Anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke?
Oleh kerana anak kedua merupakan anak tengah, jadi secara tidak langsung ia akan bersikap terbuka dan berlapang dada dalam banyak hal. Mungkin juga ini adalah antara fakta yang menarik mengenai anak kedua.
gambar sekadar hiasan
1. Terasing
Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.
2. Suka berkawan
Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.
Ads
Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab…dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.
3. Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan
Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerjayang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.
Ads
Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.
4. Paling Berbeza
Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.
Ads
5. Masalah hubungan
Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.
Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam banyak perkara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tersenyum bila orang menyapa wanginya, “you pakai minyak wangi apa?”. Tiap hari datang wangi je, bau you pun melekat bila you pergi. Perlu faham apa sebenarnya perkataan wangi itu ye? Tidak perlu sembur minyak wangi bergelen-gelen untuk wangi semalaya. Malahan anda akan membuat orang sekeliling anda berasa loya dan pening dengan bau minyak wangi anda yang kuat dan bukan lagi wangi tapi perit untuk menghidunya.
Cuba anda fikir kalau tetiba anda lupa hendak menyembur wangian atau minyak wangi habis tak sempat nak beli. Apa langkah anda perlu lakukan? Pasti rasa tak selesa pada sepanjang hari tu kan. Mudah sahaja amalkan langkah di bawah ini untuk anda tampil lebih baik dan sempurna sepanjang hari dengan bauan yang menyenangkan.
Pakai pakaian yang dah berbasuh, jangan pakai baju kitar semula. Walaupun anda rasa pakai baju tu semalam sekejap sahaja tapi bau peluh ada jugak melekat berserta habuk dan debu yang memang tidak nampak.
Masa membasuh baju guna sabun yang wangi dan letak pelembut kain yang macam-macam brand anda boleh dapati di luar sana. Pasti 100% bertambah-tambah la wangi pakaian anda dan baju anda pun terjaga.
Ini perkara wajib. Pastikan bilik atau ruang dalam rumah anda sentiasa harum dan menyenangkan. Kadang-kadang kalau anda tidak sempat hendak sembur miyak wangi, bilik anda dan ruang dalam kediaman yang tersedia wangi itu dapat membantu apabila baunya melekat pada baju anda dengan secara tidak langsung.
Cuba titiskan sedikit minyak wangi dalam mandian.
MANDI la hari-hari, syampu rambut 2 atau 3 hari sekali. Sekarang pun dah ada syampu rambut yang boleh guna tiap hari. Kalau cuci rambut tiap hari lagi bagus.
Rajin-rajin la wanita di luar sana yang baru nak bernikah ni, sapu losyen badan lepas mandi dan juga kerap-keraplah sapu losyen pada kulit anda agar sentiasa lembut dan berbau harum yang menenangkan.
Istimewanya tip di atas, hanya orang yang dekat dengan anda sahaja dapat bau kewangian anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan akan fikir soal zuriat lepas kahwin, ini termasuklah pelakon, Aprena Manrose dan suami, Mohd. Afiq Hazman yang menyatakan sudah reda dengan takdir hidupnya.
Bukan langsung tidak ikhtiar, jadi mereka memilih untuk menerima apa jua hasilnya selepas mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.
Aprena Manrose Reda Dengan Ketentuan Allah
Menerusi portal Kosmo!, Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, berkata, bukan bermaksud mereka berputus asa, sebaliknya hanya yakin dengan ketentuan Allah.
“Kalau bercakap soal zuriat ni, saya buat Persenyawaan In Vitro (IVF) kira-kira dua tahun lalu dan berehat hampir setahun daripada dunia lakonan kerana proses rawatan itu memerlukan saya tidak terlalu lasak.
“Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan rawatan IVF tidak berjaya dan ketika itu, saya dan suami sangat kecewa.
“Kemudian kami lebih kepada reda dan pasrah, tiada zuriat pun tak mengapa. Bukanlah putus asa, tapi, mungkin Allah nak berikan anak di akhirat sana,” katanya.
Akan Terus Usaha Selagi Ada Peluang
Meletakkan keyakinan 100 peratus kepada ketentuan Ilahi , Aprena memberitahu, dia dan suami akan terus berusaha mendapatkan cahaya mata secara semula jadi sementera jadual kerjanya tidak terlalu padat.
“Saya yakin Allah berikan ikut apa yang kita mahukan juga. Sebelum ini, sejujurnya, memang tiada cuti.
“Selepas bertudung, saya ada keinginan untuk lebih santai sebab mungkin bila terlalu sibuk menyebabkan sukar hamil, ditambah hormon tak betul.
“Jadi, bila dah ada masa sekarang, insya-Allah, kalau semua cara rawatan tak menjadi, kita boleh cuba cara alami. Kita tak tahu, tapi Allah tahu bila masa yang sesuai,” ujarnya tersenyum.
Untuk rekod, Aprena dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 2016.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang bakal melangsungkan hari bahagia tentu sahaja mengimpikan tubuh yang langsing saat menyarungkan gaun perkahwinan. Jangan bimbang kerana ada cara mudah yang boleh anda amalkan untuk menurunkan berat badan hanya dengan yogurt. Makanan rendah kalori yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh ini dikatakan boleh membantu melancarkan proses pencernaan dan makanan pilihan tepat bagi anda yang sedang menjalani program diet.
Menurut International Journal of Obesity, pengambilan yogurt sekurang-kurangnya tiga kali sehari membantu mengurangi lemak sebesar empat kilogram dalam tempoh 12 minggu.
Yogurt mengandungi beberapa vitamin yang boleh membuatkan sistem tubuh berfungsi dengan baik dan lancar.
Yogurt tanpa lemak mengandungi 110 kalori di mana ia membantu kalori yang tersimpan dalam tubuh terbakar.
Bakteria baik yang terdapat pada yogurt boleh membantu meningkatkan sistem kekebalan pada tubuh.
Yogurt mempunyai kandungan yang tinggi dalam vitamin E, zink dan sebagainya yang membantu menyihatkan kulit.
Jika anda mengambil 25 peratus protein daripada makanan atau minuman dalam satu hari, ia akan membantu menurunkan nafsu makan anda sekali gus mengurangkan berat badan.
Yogurt merupakan makanan antioksidan yang boleh membersihkan kesihatan tubuh badan.
Diet rendah kalori dengan yogurt dikatakan mampu menyusutkan lemak perut sekitar 81 peratus lebih banyak dibandingkan dengan mereka yang berdiet tanpa pengambilan yogurt.
INFO :
Pastikan anda makan terus yogurt yang telah dibuka karena bakteria yang terdapat dalam yogurt hanya mampu bertahan selama satu jam setelah ia dikeluarkan dari peti sejuk.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!