Pelakon jelita Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau dikenali sebagai Izara Aishah sah bergelar isteri kepada Adib Khalid malam tadi dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Damansara.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Mohd Jazlan Ali. Walaupun majlis diadakan secara tertutup, namun sambutan terhadap majlis pasangan ini tetap meriah dan mendapat perhatian.
TAK JEMU MEMANDANG, PERSIS BIDADARI
Yang pasti malam tadi Izara telah memukau hadirin dan tampak begitu cantik mengenakan persalinan nikah serba putih berkonsepkan Sopan Couture/Future Classic sentuhan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Adib pula sejak mengenakan baju Melayu rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Ramai yang memuji rekaan busana yang disarungkan oleh Izara.
@arrajai Trend terbaru… xde kt mana2 gud job @rizalman71…. ???????? #perfect ?
@shidalim0424 Lawa gler baju and the veil also..sopan sgt..
@sheilachoo CANTIKKKK…. The whole package is just so amazing. Never seen anything like this before. Sy bg 1000 bintang⭐️
@dzlxv@hdrxv omgggggg so elegan
@daniel_alfian90Cantik sangat..menangis i tengok..
@vavavroo Serious, masa mula2 tgk pic izara, mcm pelik tang selendang Tu… Tapi bila tgk video izara jalan smpi la duduk, it’s become something.. the culture, fashion and filosofi become one and mix well… Congrats
Bukan hanya busana, dekorasi pelamin juga turut mendapatkan perhatian. Sentuhan perancang perkahwinan GlamWeddings berjaya membuatkan majlis akad nikah ini kelihatan elegan dan penuh aroma romantis.
Kejelitaan wajah Izara ditambah pula dengan sentuhan magis penuh teliti dan cukup sempurna oleh jurusolek terkenal Khir Khalid membuatkan mata tak jemu memandang pengantin jelita ini.
Izara menerima mas kahwin sebanyak RM700 bersama lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan. Manakala wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya.
Jutaan tahniah dari team Pesona Pengantin buat Izara dan Adib. Kami mendoakan agar ikatan hubungan yang dibina ini akan terus berkekalan buat selamanya!
Sumber Gambar: rizalman71, khirkkahlid, #adibizara
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI