Jika Ada Tanda-Tanda Ini, Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah. Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih, suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan pergaduhan di antara mereka.

Bagi suami dan isteri pula, penceraian selalunya terjadi jika terkena sihir ini yang biasanya dihantar oleh seseorang yang bertujuan dan berniat jahat. Amalan ilmu hitam dan juga sihir pemisah suami isteri ini adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk merosakkan hubungan orang.

Image result for hubungan terkena sihir

Dengan cara ini penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya serta meminta tolong daripada jin, iblis dan syaitan dengan menggunakan jampi serapah, tangkal atau mentera bagi mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya.

Berikhtiar

Ketika pasangan ini datang ke pusat perubatan rawatan Islam untuk mendapatkan rawatan, mengubati serta berikhtiar untuk membuang sihir.

Si isteri secara tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas ustaz membuat bacaan Ruqyah terhadapnya sebagai cara merawat serta menyembuhkan sihir ini dan ustaz tersebut turut berkomunikasi dengan ‘benda’ yang telah merasuk ke dalam badan wanita itu tadi.

Teruskan rawatan

Tanpa berkata panjang saya teruskan rawatan membuang sihir ini, syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat keluarkan jin yang menumpang di badan wanita tersebut. Apabila si isteri sedar terus mereka berpelukan kesedihan. Suami isteri ini berpelukan sambil menitiskan air mata.

Mereka tidak menyangka mereka terkena sihir pemisah pembenci ini akibat perbuatan sihir yang ditujukan kepada mereka suami isteri. Tak putus-putus dari mulut si isteri memohon maaf pada suami kerana apabila beliau marah, ianya seolah-olah tidak dapat kawal perasaan.

Bila marah seperti ada bisikan yang menyuruh minta cerai dari suaminya. Kadang-kadang suami tidak ada buat salah apa pun, perasaan nak marah dan jadi benci pada suami tanpa sebab.

IKLAN

Sihir pemisah

Biasanya bomoh ilmu hitam dicari oleh mereka yang berniat jahat untuk merosakkan hubungan orang yang dikenalinya. Hanya orang yang pernah alami sahaja yang tahu bila terkena sihir pemisah ini.

Sihir pemisah juga boleh terjadi jika kita ada gangguan saka keturunan, sebabnya saka kebiasaannya akan amat menyayangi cucunya. Insha Allah nanti saya akan bercerita pula tentang saka. Cerita di atas adalah kisah benar yang berlaku kepada pesakit saya.

Tapi tak semua yang percaya. Hanya yang pernah mengalami dan mempunyai pengalaman sahaja yang tahu dan rasa penderitaannya. Jika lambat diubati atau tiada penawar untuk batalkan sihir pelalau ini ia boleh mengakibatkan perbalahan, penceraian, perpisahan, rumah tangga retak dan sebagainya.

Tanda-tanda Terkena Sihir Pemisah

Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit. Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati. Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa. sebab terutama waktu asar ke atas.

Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit. Kerap kembung perut, sendawa angin. Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita). Kitaran haid tak normal. Lambat mendapat zuriat.

Image result for hubungan terkena sihir

IKLAN

Menjadi rimas, lemas, cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri. Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil. Ketika marah kerap meminta cerai. Tidak suka tidur bersama. Nafsu tiada terhadap suami atai isteri. Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.

Jika Terkena Sihir

Di atas adalah serba sedikit bagi orang yang terkena sihir pemisah. Sekiranya anda mempunyai banyak tanda seperti di atas, carilah langkah atau cara untuk menangani sihir atau dapatkan rawatan Islam berhampiran dengan anda untuk menghilangkan sihir ini.

Jangan sampai anda tidak lagi boleh mengatasi dan semuanya terlambat untuk diubati kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, hubungan dengan kawan, keluarga dan sebagainya.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Media Maklumat