Istikharah itu adalah soal hati dan perasaan. Tentang pilihan demi pilihan yang kita sendiri pun tak pasti. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Dan belum tentu orang yang kita pilih itu adalah jodoh dari Allah untuk kita. Kerana ada perkara yang kita tak tahu sama ada ianya baik untuk kita atau pun tidak. Dan ada perkara yang kita sangka ianya baik untuk kita tapi sebenarnya dia tak baik untuk kita. Maka kita perlu kepada pertolongan Allah
Dan istikharah adalah jawapan kepada tiap ketidakpastian kita
Tapi?
Baca dengan hati yang terbuka
Bila kita nak buat solat istikharah buatlah kerana kita nak dapatkan redha Allah, bukankah matlamat hidup kita di dunia ini kerana nak dapat redha Allah? Maka ikhlaslah kerana Allah semata. Buat sampai kita dah betul-betul yakin dengan jawapan yang kita ada. Tapi at the same time biar jawapan itu dia datang dengan keikhlasan bukan dengan cara paksaan.
Jangan paksa hati kita untuk terima pilihan yang kedua. Sedang pilihan yang pertama tadi kita tak ambil peduli.
IKLAN
Saya nak kongsikan dengan kalian tentang satu TIP istikharah.
Bila kita nak buat istikharah jangan letakkan ‘pilihan kita’ pada istikharah yang kita lakukan. You know what i meant? Kita dah set dalam hati kita yang kita akan pilih dia lebih daripada pilihan kita yang kedua tadi. Dan akhirnya jawapan yang kita akan dapat adalah hasil dari apa yang kita dah cenderungkan dalam hati kita.
“Kita pilih dia melebihi dia.”
Sebenarnya istikharah ini bukan hanya soal kita cenderung ataupun tidak. Bukan juga sebab kita buntu. Sampai kita tak tahu nak pilih yang mana satu. Tapi istikharah ini adalah tentang kita dengan Allah, tentang kebergantungan kita kepada Allah, sejauh mana kita yakin dan percaya bahawa tiap apa yang Allah dah takdirkan untuk kita itu adalah jauh lebih baik daripada pilihan kita sendiri
IKLAN
Istikharah ini bukan tentang dia yang belum pasti milik kita. Sepatutnya bila kita istikharah kita serahkan hati kita bulat-bulat hanya kepada Allah, biar Allah yang pegang hati kita dan kita hanya perlu terima dengan hati yang ikhlas, redha atas apa yang Allah dah rencanakan untuk kita.
Again.
Jangan cenderungkan hati kita pada dia bila kita nak istikharah. Percayalah, jawapan istikharah itu akan hadir dengan sendirinya. Tak perlu kita nak paksa hati kita untuk menghadirkan jawapan daripada istikharah yang kita dah lakukan
IKLAN
Last but not least,
“Apa tanda jawapan dari istikharah kita?”
Antara tanda atau jawapan kepada istikharah yang kita dah lakukan ialah, bila kita terfikirkan soal dia hati kita menjadi tenang. Ketenangan yang kita tak pernah rasa saat kita belum melakukan istikharah. Hati kita jauh lebih yakin untuk menerima dia dalam hidup kita. Dan antara tanda jawapan istikharah juga ialah,
Dia datang daripada redha mak ayah. Mak ayah yang bersungguh nak kita berkahwin dengan dia.
Maka binalah hubungan rumahtangga kita di dunia ini dengan redha mak ayah. Kerana redha mak ayah adalah redha Allah, sejauh mana mak ayah redha dengan kita maka sejauh itu jugalah Allah redha kepada kita. Jadi buat mereka yang mak ayah masih lagi tak redha dengan hubungan kalian. Jangan berputus asa. Selagi kalian boleh usaha teruskan usaha. Selagi kalian boleh bertahan maka teruskanlah bertahan. Tapi jangan tinggalkan Allah dalam urusan kalian.
Mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, seperti kata Allah dalam Al-Quran,
“ Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” – Surah Al-Baqarah, Ayat 45
Ingatlah kita nak bina rumahtangga bukan hanya untuk di dunia saja. Tapi kalau boleh biar kekal berpanjangan sampai ke Syurga Allah. Insya Allah
Ketahuilah bahawa kehidupan berumah tangga adalah proses untuk anda saling belajar mengenali pasangan yang tidak akan pernah habis, yang tidak akan berhenti untuk saling menyesuaikan diri.
Pasti ada dua insan yang memilih untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama, dua ego yang berjalan pada tujuan yang sama, akan menimbulkan perbezaan yang akan membuatkan kalian tetap saling menghargai satu sama lain.
Setiap pasangan pasti mempunyai perbezaan dan kekurangan yang pasti akan muncul di kemudian hari kerana tak mungkin dua insan yang memiliki ego berbeza mampu bersatu tanpa adanya rasa untuk saling mengalah.
Maka, disitulah nanti akan tercipta satu perasaan saling memahami antara satu sama lain, asalkan anda dan pasangan mampu bertahan dengan perbezaan itu.
Dan ada satu ketika nanti kalian akan tetap berselisih faham kerana sifat ego itu. Ketika itulah anda akan sedar akan kekurangan yang selama ini tidak anda ketahui. Namun, itulah saat di mana anda memahami dan mengerti bahawa tujuan hidup bersama adalah untuk saling melengkapi.
Selalulah berpesan pada hati agar menerima segala kekurangan pasangan agar sampai bila-bila pun anda akan mengerti bahawa hidup bersama itu memang untuk saling menyempurnakan.
Jangan hanya kerana anda tahu kekurangannya, lantas anda mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Itu merupakan tindakan bagi seorang individu yang pengecut!
Oleh itu, kalian haruslah sentiasa muhasabah diri agar pernikahan yang terjalin selalu damai dengan berkah-Nya kerana anda juga pasti memiliki kekurangan yang tersendiri.
Pernikahan dikatakan proses ta’aruf sepanjang masa kerana disitulah anda akan benar-benar belajar untuk mengenal antara satu sama lain. Nanti, anda pasti akan tahu bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Siapkan hatimu selalu untuk bisa menerima dan menghargai sepenuh hati.
Masalah kewangan perkara yang biasa dialami oleh kebanyakkan manusia. Kami ada kongsikan tips bagaimana pengurusan kewangan jika anda memerlukan. Tapi faktor luaran sahaja tidak cukup untuk kaya, kita memerlukan juga faktor dalaman supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Kerana apabila kita kaya lebih ramai lagi golongan yang memerlukan kita dapat bantu.
Kami akan cuba untuk kongsikan amalan untuk murah rezeki supaya kita dapat amalkan bersama-sama. Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu usaha kita dan kita kena yakin rezeki itu datangnya daripada Allah. Ikuti perkongsian dari ustaz Ebit Lew ini.
.
14 Amalan Ini Untuk Kaya
#1 Memperbanyakkan Beristighfar
Firman Allah SWT maksudnya : “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)
Sabda Nabi S.A.W,
” Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
#2 Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan
Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah secara konsisten di masjid.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
#3 Hindari Dosa
Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
#4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa
Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
#5 Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan sila gantikan dhomir yang bersesuaian.
.
#6 Banyakkan Bersedekah
Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah. Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.
Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261)
#7 Membantu Mereka Yang Lemah
Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
#8 Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka
Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita dalam tawakal melakukan amalan untuk kaya, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)
#9 Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia
Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan dan apabila banyak peluang perniagaan ini membantu usaha kita untuk kaya.
Nabi SAW bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)
#10 Muliakan Tetamu Yang Bertandang
Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali:
“Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.”
#11 Solat Dhuha
Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi,
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
.
#12 Sentiasa Bersyukur
Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.
Firman Allah SWT,
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)
.
#13 Tidak Putus Berdoa Kepada Allah
Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hambaNya.
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
“Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”
Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”
Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”
Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”
(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)
#14 Bertawakal Kepada Allah
Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah,
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)
Pesanan kami kesemua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja banyak lagi bentuk kaya yang kita tak perhalusi.
Bukan mudah nak mempertahankan sesebuah ikatan yang dibina. Perlunya kerjasama antara kedua-dua pasangan. Bagi yang sudah berumah tangga, perselisihan faham antara pasangan pasti akan berlaku.
Sebab itu pentingnya berkomunikasi dan bagaimana cara anda sendiri menyelesaikan masalah. Mudah je sebenarnya kalau anda nak lakukan perkara yang boleh menguatkan ikatan cinta anda dan si dia. Ikut sahaja langkah mudah ini!
1. Shopping Untuk Pasangan
Aktiviti santai menguji cita rasa masing-masing. Cuba ubah gaya pasangan mengikut cita rasa anda. Aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungan anda berdua serta lebih memahami pasangan anda.
2. Pergi Ke Tempat-Tempat Masa Bercinta Dahulu
Ambil masa untuk imbau kembali kenangan sewaktu anda bercinta dahulu. Lakukan rutin yang biasa dilakukan bersama semasa bercinta dahulu, pasti seronok dan kelakar lebih-lebih lagi bila ingat kenangan lama.
3. Picnic Time!
Salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan bersama pasangan adalah pergi berkelah. Lupakan segala masalah untuk seketika dan habiskan masa berdua menikmati deruan ombak serta angin sepoi-sepoi bahasa. Inilah masa anda untuk borak sepuas-puasnya.
4. Main Permainan Bersama
Bring back your childhood memories. Siapa kata permainan untuk kanak-kanak sahaja? Beli permainan papan yang anda suka untuk isi masa lapang dirumah. Pasti lebih seronok berbanding tengok TV dan tidur.
5. Buat Perancangan Bersama
Duduk dan berbincang tentang hala tuju rumah tangga anda. Cara ini akan mengingatkan kalian berdua agar terus kekal bersama demi mencapai target yang telah ditetapkan.
Jodoh sampai sini, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan dia dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal mengakhiri perkahwinan