Ahli psikologi baru-baru ini mengatakan, kita mudah tertarik kepada individu yang mempunyai muka seiras dengan ibu ayah kita. Sejauh mana anda bersetuju dengan pernyataan ini?

BETULKAH KITA LEBIH TERTARIK KEPADA PASANGAN MUKA SEIRAS DENGAN IBU ATAU AYAH KITA?

wajah seiras, muka sama, muka seiras, pasangan kembar, pelanduk dua serupa, mudah tertarik dengan wajah seiras, personaliti, tertarik dengan personaliti, seiras dengan selebriti, wajah mirip ibubapa, wajah mirip selebriti
Independent melaporkan, dalam sebuah kajian oleh saintis dari Glasgow University telah membuat kesimpulan,

“Lelaki heteroseksual mencari wanita dengan warna mata yang sama seperti ibu mereka.

Begitu juga untuk wanita heteroseksual – mereka lebih tertarik kepada pasangan yang mempunyai warna mata yang sama seperti ayahnya.”

Menurut Psikologi Hari ini, kenyataan ini ada benarnya. Satu kajian yang dijalankan oleh Zuzana Štěrbová dari Charles University di Prague mendapati,

IKLAN

“Wanita yang mempunyai hubungan baik dengan ayah mereka lebih cenderung untuk memilih lelaki yang memiliki ciri-ciri fizikal atau wajah seiras ayah mereka.”

Adakah Kita Tertarik Dengan Individu Muka Seiras Ibu Ayah Kita? Ini Pendapat Orang Ramai

Wajah seiras, muka sama, muka seiras, pasangan kembar, pelanduk dua serupa, mudah tertarik dengan wajah seiras, personaliti, tertarik dengan personaliti, seiras dengan selebriti, wajah mirip ibubapa, wajah mirip selebriti
Isu ini juga ada disebut dalam satu rancangan radio, dan ramai yang mengaku mereka mempunyai sekurang-kurangnya 1 rakan yang menyerupai ibu atau ayah mereka.

Ada pemanggil yang menyedari sepanjang dia berpasangan, semua bekas pasangannya mempunyai ciri fizikal yang sama dengan ayahnya!

Seorang wanita pula berkata ciri-ciri fizikal ayahnya yang berambut merah dan berbintik di wajah sama seperti pasangannya sendiri, dan mereka sendiri berasa terkejut apabila mereka baru sedar keadaan pelik ini.

IKLAN

Namun ada juga yang sedia maklum mengenai keadaan ini, dan mereka menerima dengan baik. Salah seorang dari mereka ada mengatakan yang dia memiliki muka seiras ibu mertuanya dan dia sebenarnya sangat berbangga dengan keadaan itu, malah katanya,

“Jika saya boleh menjadi walaupun separuh daripada wanita itu, itu akan menjadi hadiah yang luar biasa untuk keluarga saya.”

Adakah Kita Tertarik Dengan Individu Muka Seiras Ibu Ayah Kita?Doppelganger Di Kalangan Rakan-Rakan Kita
wajah seiras, muka sama, muka seiras, pasangan kembar, pelanduk dua serupa, mudah tertarik dengan wajah seiras, personaliti, tertarik dengan personaliti, seiras dengan selebriti, wajah mirip ibubapa, wajah mirip selebriti
Sama ada anda memilih untuk berada bersama seseorang yang kelihatan seperti salah seorang daripada ibu bapa anda atau tidak, sebenarnya perkara ini berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan kita.

Mungkin selepas ini, anda boleh cuba perhatikan rakan-rakan anda, atau pasangan anda sendiri, adakah mereka menyerupai ibu atau ayah anda?

IKLAN

Sekiranya anda perasan yang pasangan anda ada ciri-ciri fizikal yang menyerupai ibu atau ayah anda, mungkin wajah seiras mereka, jangan terkejut pula ya.

Kita semua tahu anda tidak mencari doppelganger ibu atau ayah anda semasa di kolej, laman web temu janji atau terserempak di mall ketika anda sedang mencari pasangan.

Anda hanya mencari teman sehati sejiwa anda.

Sumber: Scarymommy

Kredit : The Asia Parent