Pelamin adalah salah satu must-have-list bagi setiap pasangan pengantin yang sedang membuat bajet perkahwinan mereka. Fungsi utama pelamin adalah sebagai tempat/pentas untuk pengantin bersanding, bergambar bersama keluarga, tempat untuk menyarung cincin dan sebagainya. Kiranya, kalau ada pelamin ni, bertambah seri sikit majlis.
Kalau anda google, anda akan jumpa banyak tips-tips tentang pelamin. Contohnya, tips menempah pelamin, tips menghias pelamin, tips memilih pelamin, tips buat pelamin DIY dan banyak lagi. Jadi, ramai yang telah berkongsikan idea tentang pelamin, jadi kami hanya ingin kongsikan PERKARA YANG DILARANG LAKUKAN KETIKA MENGHIAS PELAMIN.
Jurugambar ini telah kongsikan beberapa larangan yang perlu dipatuhi supaya anda tidak tersilap menghias pelamin anda, kalau tidak ia mendatangkan masalah kepada hasil gambar nanti.
Antara Perkara Yang Dilarang Lakukan Ketika Menghias Pelamin:
1) Dilarang Memasang Spotlight Direct ke Arah Pengantin
Bagi mereka yang suka berangan macam artis depan kamera ni, mereka juga suka sangat sekiranya lampu spotlight menghala kearah mereka. Konon-konon ada Nur yang menyinari muka mereka gituu. Di mata fotografer pula, lampu-lampu spotlight ini amat menyakitkan hati mereka. Especially, warna merah, kuning dan biru.
Di mata kasar, lampu spotlight ini memang nampak cantik dan sebagai penyeri pelamin dengan warnanya yang berwarna-warni. Tetapi, lampu-lampu spotlight ini akan memberi pengaruh yang besar di dalam gambar anda. Sebagai contoh, sekiranya anda memasang lampu spotlight berwarna merah, seluruh dewan/pelamin termasuk pengantin akan berwarna merah.
Buat penat je hire MUA mahal-mahal, bila dalam gambar muka pengantin berbelang warna merah. Warna-warna spotlight ini agak sukar untuk di edit. Justeru, ia menjadi masalah besar kepada designer untuk mencantikkan gambar anda, kerana warna spotlight itu tidak dapat dihilangkan.
Seeloknya, sekiranya anda ingin lampu-lampu berwarna, anda boleh letakkan ia dibahagian belakang pengantin ataupun disebalik tirai dibahagian belakang pelamin yang berwarna putih. Bukan menghala ke muka pengantin. Hanya spotlight warna putih sahaja yang dibenarkan di hala ke arah pengantin. Pengcahayaan yang baik juga perlu untuk fotografer mengambil gambar yang cantik. Warna lampu yang di pilih haruslah yang bersesuaian ye. Dengan cara ini, pelamin anda akan bertambah seri serta tidak merosakkan gambar untuk album perkahwinan anda nanti.
Ads
2) Dilarang “Over” Menghias Pelamin
Kebiasaannya pelamin yang minimalist dan simple lebih nampak cantik dan eksklusif. Untuk menampakkan ruang pelamin yang luas, pemasangan langsir berona putih dan tinggi diseluruh bahagian pelamin, serta menutupi bahagian dinding akan menampakkan keluasan pada pelamin.
Jangan disaratkan pelamin dengan terlalu banyak aksesori atau segala perabut. Cukup sekadar sofa panjang untuk tempat duduk pengantin dan sedikit hiasan seperti bunga hidup. Pelamin yang terlampau sarat dengan barang hiasan akan menenggelamkan “objek” utama iaitu Pengantin. Lebih-lebih lagi kalau pengantin yang kecil molek.
3) Dilarang Menggunakan Warna yang Gelap
Pelamin anda seeloknya berwarna cerah, Paling selamat adalah dengan menggunakan warna pastel. Sekiranya anda menggunakan warna gelap ia akan memberi ruang yang nampak sempit. Bagi anda yang mempunyai tema perkahwinan seperti hitam putih, pastikan anda memperbanyakkan warna yang cerah. Supaya, pelamin anda tidak nampak kusam.
4) Dilarang Menggunakan Kerusi Pelamin Yang Makan ‘Space’
Ads
Tahulah korang ni Raja Sehari, tapi janganlah sampai kerusi pelamin pun nak macam Raja. Pilihlah kerusi yang sama padan dengan size kita. Kerusi yang paling ideal ketika pengantin duduk adalah, lutut sama rata atau rendah sedikit dari pinggang. Bagi yang berbadan genit, jangan sesekali duduk di atas kerusi yang tinggi, siap boleh hayun-hayun lagi kaki. Pastikan anda mencuba dulu kerusi sebelum majlis ok? Jangan sampai time majlis, baru sedar tersilap pilih kerusi.
5) Dilarang ada Tiang/Perabot/Frame Disekitar Pelamin
Untuk mereka yang membuat pelamin di dalam rumah, silalah pastikan ruang dalam rumah anda dikosongkan terlebih dahulu. Kalau boleh, perabot-perabot di dalam rumah, disimpan dahulu di dalam bilik, ataupun diletakkan diluar rumah. Ini kerana, perabot-perabot ini akan membataskan fotografer untuk mengambil gambar pengantin. Kalau perabot-perabot rumah masuk dalam gambar kan tidak lawa.
Lagi satu, frame yang tergantung dirumah perlu dilindungi dengan tirai putih atau diturunkan sementara. Hal ini kerana, apabila frame tergantung dalam kawasan pelamin, ia akan menyebabkan ketidak seimbangan pada pelamin dan ia juga akan memburukkan lagi hiasan pelamin yang sedia ada.
6) Dilarang Memasang Pelamin Di Ruang Kecil
Ads
Bagi rumah yang kecil, anda digalakkan untuk memasang pelamin di luar rumah. Sekiranya anda memasang pelamin di dalam rumah, ia akan membataskan grouping shot keluarga anda. Bagi keluarga yang ramai, pelamin akan terlindung ketika mengambil “grouping shoot” nanti.
Sumber : sbxs.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bercinta selepas nikah lebih popular daripada kenal sebelum nikah. Ia tidak salah. Yang salah ialah apabila tidak kenal langsung sebelum nikah.
Apabila sudah bernikah dengan si dia dan jika bermasalah kelak, maka semuanya sudah terlambat. Jadi, ada hikmah sebenarnya kita bercinta selepas nikah.
Kenal Lebih Dalam
Untuk mengenali seseorang, ia bergantung kepada individu tersebut. Ada orang mungkin memerlukan masa yang lebih lama dan sebahagian yang lain pula tidak memerlukan masa yang terlalu lama. Apabila kita mempunyai masa dan peluang untuk kenal seseorang itu, kita boleh mengetahui latar belakang si dia dengan lebih mendalam.
Melihat Rupa Bakal Pasangan
Apabila kita mengenali bakal pasangan sebelum bernikah, biasanya secara tidak langsung kita akan tahu bagaimana rupa dan wajah bakal pasangan kita itu. Benar, rupa paras bukanlah jaminan kebahagian rumah tangga. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada sifat yang menginginkan sesuatu yang cantik pada mata kita.
Bersedia Lebih Awal
Hikmah yang seterusnya jika kita kenal sebelum nikah adalah kita dapat bersedia. Bersedia di sini bermaksud bersedia untuk menerima segala kekurangan yang diketahui semasa proses taaruf (kenal). Ini adalah untuk mengelakkan kita daripada ‘terkejut’ dan merasa tertipu jika hanya dimaklumkan selepas kahwin.
Tiada rasa bersalah
‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.
Sumber : baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist (MUA) juga amat penting. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari tampak lebih anggun dan berseri.
Kali ini, kami akan berkongsi tip untuk anda memilih MUA yang tepat dan sempurna sempena hari bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau make up artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Pre-Wedding Makeup
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Cerewet Bertempat
Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki kulit bersih dan berseri sememangnya menjadi impian setiap individu tidak kiralah lelaki ataupun perempuan. Kulit yang cantik membuat individu kelihatan lebih rapi dan secara tidak langsung membantu menaikkan keyakinan diri.
Namun begitu, pernah tak anda terfikir kenapa muka sering berjerawat walaupun sudah menjaga rutin penjagaan kulit? Sebenarnya tanpa anda sedar, ada beberapa tabiat kecil yang akan memberi kesan pada wajah anda. Diantaranya ialah :
#1 Suka Picit Jerawat
Tahap tekanan yang kronik boleh memberikan kesan sampingan daripada saingan pasaran kerja dan sentiasa dihubungi 24/7 membuatkan otak membebaskan neuropeptida yang menyebabkan pipi kemerahan dan sensitif. Selain itu, tubuh membebaskan lebihan hormon androgen yang menyebabkan jerawat. Antara sebab menyebabkan kulit mempunyai parut dan cela adalah kerana anda suka picit jerawat. Memang geram setiap kali melihat jerawat di muka tapi kena sabar dan tahan diri sendiri tau!
#2 Cuci Make – Up Tak Bersih
Ye, memang anda mengikut rutin penjagaan muka dengan betul, tetapi ada kemungkinan cucian anda tidak bersih dan akhirnya kotoran yang masih tertinggal akan menyebabkan liang roma tersumbat.
#3 Menongkat Dagu
Ini salah satu sebab yang ramai tak perasan kenapa muka boleh ada jerawat, tabiat suka menongkat dagu dan pegang muka membuat kulit muka kita senang dijangkiti kuman. Cuba bayangkan berapa banyak bakteria yang melekat pada tapak tangan anda!
#4 Biarkan Rambut Berminyak
Tanpa sedar, rambut berminyak juga menjadi salah satu punca muka kita kotor dan akhirnya keluar jerawat. Jadi, jangan fokus penjagaan untuk muka sahaja ya, rambut pun anda kena beri perhatian juga.
#5 Tak Cuci Muka
Letakkan azam dalam hati supaya jangan malas nak cuci muka dengan menggunakan produk yang sesuai. Jangan malas juga untuk ikut rutin penjagaan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Kalau nak cantik kenalah rajin sikit ya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!