Bila disebut soal “JODOH” ianya adalah sesuatu yang sangat rumit.Tambahan pula jika orang muda itu usianya sudah mencecah 25 tahun,pasti mereka akan kelam kabut mencari pasangan yang bakal memenuhi ruang hati mereka.
Mereka berfikiran jika mereka kahwin lambat,”mereka adalah loser”.Kepada orang muda,jodoh ini jangan dipandang mudah.
Ada orang yang berkahwin pada usia muda,tetapi akhirnya terpaksa berdepan dengan penceraian kerana tidak bersedia dan tersalah memilih pasangan.Sebelum kahwin semuanya nampak indah,selepas kahwin,haa rupa rupanya pasangan kaki mencarut,kaki pukul,kaki hutang dan kaki judi.
Ada orang yang berkahwin lambat dan terpaksa menunggu jodoh sehingga lanjut usia.Malah ada juga yang terpaksa memekakkan telinga dari mendengar mulut sampah masyarakat di sekeliling mereka.
“Tengok dia tu kahwin lambat,mesti memilih sangat ni.Tak pun mesti tak laku.”
“Itu lah,kawan-kawan dah ada anak 2,tengok dia tu jadi anak dara tua lah nanti”.
Ads
Pekakkan telinga wahai orang muda.
Ada juga orang yang bertemu jodoh lambat,tetapi rumah tangaa yang dibina olehnya bahagia sehingga ke akhir hayat.Dikurniakan pasangan yang memahami,solat lima waktu dan juga berpegang kepada agama.
Tidak salah jika anda ingin memilih! Anda pilih jodoh bukan seperti beli kereta.Jika kereta rosak ianya masih boleh diperbaiki.Jika rumahtangga rosak,cerai sahaja lah jawapannya.
Ads
Soal jodoh ini adalah urusan tuhan,
Dengan siapa kita berkahwin,
Bila kita akan berkahwin,
Semuanya telah ditetapkan.
Yang penting kita juga perlu usaha.
Jika sehingga ke hari ini anda masih belum bertemu jodoh,janganlah bersedih dan anggap sahaja tuhan sedang susun perkara yang baik untuk anda.
Ads
“Apa guna jika kahwin awal kalau dapat pasangan caca marba.”
Semoga anda yang masih belum bertemu jodoh akan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik pada masa akan datang.
Orang mengata?
Pekakkan saja telinga,lama-lama mereka diam lah.Buat apa nak layan.Baik kau layan upin ipin.Eh tiber.Haha
Sekian sahaja sedikit pesanan dari aku terutamanya kepada orang muda yang sudah mencecah umur 20 an ke atas.Posting ini tidak sesuai kepada budak bawah umur.Belajar pandai-pandai dulu dik kalau nak baca.Haha
Aku juga adalah seperti kalian yang sentiasa mengharapkan jodoh yang terbaik pada hari yang mendatang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah seharian penat bekerja serta menguruskan rumah tangga, seorang isteri tentunya mahu berehat dan mempunyai masa untuk diri sendiri. Perlu anda tahu bahawa isteri bukanlah robot. Mereka juga memerlukan rehat untuk recharge otak dan tubuh mereka.
Ramai suami menganggap ‘me time’ untuk isteri adalah dengan beri duit kepada mereka dan biar mereka keluar jalan-jalan, shopping atau pun habiskan masa di spa. Ternyata anda silap! ‘Me time’ terbaik untuk seorang isteri adalah ‘quality time’ dia bersama Tuhannya.
Pengalaman ini dikongsi sendiri oleh Muhammad Yusof menerusi laman Facebooknya. Ternyata perkongsian seorang pakcik yang dijumpai di sebuah masjid telah membuka matanya tentang ‘me time’ seorang isteri. Mari kita baca perkongsiannya.
*********************************************
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Istighfar adalah bacaan untuk memohon keampunan kepada Allah SWT. Umat Islam dianjurkan untuk sering mengucapkan bacaan ini. Sebagai tanda pengakuan atas kelemahan yang dimiliki manusia sekaligus selalu berharap atas ampunan Allah SWT.
Bacaan istighfar yang singkat adalah astaghfirullah. Tapi selain itu ada yang dinamakan Sayyidul istigfar. Inilah the king of istighfar atau secara sederhana dapat diertikan sebagai istighfar yang paling utama. Apakah Anda tahu bacaan sayyidul istighfar ini?
Berikut ini bacaan sayyidul istighfar yang baik untuk sering kamu baca.
“Allahumma anta robbii laa ilaaha illaa anta, kholaqtanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu. A’udzu bika min syarri maa shona’tu, abuu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu-u bi dzanbii, faghfirlii fainnahuu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta”
Ertinya:
”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau” (HR. Bukhari no. 6306)
Membaca sayyidul istighfar memiliki banyak manfaat. Berikut beberapa di antaranya :
#1. Masuk Syurga
Dalam hadis yang merupakan lanjutan dari hadis di atas, Rasulullah bersabda
“Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.”
Ya, syurga dijanjikan bagi orang yang membaca sayyidul istighfar ini baik di siang hari mahupun malam hari.
#2. Diampuni Dosa
Istighfar adalah bacaan yang berharap agar kita diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT atas kesalahan dan khilaf yang terjadi. Bacaan ini menandakan betapa kecilnya kita di hadapan Allah. Kita, manusia, adalah tempatnya khilaf dan salah. Dengan membaca istighfar, kita berharap dosa-dosa kita itu diampuni.
#3. Bentuk Syukur atas Nikmat Allah
Dalam bacaan sayyidul istighfar tersebut juga terdapat pengakuan atas nikmat yang diberikan Allah SWT pada kita. Membaca istighfar ini juga merupakan bentuk wujud syukur manusia pada Allah ta’ala.
#4. Dicintai Allah
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222).
Ya, Allah senang terhadap orang yang yang beristighfar dan memohon ampun pada Allah. Sebab dalam istighfar itu terkandung makna bahawa manusia ingin menjadi lebih baik. Dengan mengakui kesalahan yang telah terjadi dan berniat untuk tidak lagi mengulanginya.
#5. Mencegah Azab
Firman Allah seperti termaktub dalam QS. Al-Anfal ayat 33:
”Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”
Keutamaan orang yang memohon ampun pada Allah SWT adalah dapat terhindar dari azab. Sebab Allah tidak akan mengazab umatnya yang bertaubat dan memohon ampun.
#6. Memperlancar Rezeki
Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda,
”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.”(HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
Dosa-dosa yang kita lakukan boleh menjadi penghambat kelancaran rezeki kita. Oleh kerananya, dengan membaca istighfar dan memohon ampun pada Allah, semoga dosa-dosa yang kita lakukan itu dapat dihapuskan.
#7. Membersihkan Hati
Istighfar dapat membersihkan hati kita. Banyak hal yang dapat menyebabkan hati kita menjadi kotor. Dengan beristighfar diharapkan hati kita bisa menjadi bersih.
Seperti dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda,
”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
#8. Ketenangan Batin
Istighfar adalah bentuk pengakuan atas segala dosa dan kesalahan yang kita perbuat. Hanya dengan memohon ampunan-Nya, batin kita bisa menjadi tenang.
Nah, itulah beberapa keutamaan dari beristighfar. Membaca sayyidul istighfar ini perlu kita biasakan setiap hari, supaya kita bisa menjadi orang yang beruntung kerana diampuninya dosa kita oleh Allah SWT.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya.
Di awal perkahwinan, setiap pasangan pengantin pasti akan merasa hidup susah kerana baru memulakan kehidupan bersama. Jadi, kami kongsikan 11 tip yang berguna untuk anda.
Kredit: Tangkap Pictures
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
2. Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
3. Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Kredit: IG rq.creative
5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
6. Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
7. Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Kredit: tonnyphotoworks
9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!