SELAIN menyediakan nafkah makan minum serta pakaian buat isteri, suami turut bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang disenangi isteri.

Tempat tinggal yang dimaksudkan hendaklah bersesuaian dengan kemampuan suami sebagaimana kewajipan nafkah yang difardukan Allah SWT kepada si suami.

Isteri mempunyai hak untuk memiliki rumah sendiri. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 33 yang bermaksud: “Menetaplah kamu sekalian (wahai isteri-isteri Nabi) di rumah-rumah kamu.”

Jika Isteri Tidak Gembira Di Rumah Mentua, Suami Perlu Segera Ambil Jalan Penyelesaian

Antara ciri-ciri tempat tinggal yang disarankan syarak menurut pandangan fuqaha’ adalah sebagaimana dinyatakan di dalam Kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh’ jilid 10, muka surat 8392 karangan Dr Wahbah al-Zuhayli yang menyebut: “Para Fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa di antara ciri-ciri maskan syarie itu hendaklah mempunyai prasarana-prasarana yang sekurang-kurangnya (dharuriah) menurut kebiasaan terdapat di dalam sebuah rumah iaitu bilik air, dapur dan perabot.

Prasarana itu hendaklah dikhususkan untuk kegunaan ‘maskan’ itu saja kecuali suami itu fakir, maka dia bolehlah tinggal di dalam sebuah bilik daripada bilik-bilik yang terdapat dalam sebuah rumah dan terdapat orang lain tinggal di situ dengan syarat jiran-jirannya terdiri daripada mereka yang solihin.”

Ads

Maskan syarie adalah tempat tinggal yang dibenarkan oleh syarak. Asasnya tempat tinggal yang digariskan syarak perlu sesuai dengan taraf kewangan suami.

Tempat itu lengkap dengan bekalan air, tandas dan dapur selain tidak mendatangkan gangguan kepada isteri daripada sesiapa yang turut tinggal di situ. Selain itu, tempat tinggal berkenaan juga diduduki oleh jiran yang seagama. Berhubung dengan masalah yang sedang dihadapi, ia perlu diselesaikan dengan perbincangan bersama suami terlebih dulu.

Sekiranya suami memberi alasan tidak mampu membeli rumah sendiri kerana ia membabitkan kos yang tinggi, maka buat sementara waktu anda dan suami boleh menyewa rumah yang masih dalam kemampuan suami.

Ads

Namun, jika isu kemampuan itu bukan menjadi sebab utama malah memberi pula alasan membazir bagi tujuan berkenaan, maka ia tidak wajar.

Jika Isteri Tidak Gembira Di Rumah Mentua, Suami Perlu Segera Ambil Jalan Penyelesaian

Alasan membazir dengan mampu adalah dua isu berbeza. Tempat tinggal itu hendaklah mengambil kira kehendak isteri yang diseimbangkan dengan kemampuan suami.

Ads

Jika isteri tidak gembira atau tidak mendapat hak sewajarnya di rumah ibu mentua, suami perlu segera mengambil jalan penyelesaian. Setiap masalah dalam perkahwinan amat perlu kepada perbincangan dan penyelesaian.

Bukan hanya dengan keputusan suami semata-mata. Jika perbincangan gagal dilakukan, puan boleh mendapatkan bantuan ahli keluarga untuk menjadi wakil atau jurucakap, sebaik-baiknya orang yang dihormati suami.

Sebagai isteri, kita perlukan kesabaran yang tinggi ketika menghadapi ujian sedemikian. Mudahmudahan kesabaran puan dipandang Allah dan diberikan jalan penyelesaian yang baik.

Mungkin juga dengan kesabaran itu satu masa nanti Allah SWT kurniakan kemampuan kepada suami dan dia dapat menyediakan rumah sendiri buat keluarga.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI