Kebanyakan pasangan mungkin mengalami kerunsingan untuk mengira bajet bagi mengadakan majlis perkahwinan. Bagi anda yang ingin mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana, kami kongsikan tip jom jimat kahwin yang mungkin bermanfaat.
1. Kenalpasti Kemampuan
Sebelum membuat sesuatu majlis, kaji dahulu kemampuan anda samada mampu untuk membuat majlis secara besar-besaran atau sederhana. Elakkan dari membuat pinjaman bank semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan yang grand.
2. Kenalpasti Majlis Perkahwinan Idaman
Bincang bersama pasangan serta keluarga tentang majlis perkahwinan idaman anda. Harus ingat supaya tidaklah terlalu membazir dalam membuat sesuatu majlis dan nyatakan juga berapa bajet anda untuk majlis perkahwinan itu supaya tidak terjadinya salah faham antara kedua belah pihak.
3. Sediakan Senarai Dan Kos Perbelanjaan
Ads
Sebelum mengadakan sesuatu majlis perkahwinan, senaraikan barang keperluan majlis perkahwinan anda serta kaji kos perbelanjaan setiap barangan yang diperlukan supaya jumlah kos yang dikira tidak tersasar jauh dari bajet yang telah anda tetapkan.
4. Tentukan Siapa Yang Bayar
Toleransi antara pasangan yang bakal berkahwin amat penting. Sebaiknya anda dan pasangan berbincang terlebih dahulu perihal siapa yang akan membayar kos pelamin, jurufoto, busana dan sebagainya supaya bukan hanya diletakkan segala beban pada satu pihak sahaja.
5. Pengurusan Kewangan
Ads
Perlu bijak menguruskan pendapatan dari segi perbelanjaan harian dan hutang. Anda perlulah mempunyai bajet bulanan dan cuba berbelanja tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Selain itu, sebahagian dari gaji anda juga haruslah disimpan bukan sahaja untuk majlis persediaan perkahwinan malahan untuk masa depan kelak.
6. Kaji Dan Bandingkan Harga
Membuat kajian dan bandingkan harga setiap servis yang disediakan juga penting bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Ini penting supaya anda dapat mencari servis yang terbaik dengan harga yang berpatutan.
Ads
7. Kejar Jualan Murah
Boleh dikatakan setiap kali musim perayaan akan diadakan jualan murah dan membuatkan kita menjadi rambang mata untuk memilihnya. Jadi, bagi anda dan pasangan yang ingin berkahwin, perlulah mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan barangan persiapan majlis perkahwinan anda.
8. Rekod Perbelanjaan
Pentingnya untuk merekod setiap perbelanjaan yang digunakan supaya ia dapat membantu untuk mengawal setiap perbelanjaan yang dikeluarkan agar ianya tidak melebihi bajet anda. Oleh itu anda bolehlah melakukan penjimatan lebih awal jika terdapat perbelanjaan yang melebihi bajet.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi fitrah manusia untuk hidup berpasangan dan menjalin kasih agar hidup menjadi lebih sempurna. Namun, adab-adab ketika bercinta perlu dijaga supaya tidak membawa perkara yang dilarang dalam islam. Sebab itulah ada sesetengah ulama mengatakan bahawa bercinta itu adalah haram.
Pentingnya adab dalam menjaga hubungan bercinta tidak boleh dipandang remeh. Setiap pasangan yang sedang hanagt bercinta mahupunyang sedang belajar untuk bercinta perlu tahu mengenai adab-adab bercinta dalam islam.
Oleh itu, Pesona Pengantin kongsikan adab-adab yang harus dipraktikkan dalam hubungan percintaan khusus buat mereka yang belum berkahwin agar hubungan yang dijalin terjaga dan dijauhi dari perbuatan yang dikeji oleh Allah.
MENGHORMATI DAN MENGHARGAI DIRI MASING-MASING
Jagalah diri dan maruah agar tidak memburukkan nama baik keluarga dan agama. Dalam kata erti lain, tidak membenarkan diri berduan-duaan dengan kekasih kerana wujudnya orang ketiga iaitu syaitan. Di samping itu, tidak perlu berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat pasangan. Sebaiknya, sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku anda.
MENJAGA BATAS PERGAULAN
Menjaga batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan anda seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Anda harus sedar dan berasa malu kerana masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
SENTIASA BERDOA
Berdoa dan menunaikan hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
RESTU KELUARGA
Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa memainkan peranan denagn memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
MELAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH
Sentiasa melakukan solat istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaanya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.
Sekiranya anda bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan kea rah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baju perkahwinan semestinya akan memainkan peranan penting dalam majlis anda. Bermula dari corak, kualiti hingga lah ke pereka nya sendiri. Memang tidak dinafikan baju kahwin bagi pengantin perempuan adalah yang paling sukar untuk ditentukan berbanding lelaki.
Ia kerana perempuan suka kan yang sentiasa cantik dimata mereka menyebabkan mereka sukar untuk membuat pilihan. Tapi, adakah bagi anda sendiri adakah anda akan menyewanya atau menempah sahaja baju pengantin? Berbaloi atau tidak? kami ada jawapannya di sini.
Sebab menyewa baju kahwin
1. Harga murah berbanding beli di kedai
Ya, selalunya menyewa baju lebih murah daripada membeli baju yang sudah siap ini kerana membeli sudah termasuk semuanya.
2. Menjimatkan masa
Anda hanya tinggal pilih sahaja. Tidak perlu menunggu untuk pembuatannya lagi.
3. Banyak pilihan sedia ada
Betul, perlbagai pilihan corak dan warna anda boleh pilih untuk disesuaikan dengan tema perkahwinan anda.
4. Tidak perlu menyimpan baju
Anda tidak perlu risau kalau takut hilang kerana anda tidak perlu menyimpannya. Anda boleh tinggal di kedai itu sendiri.
Sebab menempah baju kahwin
1. Saiz mengikut ukuran anda
Pastikan saiz yang anda tempah adalah bentuk badan anda yang terkini. Cutting juga perlu mengambil kira dalam setiap perincian. Kadang kala kalau menyewa tidak kena dengan bentuk badan anda.
2. Design ikut citarasa anda
Pilih lah design atau corak mengikut citarasa anda sendiri! Baju anda pasti akan menjadi satu dalam sejuta kerana ia hasil permintaan anda sendiri.
3. Boleh disimpan
Ya, anda boleh menyimpannya sendiri. Cuba lah seberapa banyak yang anda inginkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda seorang yang mempunyai adik-beradik yang ramai, anda pasti tidak tahu apa yang terjadi sekiranya anda adalah anak tunggal.
Kebiasaannya kita sering dengar anak tunggal ini seorang yang rapat dan manja dengan ibu bapa. Malah, mereka boleh mendapatkan apa sahaja yang mereka idamkan daripada ibu bapa.
Tetapi, jika pasangan anda adalah anak tunggal sebenarnya ia sangat istimewa. Apa dia? Jom tengok ini!
1. Memiliki banyak ruang
Ketahuilah tak semua pasangan anda anak orang berada, namun tidaklah hidup terlalu susah nak dikatakan. Mungkin mereka anak tunggal yang berbeza dengan sifat lain. Jadi, mereka yang bakal berkahwin tidak perlu risau tentu sahaja mereka tidaklah mahu terlalu hidup mewah seperti yang anda sangka.
2. Sifat kekeluargaan yang tinggi
Sebab mereka tiada adik-beradik tentu sahaja mereka akan meluangkan masa bersama ibu bapa. Ini bermakna mereka adalah insan yang sangat menghargai ibu bapa mereka.
3. Lebih luang masa di rumah
Kebanyakan anak tunggal lebih gemar meluangkan masa di rumah dengan ibu bapa atau haiwan peliharaan. Sebab itu kadang kala mereka lebih suka meluang masa di rumah. Jadi jika anda mempunyai pasangan anak tunggal tidak perlu risau. Kerana mereka tidak kisah untuk melakukan aktiviti di dalam rumah.
4. Mereka sudah biasa tidak bercakap satu hari
Ramai yang sangka anak tunggal ini pendiam kerana mereka mampu tidak bercakap selama berhari-hari. Tetapi, bila mempunyai rakan sudah tentu tidak boleh berhenti bercakap pula.
5. Akan menjadi menantu kesayangan
Sudah tentu anda akan menjadi satu-satunya menantu buat ibu bapa mereka yang sangat disayangi. Jadi, jika pasangan anda anak tunggal hargailah mereka. Mungkin anda pula nanti yang terlebih menja dengan ibu bapa mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!