
Serbuk teh boleh jadi skrub muka? Biar betul? Kami nak share pada anda cara-cara hilangkan Blackheads & Whiteheads hanya dengan serbuk teh je!
Khasiat gunakan serbuk teh:
1) Sel kulit mati yang ada pada muka dan leher akan tertanggal. Ianya sgt membantu utk menghilangkan blackheads dan whiteheads serta jadikan kulit lebih lembut dan licin. .
2) Serbuk teh berfungsi sebagai scrub untuk menghilangkan sel kulit mati pada muka, manakala air teh membantu mengecutkan liang roma terbuka dan jerawat dan parut.
Cara – cara :
1. Mula-mula kita ambil sisa serbuk teh. Nak guna yg baru pun boleh, cuma basahkan serbuk teh baru yg masih kering dengan air suam.
2. Selepas itu, sapukan atau tekapkan ke seluruh wajah kita. Biar dalam 20-30 minit camtu, atau sehingga air pada serbuk teh tadi kering.
3. Kemudian, kita gosokkan muka dengan serbuk teh tersebut. Buat macam pencuci dan skrub muka.
4. Bilas dengan air bersih. Wahh senang je.
Sumber : Sejuk sedap
10 Make Up Artist Yang Sentiasa Jadi Pilihan Di Instagram

Tanpa make up, tiada serilah pengantin itu. Terpulang kepada individu, pilihan mekap tebal atau nipis yang menjadi pilihan. Ada sesetengah orang mungkin lebih sesuai dengan mekap yang tebal dan ada yang mungkin hanya secalit mekap sudah memadai.
Admin kongsi beberapa pilihan make up artist yang menjadi pilihan di Instgram.
Tiar Zainal
Syed Faizal Syed Noh
Rozlan Nassir
Khir Khalid
Nuex Rosli
Syazreeyana Shukri
Leen Zakaria
Ary Muzamer
Syadewa
Najeeb Azmi
Tip Simple Wajah Bakal Pengantin Nampak Berseri Pada Majlis Hari Bahagia

Dalam menghitung hari menanti detik penuh bersejarah, pelbagai persiapan dan pesediaan perlu dilakukan oleh bakal pengantin. Ia bagi memastikan majlis berjalan lancar dan sempurna.
Bermulalah hari-hari tanpa tidur yang mencukupi, mengakibatkan mata kelihatan sembap, lebam, lesu dan tidak bermaya. Secara tidak langsung akan menjadikan kulit kita tidak sihat dan kelihatan letih dan tua.
Ketahui cara mengekalkan rahsi bagi mengekalkan kulit wajah menjadi bermaya dan sentiasa muda.
- TIDUR
Untuk pengetahuan semua, tidur amatlah penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tempoh tidur yang baik ialah sehingga enam ke lapan jam setiap hari.
- CARA BERJALAN
Penting untuk kita berjalan dengan betul. Ada yang berjalan terbongkok-bongkok, ada yang jalan tertunduk-tunduk, ada yang laju teramat, malah terlampau perlahan pun ada. Kalau kita berjalan turun bukit, pasti kita akan cuba tegakkan badankan? Hah, berjalan tegak tetapi tidak mendada. Lagi satu berjalan juga satu senaman yang amat bagus untuk jantung.
- MINUM AIR
Kita dikehendaki mengamalkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Percayakah dengan minum air kosong atau air putih sebanyak 3 liter sehari dapat mengembalikan keremajaan kulit? Sebelum ini, satu eksperimen telah dilakukan oleh seorang wanita, Sarah Smith, yang menderita sakit kepala dan mempunyai masalah penghadaman. Doktor memintanya minum air air sehingga 3 liter sehari supaya badannya berfungsi dengan baik. Selepas mengambil air kosong sebanyak tiga liter sehari selama sebulan, wajah wanita jelas kelihatan lebih muda malah sihat.
- BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Ulam-ulaman tempatan seperti daun pegaga, kacang botol, timun juga baik untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, avokado kaya dengan antioksida dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan system imunisasi, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan system saraf yang sihat. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda!
- TIDAK MEROKOK
“Merokok menyebabkan kerosakan pada rambut dan kulit yang membuat anda jauh lebih tua dari usia sebenarnya. Menghalang kulit mendapat cukup oksigen dan nutrisi,” ujar dermatologist dari Sri Balaji Action Medical Institute, Dr. Nipun Jain. Merokok bukan sahaja merbahayakan kesihatan bahkan juga mampu merosakkan struktur kulit. Berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
-
BERSENAM
Cuba penuhkan aktiviti pada setiap hujung minggu dengan melakukan aktiviti beriadah yang boleh mengeluarkan penuh seperti bersenam, yoga, pilates, zumba serta pelbagai lagi yang mudah bagi anda. Bersenam dapat meningkatkan kecekapan kebanyak organ tubuh manusia, menyihatkan tubuh badan serta otak akan menjadi cerdas. Sebenarnya memang banyak kebaikan bersenam, jadi daripada menghabiskan cuti hujung minggu dengan tidur apa kata berubah kepada bersenam pula, bukan lama minima 30 minit 3 kali seminggu.
- GAYA RAMBUT
Orang kata “usia boleh bertambah tetapi penampilan harus tetap muda”. Anda pasti mahu mendengar rakan sekerja berkata “U nampak muda dengan rambut macam ni” ataupun “U sesuai dengan potongan rambut sebegini, nampak young and fresh”, iyekan? Ada satu potongan rambut yang mampu merealisasikan impian anda, tidak kisahlah dengan berambut pendek, separa ataupun panjang, ‘bangs hairstyle‘ ini kiranya melengkapkan lagi penampilan seseorang.
- MEKAP
Ramai wanita yang memakai mekap atau alat solek kerana ingin kelihatan cantik serta nampak lebih muda. Namun, aplikasi yang salah boleh membuatkan anda nampak buruk ataupun kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda. Sebagai contoh, anda boleh
Makan Jagung Boleh Cantikkan Kulit Wajah & Kekal Awet Muda

Jagung memang enak dimakan lebih-lebih lagi ketika masih panas. Pasti ramai yang tidak tahu tentang khasiat jagung yang sebenarnya baik untuk kulit. Jagung kaya dengan nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan dan juga kulit anda.
Pasti ramai yang menganggap jagung hanya sekadar makanan dan snek yang tidak memberi apa-apa kebaikan serta khasiat untuk tubuh badan. Ternyata anda silap! Kami senaraikan manfaat jagung manis untuk anda di luar sana terutamanya bagi mendapatkan kulit yang cantik.
1. Memudarkan Kesan Jerawat
Untuk anda yang mempunyai masalah bekas jerawat, pastinya ia mengganggu penampilan wajah anda kan? Hanya dengan menggunakan jagung yang ditumbuk halus dan sapukan pada bahagian hitam jerawat setiap hari. Jagung kaya dengan vitamin E yang mampu menghilangkan kesan hitam dengan mudah.
2. Membaiki Tekstur Kulit
Jika anda makan jagung secara konsisten, ia mampu buat kulit anda kelihatan lebih glowing kerana kandungan mineral essential dan vitamin yang terdapat di dalam jagung tersebut.
3. Kekal Awet Muda
Walaupun usia semakin bertambah, anda pasti mahu tampak sentiasa muda. Dengan makan jagung sahaja, anda boleh kekal awet muda. Jagung mempunyai tahap antioksidan yang tinggi dan bagus untuk kulit wajah.
4. Mampu Merawat Kesan Ruam & Iritasi
Sesetengah produk kosmetik ada menggunakan minyak pati jagung di dalamnya kerana jagung juga mampu memulihkan kesan ruam dan menghalang kulit daripada mengalami iritasi.
Sumber: Bukanaku