Bila sudah berkahwin, maka bertambahlah tanggungjawab kita sebagai suami. Jika dulu hanya untuk ibubapa tapi sekarang kena jaga hati isteri dan anak anak yang akan lahir. Kepercayaan dan kejujuran sangat penting mengekalkan kebahagiaan.
Sebenarnya simple je, isteri ni kalau sekali kau dah kantoi buat hal belakang dia, confirm kau dah tak ada muka. Bukan senang nak peroleh kembali kepercayaan isteri kau yang tersayang tu. Sedih bila hubungan masa mula kahwin dulu dah tak sama dengan sekarang, nak salahkan siapa yang tak pandai jaga hati isteri?
NAK BUAT PERANGAI, FIKIR BALIK KENAPA PERLU JAGA HATI ISTERI
Wanita ni dilahirkan memang untuk tabah. Tabah dengan pe’el dan angin kau tu. So, setabah itu dia buat derk dengan pujuk rayu kau bila dah kantoi buat hal. Dapat pujuk itu pasti, peroleh kepercayaan yang asal itu kembali adalah mustahil.jaga hati isteri
Wanita takkan lupa, sumpah takkan. Kau baik macam mana pun, kau tengok gaya dia macam dah hilang ingatan dengan perangai kau tapi percayalah, satu hari nanti hal yang kau buat itu akan diungkit balik jika kau ulang.
Kau tak boleh salahkan wanita dan isteri. Apahal kau nak salahkan diorang? Kau yang buat hal, kau yang buat perangai, kau tanggunglah. Wanita memang dicipta untuk setabah itu. Bukan berdendam tapi hati diorang sangat mahal, semahal cinta dan pengorbanan untuk kau sebagai suami dan juga anak anak.
Jangan kata kau, aku pun pernah terbuat hal. Bukan hal apa pun, cuma aku terlalu ramah. Yang perempuan pula dok fikir lain. Orang meniaga takkan sombong pula iye tak? Sebab tu aku selalu cakap, kau dan aku lelaki. Terlalu mudah untuk leka dan kita pula memang dicipta supaya mudah tertarik dengan benda terutamanya wanita, rumah dan kereta yang cantik.
Kau lelaki yang teragung jika kepercayaan itu sama seperti sebelum kau buat hal. Jagalah elok elok. Kita lelaki ni hanya akan tersedar, akan menyesal bila isteri dan anak anak dah tinggalkan kita.
Jangan tunggu sampai saat neraka tu. Jangan! Cukup 3 hari isteri tak ada kat rumah. Kau rasa sendiri, aku sehari Eleena balik rumah orang tua dia pun dah cukup. Boleh menangis bro.
Sila mention wanita bergelar isteri serta ibu kepada anak anak kau yang setiap hari kerjanya minta emas, berlian dan permata kalau ada, sampai kepala paip pun nak emas. Kalau ada lah. Sebab diorang cuma nak kesetiaan, kejujuran dan pengorbanan dari kau orang sebagai suami. Paling tidak pun perkara paling mudah difahami suami perlu jaga hati isteri!
Isteri tak bodoh, diorang tahu kemampuan kau sebagai suami. Diorang yakin yang satu hari nanti segala penat jerih, usaha dan pengorbanan kau akan membuahkan hasil. Ini tidak, ada duit sikit lupa diri, lupa anak bini dan tak mahu jaga hati isteri. Mana lah ekonomi nak naik, nak bertahan lama.
Ingat, bila kau jaga hati isteri, segala urusan kau akan dipermudahkan. Macam tu jugak dengan orang tua terutamanya ibu. Jangan marah bila orang macam aku selalu sebelahkan isteri. Jangan sesekali kau lupa, isteri itu adalah wanita, wanita itu adalah ibu kepada anak anak kau seperti mana ibu kepada diri kau sendiri.
Wajib ditaati hingga hujung nyawa. Wajib diangkat martabatnya. Jangan kau rasa kau suami dan lelaki, kau berkuasa atas segalanya. Allah dah susun segalanya untuk kita hingga setiap hembusan nafas yang kau, aku dan kita semua sebagai hambaNya ini peroleh.
Sumber : Kataustaz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI