Seronoknya alam perkahwinan. Ada orang tafsirkan seronok tu dalam bentuk yang berbeza namun maksudnya tetap sama. Bila kita dah berkahwin, baru kita tahu situasi sebenar. Bangun pagi ada teman, memasak ada kawan dan macam-macam lagi.

 

Dalam perkahwinan juga ada asam garamnya. Kadang-kadang bergaduh, lepas tu berbaik semua macam tak ada apa-apa yang berlaku. Yang penting, kita sedang melalui fasa perkenalan yang lebih baik.

 

Kahwin ni….. Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga 

Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh ?

Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan ?

Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ?

Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam ?

IKLAN

Ada ketika ipar duai mulut macam tak boleh diterima akal.

Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan ?

Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang ?

Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan ?

Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan ?

IKLAN

Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 ?

Ada masa bila tengok anak rasa sejukk hati ❤️

Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman ?

Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future ?

Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka  Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.

IKLAN

Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.

Realiti tak sama dengan fantasi ?

Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.
Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.

Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.

Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.

 

Terimalah setiap situasi yang berlaku dalam perkahwinan itu sebagai pengalaman indah. Bergaduh pun indah juga bila disulami dengan kesabaran yang tinggi.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI