Duit salam kaut memang sinonim dengan musim kahwin. Rata-rata tetamu lebih mudah menghulurkan duit kerana tidak sempat menyediakan hadiah buat pengantin baharu.

Selain tidak menggalakkan duit salam kaut dibuat untuk menjelaskan hutang, mak andam dari Nia Bridal House ini turut berpesan agar mereka yang bakal berkahwin menjadikan sembilan perkara penting ini sebagai panduan sebelum melangsung hari bahagia.

Tip untuk adik-adik yang nak kahwin:

a) Cari tarikh yang tak ramai orang buat majlis kahwin, so rumah awak jadi tumpuan tetamu. Berbaloi dengan jemputan.

b) Persediaan makanan kena melebihi jemputan.

“Jangan ngam-ngam, kang tak cukup buat malu je.”

c) Cari andaman yang berbaloi. Biarlah cantik, banyak bagi FOC berbanding caj-caj tersembunyi tapi kena tengok feedback customer lain juga. Jangan nak murah, mekap tak cantik, baju tak lawa, pelamin ala kadar.

IKLAN

d) Cari cameraman yang snap gambar cantik, hasil kerja memuaskan hati dan harga yg muhasabah. Jangan murah tapi servis najis mutawassitah… ? atau mahal nau hingga awak dibebani hutang.

e) Ketepikan sekurang-kurangnya RM1000 untuk kecemasan, you may not know what will happen. Kang minyak tak cukup, santan tak cukup, barang-barang masak tak cukup. Jangan habiskan duit hantaran macam tu je…

f) Berbincang dengan ibu bapa dan keluarga, jangan buat keputusan sendiri. Kena ada BAJET sendiri supaya majlis lancar-selancarnya…

IKLAN

g) Lepaskan duit makan (asap), andaman, cameraman, kompang, DJ dan goodies dahulu…

“Bukan dapat duit hantaran, gi beli set bilik, cadar dan barang perhiasan hantaran. Hantaran tu lepas je tunang, dah boleh beli sikit-sikit. Jangan beli last minit… Kalau set bilik elok lagi, pakai je la.. buat apa beli baru? Ni siap tempah langsir bagai… Beribu-ribu..bende penting tak difikirkan.. Tang tak penting ke main diutamakan.” 

h) Jangan harap duit salam kaut untuk jelaskan hutang-hutang ye. Awak buat majlis untuk sedekah orang makan, kalau rasa nak bayar hutang dengan duit tu… Tulis papan tanda depan pintu gerbang 1 pinggan makan RM10-RM15 satu kepala bergantung pada jenis makanan yang diambil.

IKLAN

Jangan Harapkan Duit Salam Kaut Untuk Settle Hutang Lepas Kahwin, Baca Pesanan Mak Andam Ini!

i) Seandainya lepas kahwin duit RM1K tu tak digunakan, gunakan la duit tu untuk permulaan kehidupan.

j) Kalau hantaran tak tinggi, sila buat majlis mengikut bajet di atas. Jangan nanti lepas kahwin, hutang keliling pinggang gara-gara nak majlis grand macam artis… Ukur baju badan sendiri, Islam tu mudah.

Ni nasihat hakak sebagai mak andam. Dah banyak akak tengok. Dah banyak akak tenung. Hari ni baru dapat luahkan… Kepada ibu bapa pengantin juga diingatkan… Kalau makcik pakcik nak tengok majlis grand-grand, sila cari menantu kaya raya atau pakcik makcik turut menyumbang sejumlah WANG pada majlis anak pakcik makcik. Jangan nanti nak buat duit mak andam, photographer, kompang, DJ dan khemah @ katering takde ye? Sampai beranak pinak pengantin tu masih berhutang…???

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI