Hubungan dengan pasangan mungkin akan terjejas dek kerana muka sang puterinya itu mempunyai jerawat yang dianggap kotor. Sewaktu berpasangan, si wanita tidak mempunyai jerawat dan kelihatan menawan. Dengan kehadiran jerawat menampakkan wajah yang tidak menarik.
Kehadiran jerawat di wajah boleh menyebabkan sesiapa sahaja mudah hilang keyakinan diri. Bagi wanita, wajah yang bersih dan cantik menjadi aset terpenting bagi diri mereka. Wanita akan mudah hilang keyakinan apabila wajah mereka tidak menarik. Di tambah lagi dengan kehadiran jerawat yang teruk dan berparut.
Apabila keyakinan diri rendah maka penampilan diri juga menjadi masalah yang besar. Mereka hanya duduk menghadap cermin berjam-jam semata kerana jerawat yang timbul. Penampilan mereka mula berubah. Mulalah mereka memakai ‘make-up’ setebal yang boleh untuk menutup jerawat dan parutnya. Sedar atau tidak, tindakan sedemikian juga dapat menyebabkan jerawat mudah timbul.
Kebanyakkan wanita terlalu sensitif. Jadi, apabila ada kalangan rakan mereka mengata tentang wajah mereka, mereka akan berasa marah.dan mula tertekan. Perasaan yang tidak stabil membolehkan wanita tersebut mudah tersinggung dan lebih beremosi.
Bagi seorang wanita, kecantikan dan kebersihan diri amat dititikberatkan. Masalah jerawat yang dialami akan ditanggani walaupun terpaksa berhabis ribuan ringgit. Masalah jerawat bagi seorang wanita amatlah di takuti kerana ia boleh menjejaskan diri mereka.terutama sekali apabila ia menganggu emosi.