Memiliki pasangan yang menemai anda dari awal perjalanan anda sehingga ke hari ini adalah impian ramai orang, kerana orang yang setia menemani anda dari awal sdangat susah untuk dijumpai. Kebanyakan orang hanya akan hadir bila kita sudah ada segalanya yang ingin dicapai.

Namun sayangnya, ada beberapa individu memilih meninggalkan orang yang telah setia menemani dirinya dari awal berjuang demi seseorang yang lebih menarik pandangannya. Hal tersebut jelasnya adalah satu kebodohan, kerana meninggalkan seseorang yang telah lama kita kenal dengan kesetian dan berpaling pada orang yang selok-beloknya belum kita ketahui hanya kerana rupa paras atau harta.

Jangan Tinggalkan Seseorang Yang Setia Dari Awal Hanya Demi Mencari Yang Sempurna

IKLAN

Kesetian sangatlah mahal, apatah lagi disertai dengan sikap menerima apa adanya, kesetian pun akan tak ternilai harganya. Wajah yang rupawan belum tentu memiliki kesetian, tapi orang yang mendekati kesempurnaan ialah dia yang akan menemani anda dari awal.

IKLAN

Orang ini yang faham keadaan anda dan selalu ada sejak awal perkenalan anda dengannya. Jadi, untuk apa anda meninggalkan orang yang menemani anda sejak awal demi mencari yang lebih sempurna?

IKLAN
Jangan Tinggalkan Seseorang Yang Setia Dari Awal Hanya Demi Mencari Yang Sempurna
Kredit: Bulan Photography

Ingatlah bahawa tidak semua orang sempurna, jangan hanya pandang seseorang hanya kerana paras rupa atau harta. Ia tidak menjamin kebahagiaan melainkan hati yang ikhlas. Semoga anda berjumpa dengan orang yang betul dan boleh membahagiakan anda!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI