Macam-macam perasaan bila hampir tiba hari bahagia. Kekalutan membuat persediaan kahwin pun sudah cukup untuk membuatkan hari anda begitu sibuk. Tapi, janganlah sampai lupa untuk menjaga diri sendiri. Kaum wanita yang bakal bergelar isteri khususnya kena ada persediaan untuk ‘bertemu’ bakal suami pada malam pertama.

 

Anda jangan terlalu memikirkan saat malam pertama kerana malam pertama itu tidak semestinya malam untuk bersama. Tak perlu terlalu runsing membayangkan apa yang bakal berlaku kerana paling penting sekali adalah anda mempersiapkan diri sendiri.

 

Apa yang perlu anda buat?

 

Bilik tidur

Kamar tidur adalah ruangan privasi untuk anda dan suami. Tak perlu dekorasi mewah  untuk menjadikan kamar tidur nampak hebat. Cukuplah sekadar mengemaskan bilik itu dengan baik.

 

IKLAN

Haruman

Bukan tubuh badan sahaja memerlukan haruman yang menyegarkan tetapi bilik tidur pun perlu ‘dimanjakan’. Semburanlah wangi-wangi supaya hilang bau yang kurang menyenangkan. Selepas majlis kahwin, mesti anda berdua akan penat. Jadi, bilik yang kemas dan berbau harum membuatkan anda rasa lebih tenang dan selesa. Kalau ada bajet lebih, belilah diffuser dengan wangian yang boleh menjadikan suasana bilik tidur lebih relax. Banyak pilihan diffuser boleh anda dapati DI SINI.

 

Wajah

Bersihkan wajah sebelum tidur. Janganlah kerana terlalu penat, anda memilih untuk tidur dengan mekap masih di wajah. Bakal suami tentu ingin melihat wajah isteri yang baru dinikahi dengan wajah paling fresh dan ‘asli’. Mungkin anda dan bakal suami boleh menggunakan masa ini untuk saling membersihkan wajah pasangan.

IKLAN

 

Semburan badan

Jangan sesekali biarkan badan anda berbau. Bukan sahaja untuk malam pertama tetapi sentiasa! Ada wanita yang kurang peka hal ini kerana mungkin sudah terbiasa. Sedangkan adik-beradik sendiri pun tak tahu macam mana cara untuk menegur apatah lagi bakal suami. Mandi dahulu dan semburlah haruman. Tak perlu banyak, nanti pening pula kepala suami!

 

IKLAN

Pakaian

Pilihlah pakaian paling cantik. Tak perlu seksi, tak perlu mahal dan tak perlu berjenama. Kenangan malam pertama ini diharapkan menjadi ingatan buat anda dan pasangan sampai bila-bila.

 

Solat berjemaah

Sempurnakan malam pertama anda dengan solat berjemaah. Inilah kali pertama si dia menjadi imam solat anda. Berdoalan pada Allah agar hubungan yang dibina itu bahagia sehingga ke Jannah. Hargai momen indah ini sebaik-baiknya.

 

Kredit foto: TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI