Kadang rasa pelik, kenapa ada suami yang sampai tak jumpa sebab kenapa dia perlu menyatakan sedikit hormat kepada isteri sendiri.
Pada dia, isteri cuma penurut kata. Keputusan suami, jangan masuk campur. Malah, ada yang terima mesej, dia kata setiap kali bergaduh suami akan sebut perkahwinan ni semua salah isteri.
Bahkan dia akan hina isteri dia. Carut, maki, kata yang bukan-bukan semua ke isteri.
“Kau dah kenapa babi? Bodoh lah kau ni! Bosan aku kahwin dengan kau.”
Haa! Ayat begitu. Kau dah kenapa bang? Sedap mulut kau carutkan isteri kau tu. Kau ingat isteri kau tak ada perasaan ke kena bahasa macam tu?
Dia jadi tertekan. Dengan kau lah harapan dia nak bersandar. Nak mengadu masalah. Dah macam mana nak buat macam tu kalau kau jenis kaki carut maki hamun ke dia.
Aneh kan?
Aku sendiri tak tahu nak jawab apa. Down kejap. Kalian ada nasihat tak untuk orang jenis macam ni? Allahu.
Penulis asal: Firdaus Mokhtar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI