Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita

Jadilah Wanita Yang Ada Harga Diri. Jangan Mudah Tunduk Dengan Cinta
sekadar gambar hiasan

1. Ambil Masa

Wanita yang baru putus cinta atau berpisah dengan pasangan akan mudah jatuh cinta. Mereka memerlukan seseorang untuk mengadu ataupun kerana berasa sunyi. Hubungan baru yang terjalin biasanya tidak bertahan lama kerana wanita menjadikan ia sebagai tempat melepas perasaan marah atau kecewa. Sebaik-baiknya, berilah masa pada diri sendiri, ambil masa beberapa bulan untuk jatuh cinta semula.

Pujuk diri sendiri dengan mengatakan bahawa jatuh cinta dengan terburu-buru tiada faedahnya, bimbang anda akan dikecewakan buat kali kedua dan seterusnya.

Jadilah Wanita Yang Ada Harga Diri. Jangan Mudah Tunduk Dengan Cinta

2. Hormat Diri Sendiri

Jadilah wanita yang ada harga diri. Punyai nilai tersendiri yang jarang ada pada wanita lain. Contohnya sedikit garang dengan lelaki, meletakkan syarat-syarat tertentu untuk jatuh cinta pada lelaki, banyak mempelajari ilmu agama dan lain-lain lagi. Jika wanita mudah jatuh cinta, ia dianggap seperti wanita murahan. Hormati diri sendiri dengan bataskan pergaulan bebas dengan lelaki.

Dengan cara ini orang lelaki lebih memandang tinggi terhadap anda.

3. Sibukkan Diri

Wanita mudah berasa sunyi dan memerlukan teman untuk berbual. Jika teman-teman sekeliling sudah mempunyai kekasih hati, mereka pun terikut-ikut mahu dimiliki. Jika tidak berfikir panjang, anda mungkin terjatuh cinta pada lelaki yang salah.

Ads

Jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Sibukkan diri anda dengan kawan-kawan baikdan pergilah melancong atau lakukan riadah bersama. Bila anda sibuk, peluang untuk fikiran anda menerawang untuk mencari teman lelaki akan berkurangan. Ketahuilah bahawa cinta akan datang pada masa yang tepat dan pada waktu yang anda tidak sangkakan.

Jadilah Wanita Yang Ada Harga Diri. Jangan Mudah Tunduk Dengan Cinta

4. Bijak Membezakan

Wanita mudah jatuh cinta terhadap orang lelaki yang suka memberikan perhatian. Sudah lumrah wanita lembut sifatnya dan hatinya, jadi bagi lelaki yang melayannya dengan baik, wanita rasa dilindungi. Namun tidak semuanya layanan baik kaum Adam bermaksud mereka menyukai anda. Ada sesetengah lelaki melayani dengan baik dan sama rata terhadap kawan perempuan mereka. Ada orang lelaki baik terhadap wanita kerana hormatkan mereka.

Ads

Jadi, duhai wanita berfikirlah secara matang dan rasional.Sesuaikan layanan mereka dengan bijak. Jika tersilap tafsir, sangkakan mereka menyukai anda lalu membuatkan anda jatuh cinta! Itu yang bahayanya…

Jadilah Wanita Yang Ada Harga Diri. Jangan Mudah Tunduk Dengan Cinta

5. Berhenti berkhayal

Akhir sekali, berhenti berkhayal. Wanita mudah jatuh cinta dengan karekter yang sering ditonjolkan di dalam drama TV. Kerana, dalam drama semua watak digambarkan baik, macho dan berkerjaya mewah. Namun sebaliknya di alam realiti.

Ads

Tak semua lelaki memiliki kesempurnaan sedemikian rupa. Jadi berhati-hatilah dengan lelaki yang suka menyamar untuk memancing hati wanita dengan kemewahan. Padahal, itu semua lakonan semata.

Jadi, wanita-wanita di luar sana, berhenti berkhayal. Kehidupan nyata tidak indah-indah belaka. Pilihlah kesederhanaan dalam memberikan cinta. Semoga anda semua berjaya dengan cinta yang dimimpikan.

Ok. Panduan yang diberi sekadar pandangan daripada sudut seorang wanita yang pernah jatuh cinta, kemudian terluka dan bangkit semula meraih cinta sejati.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI