Jodoh Dengan Gadis Cantik, Jejaka Sindrom TREACHER COLLINS Bersyukur Tamatkan Zaman Bujang.

Share

Bukan rupa paras menjadi taruhan. Begitulah ikhlasnya seorang wanita menerima kehadiran jejaka bernama Surya Manurung dalam hidupnya. Surya yang menghidapi sindrom Treacher Collins ini sah menjadi suami kepada wanita jelita, Shasha Puspita Dewi.

 

Kredit foto: Instagram Keluarga Manurung Official

 

Apakah sindrom Treacher Collins?

Sindrom Treacher Collins adalah kelainan genetik langka yang menyebabkan gangguan pertumbuhan tulang dan struktur wajah. Anak yang menderita sindrom Treacher Collins umumnya memiliki bentuk wajah, kepala, dan telinga yang tidak biasa. (Sumber Alo Dokter).

 

Keluarga Surya Manurung pernah tular di media sosial kerana mempunyai kelainan dari segi bentuk wajah, kepala dan telinga. Difahamkan, Surya juga pernah bertunang sebelum ini namun bertemu jodoh dengan wanita pilihan hatinya, Shasha.

 

Kredit foto: Instagram Keluarga Manurung Official

 

Kedua-duanya beruntung kerana masing-masing memiliki kelebihan tersendiri. Baik Surya dan Shasha, tentunya mereka mengharapkan perkahwinan yang dibina ini akan kekal ke akhir hayat.

 

Kredit foto: Instagram Keluarga Manurung Official

 

Malah, coretan di laman Instagram juga boleh bikin sebak sesiapa sahaja.

 

“Ketika semua mendekat hanya untuk mempermainkan hanya dialah yang tulus mencintaiku,” #suryamanurungnikah

 

Kredit foto: Instagram Keluarga Manurung Official
Kredit foto: Instagram Keluarga Manurung Official
IKLAN