Gambar Sekadar Hiasan

Ketahuilah bahawa Allah akan memberi jodoh kepadamu ketika kamu memang sudah sama-sama bersedia dan sama-sama memerlukannya. Jadi, tetap tenanglah dalam menunggu. Berbaik sangka sahaja kepada Allah kerana itu akan membuatmu lebih tenang dan baik-baik sahaja.

Jika ada yang suka menyindir kerana usiamu sudah meningkat, katakanlah bahawa “Allah lebih tahu bila jodohku akan tiba”, tidak perlu marah dan rasa tersinggung. Setiap orang ada waktu masing-masing dan Allah tidak akan menukar siapa yang telah tertulis untukmu kepada orang lain.

Jangan pernah khuatir kerana tidak ada yang mampu mengubah masa kecuali Allah yang Maha Mengatur segalanya. Dan jika dikatakan doa mampu mengubah segalanya, itu ertinya doalah jambatan untuk anda meminta izin pada Allah agar takdirmu boleh diubah.

IKLAN

Jodoh Akan Tiba Bila Anda Betul-Betul Sudah Bersedia Dan Memerlukannya

Sekarang, tidak perlu lagi berfikiran yang bukan-bukan tentang hari esok. Cukup sekadar anda pasrah dan serahkan segalanya kepada Allah.

IKLAN

Lebih baik fokus sahaja pada dirimu agar menjadi yang lebih baik daripada kamu terus memikirkan bila jodoh akan tiba kerana Allah akan memberimu yang terbaik bila sudah tiba waktunya.

IKLAN

Sekali lagi ingatlah, tidak perlu mendengar suara sumbang orang-orang yang tidak mengerti hakikat takdir, yang terus bertanya bila kamu akan menikah atau kenapa belum bertemu jodoh, kerana ia hanya buat hati anda letih.

Tunggu sahaja dengan penuh kesabaran kerana Allah telah menulis bila pertemuanmu dengan jodohmu. Tidak perlu terus gelisah jika masih belum berjodoh. Yang terbaik pasti akan tiba.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI