Pernah tak kita bersyukur kita dah ada isteri? Pernah tak kita terfikir isteri itu satu amanah buat Allah untuk kita? Pernah tak kita ucapkan terima kasih dan puji isteri kita? Kebanyakan isteri tak mintak lebih. Minta kita sayangkan, jaga dan berikan perhatian pada dia saja. Bersyukurlah Allah kurniakan kita isteri sebagai peneman hidup. Ada orang yang masih menanti jodoh yang belum kunjung tiba hingga ke saat ini.

***

Bersyukurlah kita ada isteri, makan pakai dijaga setiap hari.

Bersyukurlah kita ada isteri, tidur malam ada yang menemani.

Bersyukurlah kita ada isteri, ada teman berbual dan berkongsi segala emosi.

Bersyukurlah kita ada isteri, dapat zuriat penyejuk mata dan hati.

IKLAN

BERSYUKURLAH KITA ADA ISTERI, INGATKAN DIRI BAHAWA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN DAN EMOSI.

Bersyukurlah kita ada isteri, nafkah isteri perlu diberi walaupun dia bergaji tinggi.

Bersyukurlah kita ada isteri, tak cukup duit belanja dia sanggup bantu.

Bersyukurlah kita ada isteri, hargailah setiap pengorbanan yang telah mereka beri.

IKLAN

Bersyukurlah kita ada isteri, hadiah sesuatu yang isteri suka pasti membuatnya tersenyum sepanjang hari.

10.Bersyukurlah kita ada isteri, tak baik asyik bergurau nak tambah cawangan lagi.

***

IKLAN

Jangan lupa ucapkan terima kasih untuk isteri yang dicintai. Terima kasih kerana masak untuk kita. Terima kasih kerana basuh baju kita. Terima kasih kerana bangun awal pagi siapkan sarapan untuk bawa ke tempat kerja. Terima kasih berkorban nyawa lahirkan zuriat kita. Kalau nak sebut satu-satu banyak sangat. Sampai esok tak habis.

Moga manfaat. Kah!

SHARE l TAG isteri kesayangan korang?

[ASY]

Kredit : FB Amir Syahir