Kita tidak boleh mengharapkan setiap individu menjadi seperti apa yang kita inginkan. Tapi kita sendiri perlu berubah menjadi lebih baik agar semuanya menjadi natural dan tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada orang lain. Apapun usah terlalu ekstrem, terlampau dan melampau dalam hubungan, teruska mencari kebaikkan dalam diri pasangan masing-masing.

 


Jangan Malu Dengan Kekurangan Pasangan Kita, Berbanggalah Kita Ada Dia
.

Jika pasangan sibuk dengan kerja

Tapi bersyukurlah yang pasangan anda bukan negatif. Atau terlampau sibuk dengan perkara lain. Kadang kala mungkin akan terkesan apabila pasangan tertinggal acara-acara.Atau terlupa hari-hari penting anda, atau mungkin juga terpaksa batalkan temujanji dengan anda kerana urusan kerja. Kalau perkara itu terjadi, masa sedang duduk berdua, mood tengah baik dan manja itu, anda pegang pipinya lepas tu cakap elok elok. Rasanya kalau buat muka sedih pun boleh tambah efek kasihan juga. Pasangan anda tentu akan faham dan daripada pihak anda, anda pandang semangat workholic pasangan anda ini sebagai kegigihan yang boleh dicontohi anak-anak kelak dalam mengejar cita-cita. Pasangan anda bekerja bukan untuk beliau seorang. Untuk masa depan anda dan keluarga juga. But if it’s too much, bincang elok-elok dengan pasangan.

Jangan Malu Dengan Kekurangan Pasangan Kita, Berbanggalah Kita Ada Dia
.

Jika pasangan membebel

IKLAN

Yang membebel ini bukan terhad kepada golongan wanita sahaja, golongan lelaki pun ada yang suka membebel. Namun, janganlah anda terus tutup telinga, buat ‘don’t know’ atau suruh pasangan diam terus.
Walaupun kadang kala agak bingit juga, anda cuba cari isi penting bebelan pasangan ada. Mesti ada punya. Lepas itu, kalau anda dengar elok-elok, kadang kala masa mereka sedang syok membebel ini, mesti ada satu dua part yang beliau tersasul. Kalau nak gelak masa itu, gelak saja. Boleh break the tension. Pasangan anda mungkin menegur dengan cara yang lain sikit daripada anda mereka suka huraikan teguran mereka.

Jangan Malu Dengan Kekurangan Pasangan Kita, Berbanggalah Kita Ada Dia
.

Jika pasangan anda ‘under achiever’

IKLAN

Anda mungkin ada pendidikan/karier atau gaji yang lebih baik daripada pasangan. Kadang kala ada juga saudara kenalan yang membandingkan anda berdua. Janganlah anda rasa malu pula dengan pasangan. Mungkin tidak seperti anda, pasangan anda belum jumpa potensi dan kebolehan sebenar dirinya. Dalam kes yang sedikit sedih, pasangan anda mungkin ada potensi dan kebolehan, yang tiada cuma peluang. Teruskan menyokong pasangan anda.

Jangan Malu Dengan Kekurangan Pasangan Kita, Berbanggalah Kita Ada Dia
.

Jika pasangan anda suka banyak tanya

IKLAN

Well, jika anda jenis yang cepat rimas, mungkin ini menjadi masalah untuk anda. ‘Kat mana tu?’ ‘Dengan siapa tu?’ ‘Buat apa tu?’ ‘Tadi makan apa tu?’ Kalau dah sampai tahap yang ekstrem, anda cakap elok-elok dengan pasangan anda. Tapi, jika masih di tahap yang boleh diterima, anda pandang ini sebagai satu cara pasangan anda tunjuk yang beliau ‘care’ tentang anda. Mungkin nak cakap ‘I love you’ hari-hari nanti macam bosan juga atau berat sikit terutamanya untuk yang macho. Jadi mereka tunjukkan rasa ‘care’ mereka ini dengan himpunan soalan-soalan.

Jangan Malu Dengan Kekurangan Pasangan Kita, Berbanggalah Kita Ada Dia
.

Jika pasangan cemburu

Kalau kadang kala pasangan anda cemburu ini sebenarnya agak comel juga. Lagi-lagi jika disebabkan perkara-perkara yang anda sendiri tidak duga. Macam manalah beliau boleh rasa tergugat sebab anda gelak-gelak apabila bercakap dengan kawannya? Atau bila anda mention pasal kawan sekerja anda? Atau bila kawan berlainan jantina bagi anda nickname? Benda-benda macam itu. Tapi kan, selagi pasangan bukanlah ‘cemburu’, anda anggap saja yang pasangan anda ada rasa risau kehilangan anda. Bukannya beliau tidak percayakan anda atau perkara yang sebegitu. Rasa cemburu ini timbul kadang kala kerana beliau rasa rendah diri berbanding orang dicemburui itu.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI