Jangan kata isteri tak buat kerja umah duduk goyang kaki je…

Serius! Dulu saya pun nampak 2 ekor ikan je. Sejak isteri saya tak boleh buat kerja berat sebab dalam pantang ni, saya ambil alih tugas dapur dan rumah.

Untuk siapkan 2 ekor ikan ni saya perlu bangun di waktu semua orang masih tidur. Yela, bila bangun je semua orang banyak pula mahunya kan. Sorang pampers dah penuh. Sorang nak mintak mandi, sorang pula mintak dukung. Haru jadinya kalau tak buat kerja ikut jadual yang betul.

Jangan Kata Isteri Tak Buat Kerja Rumah, Asyik Duduk Goyang Kaki Je

 

IKLAN

Sebelum tu, mula-mula nak kena pergi pasar dulu.. Nak pergi pasar pula kena tengok dulu duit dalam dompet cukup ke tak. Eh tak cukup! Kena pergi ATM lagi untuk cucuk duit. Dah sampai rumah nak kena kemas dapur lagi. Yela, mana ada mood nak masak kalau dapur tak setel. Nak masak kena ada mood, salah mood kang jadi terlebih masin pula lauknya.

Baru je nak goreng, bunyi anak menangis pula. Kena pujuk anak tidur dulu. Eh, dah habis pujuk sorang, yang lain pula meragam. Otak dah macam pecah empat belas sebab ada empat belas benda nak kena fokus pada satu satu masa!

IKLAN

Dah setel semua, baru lah ikan ni selamat masuk di kuali. Eh dah selamat ke? Tak lagi, sepanjang goreng ikan tu ada berbelas belas kejadian lagi yang berlaku tapi saya taknak tulis.

Kenapa?

IKLAN

Saya nak korang tanya sendiri mak dan isteri korang selama ni. Serius, bagi kita orang laki ni nampak 2 ekor ikan je tapi bagi yang alami dan buat semua ni, ni bukan cuma 2 ekor ikan!

Dalam gambar ni ada air mata, kepenatan, kesakitan, gembira, tawa, duka, cinta, setia dan pengorbanan yang tak dapat dilihat oleh mata saya selama ni.

Sungguh, korang rasalah sendiri buat semua kerja rumah. Seminggu pun jadi lah. Masa tu la korang takkan nampak dah gambar ni cuma gambar 2 ekor ikan je. Korang akan nampak benda lain. Serius tak tipu.

Penulisan Dr Taufiq Razif
Bukan suami terbaik dunia tapi suami yang nak jadi yang terbaik buat anak dan isterinya

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI