Seorang remaja berkongsi masalah mukanya yang berkedut, blackhead, perubahan warna kulit bahkan jerawat degil di sekitar dahi. Keadan kulit yang teruk membuatkan dia mengalami kebimbangan melampau.

 

Terbaca akan kebaikan satu ramuan masakan kegemaran ramai, gadis ini mengambil sepotong tomato dan menggosoknya di wajah selama beberapa hari. Dan siapa sangka kesan selepas amat mengejutkan. Ya, anda percaya atau tidak, TOMATO mempunyai banyak faedah pada kulit yang selama ini tidak kita pedulikan.

 

Kenapa perlu membayar ratusan, ribuan ringgit untuk mendapatkan kulit bersih, gebu dan bersinar sedangkan anda boleh peroleh hasil yang sama dengan TOMATO. Ya, anda hanya perlu amalkan skrub tomato 20 minit sahaja. Ramai dah cuba dan nescaya SUMPAH BERKESAN!

 

Kebaikan Skrub Tomato

Jerawat

Paling jelas keajaiban yang diberikan tomato ialah menghapuskan jerawat. Di sini caranya dengan melenyekkan tomato ke muka tapi anda juga boleh mencuba tomato yang dibeku, hasilnya juga sama. Penggunaan yang kerap boleh mengecutkan jerawat dan beransur hilang.

 

IKLAN

Kecut Liang Pori

Tambah empat titis jus tomato kepada 1 sudu air dan sapukan ke muka menggunakan kapas. Urut kulit dengan lembut guna kapas tadi dan biarkan selama 15 minit. Cara ini bisa mengecilkan saiz liang.

 

Sebagai Pelindung Matahari Semulajadi

Menurut pelbagai kajian, tomato mengandungi antioksidan yang dipanggil lycopene yang bertindak sebagai pelindung matahari yang semula jadi. Ini memberikan perlindungan kulit dari sinaran UV yang keras

.

IKLAN

Tona Kulit Sekata

Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.

 

Cegah tanda-tanda penuaan

Tomato membolehkan kulit menyerap oksigen dan mencegah tanda-tanda penuaan. Ia memberikan rawatan kulit semulajadi yang menakjubkan yang boleh menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan sihat.

IKLAN

 

Resepi Skrub Tomato Paling Mudah
Jaga Muka Guna Tomato Beku Dan Tomato Letak Gula
.

#1 Tomato + Gula

Hanya perlu sebiji tomato dan gula ( gula putih/gula perang) ikut mana yang suka. Potong dua, ambil tomato dan tekapkan dalam gula. Selepas itu, sental dan gosok ke muka secara perlahan, kalau boleh secara putaran (circular motion) supaya kesemua bahagian diaplikasi sebaiknya dan membuang sel kulit mati. Biarkan 5 ke 10 minit dan bilas dengan air. Sebaiknya lakukan 2 atau 3 kali seminggu dan ingat jangan disental terlalu kuat ye.

Jaga Muka Guna Tomato Beku Dan Tomato Letak Gula
.

#2 Tomato Beku

Sebiji tomato dipotong dua dan disimpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya ambil sebelah (sebelah diguna untuk hari lain) dan gosok di muka selama 15 minit. Biarkan seketika, urut supaya kesemuanya masuk ke dalam kulit, cuci muka seperti biasa. Paling terbaik dilakukan setiap hari sebelah pagi tapi kalau kekangan masa, memadai 2 kali seminggu.

Bila Waktu Terbaik?
Untuk keputusan segera, sapu tomato di muka sekurang-kurangnya setiap hari atau 2/3 kali seminggu mengikut keadaan kulit anda. Yang pasti tomato akan membantu mengurangkan minyak dan membuatkan kulit bersih dan tegang. Gosokkan tomato mentah di seluruh wajah dan biarkan selama 5 hingga 15 minit sebelum anda mencucinya.

Jadi, selepas ini tak perlu nak berhabisan untuk cantik. Guna je tomato!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI