Perkahwinan atau pernikahan sangatlah diperlukan lebih-lebih lagi dalam islam. Ia merupakan fitrah semulajadi setiap manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di muka bumi ini. Perkahwinan juga merupakan asas bagi melanjutkan sebuah bahtera kehidupan setiap manusia.

Dalam pemilihan jodoh (calon suami atau isteri), ianya seharusnya dilakukan dengan cermat, ini adalah kerana, ianya akan menentukan kebahagiaan seseorang dalam hubungan rumah tangga kelak.

Pada zaman ini, kita sering didengari dengan berita-berita perceraian disebabkan oleh rumah tangga yang kacau-bilau. Setelah diperhatikan, sebahagian daripada sebabnya adalah kerana kesilapan atau kesalahan dalam memilih pasangan hidup.

Jodoh Perlu Dipilih, Bukan Sebab ‘Terdesak’ Nak Kahwin Bila Tengok Orang

JODOH MERUPAKAN TAKDIR SEMATA-MATA

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia mesti menerima jodohnya baik ataupun buruk”

Ads

Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tetapi sayangnya pendapat ini kurang tepat. Pendapat ini dianggap lemah kerana sifatnya yang pasif, HANYA MENERIMA SAHAJA CALON JODOH YANG DATANG DAN DITEMUINYA. Ianya seolah-olah dipandang hanya sebagai takdir Tuhan semata-mata, hingga ianya tidak boleh dipilih lagi.

Pendapat ini kurang tepat kerana, mereka akan menyalahkan Tuhan sekiranya ada apa-apa masalah atau kegagalan dalam rumah tangga mereka nanti yang boleh mengakibatkan berlakunya perceraian. Seperti yang kita sering dengar “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya dengan si dia sampai di sini sahaja”. Tuhan pula yang dipersalahkan.

JODOH MERUPAKAN TAKDIR DAN PERLU MENCARI

“Jodoh di tangan Tuhan tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihya”

Ads

Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum lengkap. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

Pada kebiasaannya, manusia akan berikhtiar mencari jodoh, tetapi sering mengikut keinginan sendiri atas pertimbangan tertentu yang bersifat peribadi. Bila dah macam ini, pasti mereka mahu yang sempurna je kan? Biasanya, mereka cenderung mencari yang cantik paras rupanya, banyak harta, berpendidikan dan berkedudukan tinggi dan sebagainya. Kalau nak cari yang perfect je, susah lah nak jumpa kan?

Ads

Jodoh Perlu Dipilih, Bukan Sebab ‘Terdesak’ Nak Kahwin Bila Tengok Orang

JODOH, WAJIB BERIKHTIAR SESUAI DENGAN KETENTUAN ALLAH

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”

Pendapat ini adalah yang paling sempurna. Memang begitulah aturan dalam mencari jodoh. Oleh itu, memilih jodoh bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan waktu yang agak panjang kerana kita harus melihat apakah calon pasangan hidup kita itu sesuai menurut Islam, yang mampu membimbing kita ke akhirat nanti, dan juga yang boleh membahagiakan kita.

Sumber : Baitulmuslim

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI