Dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Pergaduhan itu seperti perkara biasa yang berlaku dalam rumah tangga. Cuma ia terpulang kepada anda dan pasangan sendiri bagaimana cara menyelesaikan masalah tersebut.

Banyak kes yang kita dengar suami, isteri curang, main kayu tiga, abaikan keluarga dan sebagainya. Namun, jika isteri asyik minta cerai dan suami asyik marah-marah, marah anak, itulah tandanya sesuatu keberkahan di dalam rumahtangga kita telah hilang.

Jangan main-main apabila isteri telah tawar hati. Dia sudah tidak kisah apa yang hendak si suami lakukan, bicarakan. Kalau dulu pandangannya lekat sentiasa di wajah suami, kini memandang muka suami pun sudah tidak sudi.

Semuanya kerana dia sudah tawar hati, jadi untuk para suami, sekiranya isteri berubah sikap jauh berbeza dari sifatnya semasa baru menikah denganmu, semak perkara ini.

Jangan Main-Main Bila Isteri Dah Tawar Hati, Mungkin Tiada Harapan Untuk Bersama

1) Hubunganmu dengan Allah

Ads

Bagaimana layanan isteri kepada kita seakan cerminan bagaimana layanan kita dengan Allah. Solat jaga atau tidak? Konsisten solat berjemaah atau tidak? Jika kita sebagai hamba pun tak taat kepada Allah, bagaimana isteri nak taat kepada kita?

2) Tidak ambil berat perihal isteri

Kamu ambil berat atau tidak soal ibadah wajib isteri? Makan pakainya? Ada tanya isteri dah solat ke belum? Ada tanya isteri dah makan ke belum? Ada beri ruang untuk isteri solat, mengaji dan makan dengan tenang tanpa perlu anak-anak mencelah sama? anda mungkin tidak pernah bertanya kepadanya.

Ads

3) Tidak memberi kerjasama pada isteri

Apabila isteri minta jagakan anak, bagaimana reaksi anda? Sebenarnya jika isteri dah mula mahu marah-marahkan anak-anak, peranan suami ialah untuk ambil tugas melayan anak-anak, biarkan isteri cool down. Bukannya si suami pergi menambah marahkan anak-anak pula. Itu hanya menambahkan stress si ibu.

4) Tidak kisah luahan hati isteri

Ads

Apabila isteri meluah perasaan, dengarlah. Bukan sekadar duduk di sisi tetapi tangan sibuk main fon, tidak mendengar dengan telinga dan hati sekali. Akhirnya isteri hilang ‘rasa’ untuk menceritakan segala yang terbuku dihatinya kepada anda dan dengan itu rosaklah perhubungan itu.

5) Suami tidak berubah untuk ke arah kebaikan

Apabila kita diminta untuk berubah, meninggalkan sesuatu perkara buruk yang menjejaskan kredibiliti kita sebagai suami di sisi isteri, berusahalah untuk berubah. Sekiranya isteri tidak suka kita asyik main game hingga terabai rumahtangga, ubahlah. Sekiranya isteri tak suka kita merokok, cubalah untuk berhenti. Dia ingin yang terbaik untuk diri anda.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI