Apabila sudah berkahwin sememangnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki suami. Isteri sepatutnya mengikut arahan suami jika tidak bertentangan dengan hukum.

Namun begitu, ada beberapa keadaan yang isteri tidak perlu mengikut arahan suami. Apakah keadaan-keadaan tersebut? mari kita lihat.

Membuat sesuatu yang berhukum syirik

Isteri Tak Perlu Ikut 4 Perintah Suami Ini Jika Di Suruh!

Jika suami meminta isteri melakukan sesuatu yang hukumnya syirik, maka isteri tidak perlu mengikutnya. Syirik boleh terjadi seperti suami meminta isteri untuk berjumpa dengan dukun atau bomoh atas niat yang tidak elok kerana ia bertentangan dengan agama.

IKLAN

Suruh isteri buka aurat

Isteri Tak Perlu Ikut 4 Perintah Suami Ini Jika Di Suruh!

Wanita wajib menutup aurat untuk mengelakkan berlakunya zina. Jika suami meminta anda untuk membuka aurat atas tujuan ingin kelihatan cantik atau gaya anda seperti kekampungan. Maka, isteri tidak perlu taat pada perintahnya.

IKLAN

Minta hubungan intim ketika haid

Isteri Tak Perlu Ikut 4 Perintah Suami Ini Jika Di Suruh!

Melakukan hubungan intim adalah tanggungjawab antara suami dan isteri. Namun, jika suami meminta untuk melakukan hubungan intim semasa anda didatangi haid, anda boleh menolaknya kerana waktu itu tidak berdosa.

IKLAN

Melakukan amalan bida’ah 

Isteri Tak Perlu Ikut 4 Perintah Suami Ini Jika Di Suruh!

Contoh amalan bidaah yang masih diamalkan oleh masyarakat kita ialah melenggang perut. Amalan ini dilakukan oleh wanita hamil pada usia kandungan 7 bulan. Justeru, kalau suami menyuruh isteri melakukan amalan seumpama ini, maka isteri harus menolaknya dengan lembut dan menasihatkannya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI