Wanita adalah satu mahkluk ciptaan Tuhan yang indah dan istimewa. Bukan mudah untuk memahami mereka tambah-tambah lagi apabila sang isteri sedang sarat mengandung. Tentunya mereka memerlukan bantuan seorang suami kerana diri mereka yang tidak stabil dari segi fizikal dan emosi.

Jadi apakah perkara yang perlu dilakukan seorang suami ketika isteri sedang mengandung?

Isteri Tengah Mengandung, Suami Kena Tahu Buat Kerja Rumah Dan Masak

Banyakkan Masa Dengan Isteri

Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini, isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada di samping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

Urus Pemakanan

IKLAN

Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

Jangan Marah Kalau  Isteri Lambat

Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

Buat Je Tanpa Disuruh

IKLAN

Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

Kenali Isteri Ketika Ini Secara Lebih Mendalam

Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

IKLAN

Buatkan Hidangan Terbaik Buat Isteri

Isteri Tengah Mengandung, Suami Kena Tahu Buat Kerja Rumah Dan Masak

Sekiranya sebelum ini, segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugas yang sama.

Jagalah Anak Yang Lain

Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI