buruk yang menimbulkan hasad dengki. Ku serahkan semuanya pada Allah, Hati ku jiwa ku ragaku dan seluruh hidup ku. Indah nya semua ini nanti dan aku harus kuat. Semoga hari-hari yang mendatang membahagiakan aku dan anak-anak.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkongsi soal rumah tangga, penyanyi Shila Amzah berpendapat hidup seseorang individu khususnya wanita bergelar isteri akan musnah kalau salah pilih suami dan keluarga mentua.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, lebih teruk sekiranya wanita tersebut bersuami dan bermentuakan mereka memberi layanan buruk selepas berkahwin.
Shila Amzah Kongsi Pandangan
“Sedihnya kalau tersalah pilih suami dan keluarga mentua.
“Memang hancur hidup. Semoga diberikan kekuatan kepada individu ini,” katanya dalam platform X.
Pelantun lagu Memori Tercipta itu memberi reaksi sedemikian selepas membaca dan mengulang siar luahan hati seorang wanita yang sering dihina oleh keluarga mentua selain menyesal kerana mengahwini seorang suami tidak bertanggungjawab.
Antara luahan yang dikongsi individu tersebut ialah dilayan teruk oleh ibu mentua dan sering menyebelahi anak sendiri berbanding menantu.
“Mak mentua memang asyik menangkan anak dia yang dianggap paling baik dan elok dalam dunia. Aku selalu kena hina dan diperli mak mentua.
“Dulu arwah mak aku ada tinggalkan sedikit harta tetapi habis semua suami aku pinjam dan tidak pulangkan. Barangan kemas aku semua dia jual,” luah individu tersebut.
Jadi buat anda di luar sana yang masih mencari pasangan hidup, carilah jodoh yang baik dan keluarga yang boleh terima anda seadanya. Inshaa Allah akan bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan suami isteri jarak jauh atau PJJ ni bukan asing lagi. Siapa yang nak berjauhan dengan pasangan kalau tidak ada keperluan. Tetapi, hidup kan perlu diteruskan. Masing-masing kena kental dan Dayah Bakar sendiri kongsi tip bagaimana dia menggembirakan hati sepanjang bergelar isteri ‘jarak jauh’.
Instagram: @dayahbakar
Banyak sangat kemudahan dan teknologi masa kini yang boleh ‘mendekatkan’ kita dengan pasangan. Mula-mula berjauhan, sakit tu lain macam sikit tapi lama-lama orang kata ‘alah bisa tegal biasa’. Sempat Pesona Pengantin mencuri masa pengacara, Dayah Bakar dan tanya macam mana dia meneruskan kehidupan walaupun berjauhan dengan suami tersayang.
Instagram: @dayahbakarInstagram: @dayahbakar
Menjadi suri hati kepada seorang pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi, Dayah Bakar juga pernah berjauhan dengan suami yang ketika itu berkhidmat di Australia. Tetapi kini suaminya sudah kembali ke tanah air namun tetap berhubungan jarak jauh kerana tinggal di negeri berbeza.
“Suami saya dah kembali ke Malaysia tetapi sekarang bertugas di negeri lain. Walaupun tetap berjauhan tetapi tidaklah seperti sebelum ni. Pasangan yang hidup PJJ (perhubungan jarak jauh) memang kena kental mental dan fizikal. Tambahan pula ada anak di sisi dan kita juga pada masa sama berkerjaya, jadi cabaran itu memang ada.”kata Dayah.
Walaupun suami jauh, kita tetap kena move on dan tidak memikirkan sangat hal itu. Cara Dayah:
Sentiasa komunikasi
Walau tinggal berjauhan tetapi masing-masing kena beri sokongan moral dan emosi. Itu sangat penting!
2. Jaga emosi
Isteri kena bijak menjaga emosi. Fikirkan bahawa berjauhan itu sekejap sahaja tetapi bila bertemu, itulah kemanisan yang kita mahukan.
Instagram: @dayahbakar
3. Sibukkan diri
Bila kita sibuk buat sesuatu, kita akan lupa soal rindu,sedih dan sebagainya. Sentiasa cari peluang untuk menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
4. Buat benda yang membahagiakan
Cari sesuatu aktiviti yang boleh menggembirakan hati kita.
5. Sabar
Sabar itu sangat indah bila kita betul-betul praktikkan.
Jadi buat para isteri yang sedang berjauhan dengan suami, mungkin tip ini boleh meringankan kesedihan anda. Ada ramai wanita yang kental seperti Dayah kan!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal pengantin yang nak awet muda, boleh amalkan minuman epal dengan pucuk pegaga jadikan jus. Sungguh ini membantu buat kulit wajah anjal dan anti kedut dalam masa jangka yang panjang.
Sungguh, orang dulu-dulu pun banyak amalkan minuman berkhasiat macam ini, Jadi rugi kalau anda tak cuba!
Campur Epal Dengan Pucuk Pegaga
Cara alami ini lebih selamat diamalkan daripada menggunakan sebarang produk yang boleh membahayakan kesihatan atau kulit anda. Bahan-bahannya juga mudah diperolehi dan dijamin selamat.
Perkongsian dari facebook Petua Ibu ini memberitahu jus pegaga hijau pekat ini sangat sedap dan seperti jus epal.
Bahan-bahan:
Segenggam pucuk pegaga
Sebiji epal
Secawan air
Sedikit susu pekat (jika mahu)
Kisar semua bahan ini hingga hancur.
Cara Membuat:
Kisar semua bahan hingga hancur. Tambahkan sedikit susu untuk memberi sedikit kemanisan.
2. Boleh diminum seperti biasa. Rasanya yang sedap membuatkan anda tidak akan berhenti meminumnya.
Owh ya, kalau amalkan minuman ini secara konsisten, hasilnya kulit wajah kekal awet muda, flawless dan glowing.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!