pic-pinterest

Kata orang jangan terlalu cemburu dengan pasangan. Jika boleh jangan menyusahkan pasangan tentang hal-hal remeh. Tahukah anda bahawa nasihat sebegitu boleh membuatkan sesuatu hubungan bakal menjadi hambar dan lelaki akan ambil kesempatan atas kekuatan anda. Jadilah wanita yang hebat tapi jangan terlalu menunjuk sangat dengan bakal suami anda.

Jadi Perempuan, Jangan Tunjuk Sangat Awak Tu Superwomen Dan Terlebih Berdikari

Mengajar Pasangan Kurang Peka

  • Hidup berpasangan sebenarnya membuatkan anda perlu sentiasa berinteraksi dengan pasangan. Walau dalam apa sahaja urusan seharian. Akan tetapi terdapat individu yang kurang gemar jika melakukan aktiviti bersama pasangannya. Bagi mereka, dengan adanya pasangan maka keadaan tersebut akan menjadi lambat.
  • Tahukah anda jika semua benda dilakukan secara sendiri, sedikit sebanyak anda sebenarnya sedang mengajar pasangan menjadi kurang peka. Mereka secara perlahan-lahan belajar penolakkan yang dicipta oleh anda. Bagi pasangan, mereka tidak mahu anda tertekan dengannya dan mahu anda gembira dengan apa yang sedang anda lakukan. Jika terlalu memberi kebebasan, sedikit sebanyak wujudnya ruang ‘renggang’ antara anda dan pasangan. Lama kelamaan dibiarkan, ia boleh melarut sehingga boleh merosakkan hubungan dengan wujudnya masalah seperti skandal, hubungan yang hambar, kurang berkomunikasi dengan pasangan dan curang.
  • Contoh situasi: Firdaus kerap berjumpa dengan client tanpa mengira waktu dan jarang memaklumkan isterinya. Isterinya pula tidak pernah kisah dengan siapa suaminya keluar kerana memberi kepercayaan 100% dan bimbang sekiranya kehadirannya atau pertanyaan boleh mengganggu kerja si suami. Lama kelamaan si suami boleh mengambil kesempatan dari kebaikan isteri atau isteri boleh mengambil peluang untuk melakukan perkara terlarang sewaktu suami tiada.

Jadi Perempuan, Jangan Tunjuk Sangat Awak Tu Superwomen Dan Terlebih Berdikari

IKLAN

Timbul Pemikiran Negatif

  • Kadang kala wanita mahu disayangi, dicintai seperti dalam filem romantik. Malangnya tidak semua lelaki terdiri dari golongan yang romantik. Situasi ini kadang kala memcetuskan perbalahan antara pasangan.
  • Kebiasaannya wanita mudah dihinggap dengan anggapan negatif. Jika anda kurang bertanya hal si isteri, mulalah dia berfikir yang anda sudah tidak sayang dengan dia, ada perempuan lain, tidak suka luangkan masa dengannya, atau paling kronik si isteri berfikir dia sudah tidak cantik di mata anda. Fikirkan sebaiknya, bukankah dengan anggapan-anggapan negatif sebegini boleh mewujudkan maslah lain?
  • Lelaki sepatutnya peka dengan kehendak isteri atau pasangan. Tidak perlu tunggu panggilan darinya barulah anda kelam kabut nak maklumkan di mana anda ketika itu. Layangkan sahaja satu mesej pendek atau nota whatsapps yang boleh meredakan hatinya terhadap anda. Ini tidak, sudah read tetapi lambat reply. Malah ada suami yang langsung tidak peduli dengan nota whatsapps si isteri. Baginya, perkara ini tidak penting. Jangan berfikiran begini kerana percayalah, sikap acuh tidak acuh ini bakal mengundang masalah dalam hubungan anda dan pasangan. Begitu juga isteri terhadap suaminya.

Jadi Perempuan, Jangan Tunjuk Sangat Awak Tu Superwomen Dan Terlebih Berdikari

Lebih Bahagia Jika Dilakukan Bersama

IKLAN
  • Apa sahaja rancangan, aktiviti, hobi, ia akan lebih meriah sekiranya dilakukan dalam kelompok yang ramai. Begitulah jua dengan hidup ini. Sekiranya apa sahaja urusan dilakukan secara berdua, anda akan rasa lebih dihargai, disayangi dan sentiasa merasa disokong oleh pasangan.
  • Sebagai contoh, membeli keperluan di pasar. Walaupun aktiviti ke pasar dianggap remeh tetapi komunikasi antara anda dan pasangan sebenarnya boleh membuatkan anda gembira pada hari itu. Ini kerana apa sahaja keputusan di pasar tersebut dilakukan secara bersama.

 

 

IKLAN

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI