Banyak sebenarnya cara jodoh datang, tidak kira cepat atau lambat jika sudah tiba masa anda mendirikan rumah tangga ia pasti akan berlaku.
Namun, bagaimana kita ingin mengetahui bahawa jodoh kita semakin hampir? Adakah melalui mimpi atau petunjuk? Jom kita lihat apa tanda-tandanya.
1. Saling memaafkan
Anda mungkin seorang yang ego dan panas baran, tetapi apabila bersama si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafnya begitu juga dengan dirinya.
Ads
2. Selalu bekerjasama dalam segala hal
Bila anda berkeras mahukan atau ingin mencapai sesuatu dia datang untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk anda. Anda akan lebih memberikan motivasi bukan sahaja pada diri sendiri malah kepadanya juga dalam pelbagai perkara.
Ads
3. Hati yang mantap
Hati manusia mudah berbolak-balik tetapi apabila anda bersama si dia, perasaan gelisah itu hilang dan tenang kerana anda fikir dia lah yang terbaik.
Bila anda bersama si dia perasaan anda akan merasa tenang sahaja. Kerana dia membuatkan anda selesa dengan dirinya. Selain itu, si dia sering mengajak anda untuk melakukan perkara yang bermanfaat dabn berfaedah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti tubuh orang normal, badan pesakit kanser mempunyai asid tinggi dan pola diet yang diperlukan ialah makanan beralkali bagi mengimbangi tubuh.
Cuma untuk pesakit kanser, mereka lebih berisiko mengalami komplikasi lain disebabkan sel antibodi badan rendah. Ia menyebabkan mereka lebih terdedah kepada ancaman penyakit atau partikel karsinogen yang bebas di persekitaran mahupun makanan bersifat karsinogenik.
Pesakit yang menyertai kumpulan sokongan kanser ini disarankan mengambil makanan yang kaya antioksida dan diet mereka dipantau dari semasa ke semasa.
Bukan semua makanan boleh diakses oleh pesakit kanser kerana dalam keadaan tertentu contohnya makanan yang baik untuk pencegahan kanser seperti madu boleh mendatangkan kesan buruk kepada pesakit.
Berdasarkan kajian, makanan mengandungi unsur glukosa termasuk madu boleh merangsang perkembangan sel kanser. Glukosa menjadi makanan kepada sel kanser ini dan menyebabkan sel aktif lalu merebak.
“Bukan menafikan kebaikan madu untuk tubuh seperti merawat luka dalaman, ulser perut dan sebagainya, tetapi bagi pesakit kanser madu boleh memberi implikasi buruk.
“Dalam diet pengambilan makanan semula jadi atau ‘super’ yang mampu melawan sel kanser antaranya bawang putih, bawang besar dan bawang Bombay. Kalau bawang putih dan bawang besar lebih baik diambil mentah manakala bawang Bombay lebih sesuai dimasak.
Kita tahu bawang putih mempunyai aroma tengik tidak menyenangkan tetapi itu terhasil disebabkan komponen dipanggil allicin. Allicin ini memberi kriteria antibakteria, antivirus, antiradang dan antioksida yang menjadikan bawang putih makanan penawar penting buat pesakit kanser. Digalakkan pesakit mengunyah sekurang-kurangnya dua ulas setiap hari membantu membantutkan sel kanser.
Selain itu minuman dan makanan membantu mempunyai sifat antiangiogenesis iaitu menghalang bekalan darah ke sel kanser seperti teh hijau dan kunyit juga boleh membantu membuang toksin. Sebagai contoh teh hijau mengandungi folifenol turut membantu melawan sel kanser.
Tekankan pengambilan air mencukupi yang sangat penting buat pesakit. Istilah air baik pada saya ialah air dimasak kerana ia mempunyai zat penting untuk membekalkan oksigen kepada tubuh. Air juga membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh menerusi proses semula jadi.
Setiap 20 kilogram berat tubuh memerlukan sekurang-kurangnya satu liter air bagi membolehkan tubuh memperoleh sumber mencukupi. Bagi meningkatkan penyerapan usus, ambillah sayuran hijau setiap hari.
Makanan tidak sesuai untuk pesakit semestinya produk makanan berproses atau segera selain yang tinggi kandungan gulanya. Sumber gula semula jadi buah-buahan lebih sesuai untuk pesakit kanser.
Pesakit kanser digalakkan untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang seperti kempen Pinggan Sihat (suku-suku-separuh). Ia bermaksud suku pinggan diisi dengan sumber bijian, suku pinggan untuk protein rendah lemak seperti ayam, ikan dan tofu serta separuh pinggan untuk sayur-sayuran dan buah-buahan.
Khusus buat pesakit kanser digalakkan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mempunyai nutrien tinggi.
Bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan kanser, mereka digalakkan untuk makan makanan berprotein tinggi supaya boleh cepat sembuh selain mengekalkan sistem imun melawan penyakit.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sudah guna anda kena tahu cara kemas barang juga. Begitulah adab yang ‘manis’ setiap kali pulang dan tidur di rumah ibu bapa atau mentua.
Biar tahu cara mengemas semula kelengkapan yang telah digunakan seperti toto, selimut dan bantal.
Lebih mudah kalau ada kotak penyimpanan barang sendiri, sebagaimana tips simpan barang yang dikongsikan seorang wanita bernama Khairiyah Shahrudin ini.
Menurutnya, sebelum tinggalkan rumah mentua dia akan pastikan barang-barang yang digunakan di simpan di dalam kotak penyimpanan barang.
Ini bagi mengelakkan barang tersebut berhabuk dan bersih daripada najis cicak. Jom baca lebih lanjut tips simpan barang di bawah.
Kemas barang✅
Sapu bilik dan buang sampah✅
Off semua suis dalam bilik✅
Saya kongsikan cara saya simpan barang supaya terhindar daripada najis cicak, lipas dan tikus. Barang pun kekal bersih dan tidak berhabuk.
1 box 105 liter muat 3 toto guna 80 liter pun ok.
1 box 80 liter muat 3 bantal besar dan selimut.
1 box keperluan lain seperti extension, barang mandi, hanger, penyepit, plastik, selipar, ubat nyamuk dan lain-lain.
1 box pakaian yang nak ditinggalkan, cadar dan sarung bantal.
Apabila box toto dan bantal itu dikeluarkan, kami gunakan untuk letak baju kotor dan yang sedia untuk dilipat. Sejak 2010 saya amalkan cara ini.
Alhamdulillah, semua keperluan terjaga dengan baik. Kemas itu terapi.
Begitulah yang terbaik dan selesakan kedua belah pihak, tidak menyusahkan malah lebih menjaga hati dan memudahkan orang tua. Lain kali balik, mentua pun senang hati!
Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.
Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur ?
Satu kitaran haid yang normal berkitar di antara 21- 35 hari. Aliran haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih cepat dari 21 hari atau lebih lama dari 35 hari. Sekiranya terlewat berbulan bulan atau haid berlaku 2 kali sebulan ia dianggap tidak teratur.
Untuk menentukan sama ada haid anda teratur atau tidak, kira dari hari pertama haid anda sehingga hari pertama haid yang seterusnya. Ulang pengiraan ini untuk tiga bulan. Jika tarikh haid anda sangat berbeza dan tidak jatuh dalam lingkungan 21-35 hari, anda mengalami haid tidak teratur.
Punca Haid tidak teratur
Dalam banyak kes, haid yang tidak teratur adalah berkaitan dengan keadaan yang dipanggil anovulation atau tidak bertelur dan ia selalunya berkait dengan ketidakseimbangan hormon.
Haid tidak teratur di kalangan gadis belasan tahun sangat kerap terjadi. Selalunya disebabkan tahap hormon yang tidak stabil. Biasanya ia akan beransur pulih secara semulajadi walaupun mungkin memakan masa bertahun-tahun.
Haid juga boleh menjadi sangat tidak teratur di lewat usia reproduktif anda. Ramai wanita sedar bahawa mereka menghampiri menopos apabila haid mereka menjadi tidak seimbang. Apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut, anda dikatakan sudah menopos.
Hamil dan keguguran pula kerap menjadi penyebab kepada haid yang tidak teratur terutama sekiranya anda dalam lingkungan usia 20-40an. Pastikan dahulu anda tidak hamil dengan menjalani ujian kehamilan sebelum bergegas ke klinik doktor anda.
Faktor-Faktor lain
SENAMAN ATAU BERDIET KETERLALUAN.
Terlalu banyak bersenam boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur atau ia berhenti terus. Ini kerap berlaku pada ahli sukan yang berbadan kurus dan tidak berlemak. Kehilangan berat badan yang keterlaluan dari diet yang melampau boleh memberi kesan yang sama.
TEKANAN.
Tekanan perasaan yang kronik atau kebimbangan luar biasa tentang masalah tertentu boleh menyebabkan hormon anda tidak stabil seterusnya kitaran haid yang tidak teratur.
TEKANAN FIZIKAL.
Sekiranya anda baru pulih dari penyakit yang berat atau mengalami pembedahan, kitaran haid anda mungkin terjejas tetapi ia tidak memakan masa yang lama.
KAEDAH MERANCANG KELUARGA BERHORMON
Seperti Pil Perancang, Implanon atau Depo-provera boleh membuat tempoh haid anda menjadi singkat, berlaku sekali sekala atau tiada langsung untuk berbulan-bulan lamanya. Intrauterine Contraceptive Device (IUD) atau alat dalam rahim juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.
POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS).
Sindrom ovari Polisistik iaitu satu masalah perubatan yang menyebabkan sista kecil pada ovari dan mengganggu ovulasi anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai sejarah haid yang tidak teratur selama bertahun-tahun. Selain dari sukar hamil disebabkan tidak bertelur, PCOS boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan jantung.
MASALAH KETUMBUHAN DALAM RAHIM.
Fibroid rahim, polip dan endometriosis kerap dikaitkan dengan haid tidak teratur.
MASALAH PERUBATAN.
Gangguan tiroid boleh menyebabkan haid yang tidak teratur jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi. Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kitaran yang tidak teratur termasuk penyakit buah pinggang, penyakit kencing manis dan masalah prolaktinemia.
MENYUSU BADAN.
Mereka yang menyusukan badan kerap mengalami haid yang tidak teratur tetapi haid anda akan pulih dengan sendiri sekiranya anda berhenti menyusu.
Jumpa Doktor Anda
Haid tidak teratur boleh menjadi petunjuk pertama bahawa anda mungkin mengalami masalah perubatan. Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan dan haid yang tidak teratur bertahun-tahun lamanya anda mungkin mengalami PCOS. Kajian mendapati 10 peratus daripada wanita dalam usia reproduktif mengalami PCOS.
Anda juga perlu disaring untuk mengesan gangguan tiroid, prolaktin dan penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan haid yang tidak teratur.
Kitaran haid yang tidak teratur juga boleh menyebabkan anda sukar hamil kerana anda tidak bertelur (ovulasi) secara semula jadi. Ujian ultrasound dan darah boleh memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah ini.
Rawatan Haid tidak teratur
Rawatan bergantung kepada punca kenapa haid anda tidak teratur. Jadi amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan.
SUMBER : alamhamilblog.com
OLEH : Dr R Juhaidah adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong dan mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai Pakar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...