Tugas isteri ialah sentiasa berada di sisi suami ketika dia susah ataupun senang. Selain itu, sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga hati suami daripada disakiti. Mungkin perkara ini kedengaran pelik, namun suami juga ada perasaan dan jangan ambil mudah tentang perasaan suami.

Lelaki mungkin sukar untuk meluahkan perasaan yang ada di dalam isi hatinya. Namun percayalah, mereka juga seorang yang manja dan perlukan perhatian dari si isteri. Oleh itu, kami kongsikan 9 perkara yang harus dan wajib para isteri tahu demi menjaga hati suami tercinta!

1. Suami Adalah Ketua Keluarga

Jagalah Hati Suami Kerana Mereka Juga Punya Perasaan

Suami adalah pemimpin rumah tangga. Jadi hormati dia selayaknya. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mentua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami dalam diam.

2. Jangan Membantah

Jagalah Hati Suami Kerana Mereka Juga Punya Perasaan

Sebagai isteri, elakkan membangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri serta nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama hal berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

3. Sentiasa Sokong Suami

Jagalah Hati Suami Kerana Mereka Juga Punya Perasaan

Ads

Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinannya. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

4. Lelaki Suka Memendam Perasaan

Jagalah Hati Suami Kerana Mereka Juga Punya Perasaan

Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap. Lelaki sangat berbeza dengan wanita. Hati perempuan lepas di mulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya. Perempuan lebih selesa meluahkan rasa tidak puas hati. Tetapi lelaki, mereka lebih suka memendamnya.

5. Bukan Semua Lelaki Romantik

Jagalah Hati Suami Kerana Mereka Juga Punya Perasaan

Ads

Terimalah hakikat bahawa hanya ada segelintir sahaja suami yang pandai memujuk dan meminta maaf. Kebanyakan mereka sukar untuk meluahkan kata-kata romantik buat isterinya. Jadi sebagai isteri, anda perlu menerima suami anda seadanya.

6. Lambat Bertindak

Jagalah Hati Suami Kerana Mereka Juga Punya Perasaan

Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Harus diingat, lelaki ada sembilan akal dan mereka akan tapis setiap satu perkara dengan berhati-hati sebelum bertindak. Ini tidak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab tetapi lebih rasional berbanding wanita.

Ads

7. Jangan Memuji Lelaki Lain Di Hadapannya

Jagalah Hati Suami Kerana Mereka Juga Punya Perasaan

Awas kepada isteri, jangan puji lelaki lain di depan suami anda. Ini membuatkan dia rasa lebih tercabar dan meningkatkan rasa cemburunya. Harus diingat, suami anda juga ada perasaan.

8. Ikut Perintah Tuhan

Jagalah Hati Suami Kerana Mereka Juga Punya Perasaan

Tolong patuh perintah Allah tanpa suami perlu pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara berhemah.

9. Tidak Pandai Pamer Emosi

Jagalah Hati Suami Kerana Mereka Juga Punya Perasaan

Sesetengah suami tidak pandai mempemerkan emosi dan perasaan mereka. Walaupun dia jarang mengungkap kata cinta, tetapi itu bukan bermakna dia tidak menyayangi anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI