Bak kata orang-orang dulu, ‘bila sedang bercinta, ibarat dunia kita yang punya’. Inilah masalah yang dihadapi oleh mereka yang menganggap dunia ini hanya milik berdua, terutama sekali apabila sedang asyik berpacaran mahupun bertunang sehingga tidak menyedari ada mata-mata yang memandang kelakuan anda berdua yang cukup menjelikkan.
Jangan jadi mangsa kecaman orang-orang sekeliling! Hal ini sering kali dipandang remeh terutama sekali bagi golongan muda yang sedang mabuk cinta juga mereka yang dalam proses bertunang. (Nak tunjuk dekat siapa bahagia tu?) Mungkin perilaku anda tidak menganggu ketenteraman orang di sekitar, namun ia cukup membuatkan orang ramai menyampah melihat gelagat anda berdua.
1) Berjalan terlalu perlahan di kawasan hot spot
Dipercayai masalah ini sering dihadapi oleh kita, terutama sekali apabila kita sedang dalam keadaan terburu-buru ingin menyelesaikan sesuatu hal. Namun, langkah kita diperlahankan gara-gara ‘terperangkap’ di belakang pasangan yang berjalan longlai dan gemalai, terutama sekali di kawasan yang padat dan sesak dengan orang ramai. Cukup menyusahkan! Oleh itu, elakkan dari bertindak sebegitu apabila sedang berjalan berdua dengan kekasih hati.
2) Memakai Pakaian Serupa (Matching Couples)
Ads
Ini mungkin dianggap remeh, tetapi yang pasti bukan semua dapat menerima tindakan ini. Dengan memakai baju T-shirt dengan corak yang sama, ditambah pula dengan pelbagai reka letak dan ayat-ayat yang menyatakan anda berdua adalah pasangan, ini mungkin dianggap keterlaluan. Mungkin anda mengikut trend fesyen terkini, namun anda dilihat seolah-olah cuba untuk memberitahu kepada awam bahawa anda berdua adalah ‘couple’. Hentikan! Anda bukanlah sesiapa.
3) Mesra tahap maksima!
Ini wajar untuk anda elakkan. Haruslah anda ingat, anda berdua kini berada di kawasan awam yang dipenuhi dengan orang ramai. Pastinya gelagat anda dapat diintai dan dikecam. Elakkan bermesra secara berlebihan seperti bercium-ciuman, tangan dimasukkan di kocek belakang pasangan, meraba-raba ketika duduk di bangku mahupun menyuapkan makanan ke mulut dengan gaya cukup menghairahkan.Hormatilah orang sekeliling anda!.
Ads
4) Anda tidak perlu terlalu ‘gentleman’
Sememangnya wajar untuk anda tunjukkan sisi gentleman kepada si dia, tetapi janganlah berlebihan. Ingat, anda adalah lelaki bukannya hamba kepada si dia. Sering kali kita lihat ada sahaja pasangan iaitu si lelaki diibarat terpaksa menurut perintah dengan memegang hand bag pasangan kemana sahaja. Lebih memeritkan, ada yang sanggup memegang pelbagai barang-barang yang lain semata-mata nak mengambil hati. Si dia mungkin terpaut hati, tetapi anda yang merana bukan?
Ads
5) Panggilan manja kurang menyenangkan
Ini juga sering kali terjadi. Mungkin anda dan pasangan tidak menyedari atau menganggap sesuatu ‘gelaran’ dapat menambahkan jalinan kemesraan. Sebenarnya tidak bagi orang awam yang mendengarnya. Cukuplah dengan gelaran ‘sayang’. Elakkanlah dari menggunakan gelaran-gelaran seperti ‘boo’, ‘papa dan mama’ (bagi yang belum berkahwin) ataupun lain-lain. Sekiranya anda mempunyai gelaran manja yang tersendiri, seeloknya ia dijadikan rahsia perhubungan anda. Pasti manis bukan?
6) Gaduh mengalahkan pasangan bercerai
Ini pula berlaku terutama sekali bagi pasangan yang bergaduh ketika sedang berpacaran. Kawal suara dan emosi. Anda kini berada di tempat awam. Janganlah pula anda dan pasangan bergaduh, melenting tak tentu pasal, mengomel, merungut dan saling menyalahkan ibarat pasangan kahwin yang ingin bercerai. Beretika dan jagalah tingkah laku dan adab anda apabila menghadapi situasi sebegini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan pengantin lelaki tak tidur lena sebelum majlis nikah. Runsing, risau dan cuak fikirkan soalan yang tok kadi bakal tanya nanti.
.
Tarik nafas dengan tenang & lepaskn perlahan-lahan…
Jom tengok soalan2 basic ni untuk uolls standby before majlis..
.
Semoga dapat memudahkan urusan uolls nak akad nikah nanti..
.
Tapi tengok nasib la dear..ada yg tok kadi tak tnya langsung pun ada..just suruh mengucap je sebelum nikah..tapi ada jgk yg tok kadi yg suka tnya mcm2..kadang2 bukan tok kadi yg tnya taw tapi pak mertua pulak yg suka nak tanya..so just prepare ya abg2 semua..solan kacang je ni..practice make perfect BRO!
.
GOOD LUCK BRO..u can do it!
1.
2. Terjemahan yang tepat..
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.
3.
Ini maknanya :
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Hanya engkau (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesa
4.
5.
6.
7. Rukun nikah dlm gmbr ni trbalik n xikut turutan..sorry ya..saksi dlu, wali baru akad..
.
Ni yg btl ikut turutan:
1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. 2 saksi
4. Wali
5. Ijab n Qabul
.
Thanks kepada yang menegur
.
Nk senang ingat (SISWA)..
S suami
I isteri
S saksi
W wali
A akad
Sumber : FB SERNADZ
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk mereka yang bakal berkahwin, apa kata kita cuba amalkan minuman jamu ni, mana tahu badan jadi lebih sihat dan membantu anda untuk lebih bertenaga dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Nie la rahsia kalau nak badan cergas. Amalan tradisi kami orang Jawa sejak dari zaman anak dara. Biasanya bila orang jumpa saya, orang tanya saya, jamu apa yang saya makan sampai “kuat” walau buat pelbagai jenis kerja dalam satu masa.
Nie la jamu yang mak saya ajar buat dan minum dan dari arwah nenek juga mak saya belajar. Boleh diamalkan tapi jangan selalu ya😊.
Bahan asas:
Untuk 3-5 kali minuman
2-3 biji lempuyang (yang nie wajib ada sebenarnya, tapi susah nak dapat)
2-3 ketul kunyit hidup
1 biji manjakani
3 inci Halia
1 sudu besar gula melaka
2-3 sudu asam Jawa
3 gelas air masak
Lempuyang, Halia, Kunyit Hidup tu dibersihkan dan dikisar halus dan dicampur dengan sedikit air. Manakala manjakani pula dibersihkan dan dikisar kering.
Tapiskan kesemuanya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serbuk manjakani yang dah dikisar tadi, gula melaka dan asam jawa dan tambahkan air masak.
Masak sehingga lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Tapis dan sejukkan.
Sedia diminum.
*Boleh diminum bila² masa saja. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Tambahan:
Tak perlu la minum jamu ni hari². Bila rasa badan tak sedap, boleh la buat dan minum. Sebulan sekali dua pun ok. Saya sendiri bila rasa badan tak sedap, baru buat dan minum. Bagi yang baru bersalin, elakkan dulu minum. Kalau nak minum tunggu baby dah bebas jaundis atau dah nak habis pantang atau selepas berpantang. Nie amalan saya dari zaman anak dara ( sejak berumur 13- tahun sehingga sekarang dah hampir nak ke 40an).
Ada orang mungkin tak serasi. Ikut keserasian badan juga ya😉
Cc: suhaili ellie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai pekerja, pastinya banyak masa anda dihabiskan di pejabat. Malah ada yang menganggap pejabat adalah rumah kedua apabila banyak masa dihabiskan di sini. Apabila masa banyak dihabiskan di pejabat tidak mustahil juga ada yang bermain cinta di pejabat.
Pada mulanya mungkin sekadar berbincang masalah kerja yang kebetulan sama-sama menghadapinya dan kemudian berlanjutan hingga keluar makan tengah hari. Hmm, kalau sudah begini masih menyalahkan cinta? Bagi beberapa orang jatuh cinta dengan rakan kerja memang tidak menyenangkan. Tapi, tahukah anda jika berpasangan dengan rakan kerja juga sama menyenangkannya.
Berikut alasan mengapa memiliki pasangan satu pejabat itu menyenangkan.
· Anda berpeluang mengenali si dia lebih cepat
Seperti yang dijelaskan di atas, sebagai pekerja masa anda banyak dihabiskan di pejabat. Jadi apabila berpasangan dengan teman satu pejabat anda berdua akan lebih memiliki banyak waktu bersama. Sudah pasti anda lebih mudah untuk saling mengenali dan saling memahami.
Selain itu, tidak perlu menunggu lama untuk memendam rasa rindu. Bukankah sering bertemu setiap hari? Sweetkan?
· Waktu Makan Tengah Hari Lebih Menyenangkan
Oleh sebab satu pejabat, maka kemungkinan untuk sering bertemu. Anda berdua berkesempatan untuk makan tengah hari bersama. Tentu menyenangkan, semasa pasangan lain sibuk mengatur waktu untuk makan tengah hari bersama anda berdua dengan mudah melakukannya.
· Bertemu si dia menjadi mood booster untuk ke pejabat
Di masa kerja yang bertimbun dan rasa hati tidak menyenangkan akan berubah dengan kehadiran dia. Siapa yang tidak suka bertemu dengan pasangannya di pejabat? Anda akan menjadi lebih bersemangat untuk ke pejabat kerana ada si dia yang menunggu.
·Menjadi pembantu setia setiap masa
Ketika anda menghadapi masalah di pejabat, maka dia dengan mudah membantu anda. Urusan pekerjaan tentu akan lebih mudah anda selesaikan atas pertolongan dari dia. Dia akan membantu anda untuk menenangkan masalah anda ketika ada masalah di pejabat, kerana dia tahu senario pejabat yang sebenarnya.
Inilah 4 perkara yang dapat anda pertimbangkan apabila menjalin hubungan istimewa dengan rakan kerja tidak selalu buruk selama anda berdua dapat bersikap profesional.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!