
Menangis adalah tindak balas normal manusia ketika berhadapan dengan kesakitan, stress, kesedihan ataupun kegembiraan. Ramai daripada kita mendapati apabila menangis ketika berhadapan dengan masalah membolehkan diri menjadi lebih tenang.
Bagaimanapun, kajian yang dibuatkan oleh penyelidik luar negara mendapati menangis mungkin boleh memberikan kesan berbeza iaitu penurunan berat badan.
Menurut Asian One, kajian yang dibuat menunjukkan ada kaitan diantara menangis dengan dengan hormon yang meningkatkan paras cortisol yang terhasil akibat tindak balas emosi.
Malah William Frey yang melakukan kajian juga mendapati bahawa air mata yang keluar ketika menangis turut menyingkirkan toksik daripada tubuh badan. Dari situ, penyelidik berpendapat bahawa menangis mungkin sebahagian daripada proses perkumuhan yang menyingkirkan toksik yang terbentuk sewaktu anda sedang stress.
Respon kepada proses tersebut, penyelidik berkata badan tidak lagi mampu menyimpan lemak kerana disebabkan ketika menangis anda sudahpun mneyingkirkan hormon stress melalui air mata.
Bagaimanapun penyelidik berkata, air mata yang terbit daripada emosi sebenar sahaja akan menunjukkan kesan seperti yang dinyatakan diatas.
Kata saintis lagi waktu paling tepat untuk menangis adalah diantara pukul 7 hingga 10 malam dan boleh dimanfaatkan dengan menonton filem-filem sedih.
Mungkin anda boleh cuba, mana tahu berhasil kan.
Sumber: Siakap Keli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Si Dia Ada 6 Tanda Ini, Sahlah Dia Mula Jatuh Cinta Pada Korang!

Ibarat mandi tak basah, makan tak kenyang. Itulah perumpamaan yang sering dikaitkan dengan orang yang sedang dilamun cinta. Setiap hari, wajah si dia sering bermain di kotak fikiran dan perasaan rindu kian melanda diri. Itulah adat pasangan yang sedang hangat menjalinkan cinta.
Namun, adakah anda juga merasakan perasaan seperti itu? Tertanya-tanya adakah si dia sedang memikirkan diri kamu seperti anda memikirkan dirinya setiap hari. Pasti hati menjadi pedih apabila cinta anda bertepuk sebelah tangan.
Jom kita lihat 6 tanda si dia sering memikirkan diri anda dan mula jatuh cinta!
1. INGAT DALAM SETIAP PERBUALAN
Jika dia bertanya kembali kejadian yang kamu ceritakan semalam, bermakna dia fokus ketika kamu berkongsi masalah. Malah jika dia ingat warna baju yang kamu pakai minggu lalu, bermakna dia hargai setiap masa bersamamu. Mungkin dia kedengaran seperti obses, tetapi lelaki tidak akan ingat perkara yang mereka tidak suka.
2. KERAP MENGHANTAR TEKS LUCU
Si dia akan sentiasa menghantar mesej ucapan selamat pagi dengan emoji lucu setiap hari. Ini bermakna perkara pertama yang dia fikirkan adalah kamu! Jangan jual mahal. Balas mesej tersebut dengan emoji senyuman. Kadangkala si dia cuba membuatkan kamu tersenyum dengan sepatah dua pantun lucu. Kalau tak kelakar pun, kamu wajib balas ‘LOL’ agar si dia rasa gembira melihat kamu ketawa.
3. LAPOR DIRI SETIAP WAKTU
Clingynya? Tapi tidak mengapa. Jika dia sering mesej kamu dimana saja dia berada, atau dengan siapa dia lepak minum, dia seorang yang jujur! Dia mahu tunjukkan kepada kamu yang dia tidak berlaku curang dibelakangmu. Malah dia tahu kamu juga sepertinya, tertanya-tanya kemana dia pergi dan lakukan setiap waktu. Jika si dia lakukan semua perkara ini, kamu tak perlu risau lagi!
4. KEJUTAN YANG TIDAK DISANGKA
Tidak kira jika si dia membelikan kamu roti ataupun coklat ketika menjemput pulang dari tempat kerja, kamu perlu makan di depannya sebagai tanda penghargaan. Bayangkan dia sanggup berhenti membeli sesuatu untuk kamu? Bermakna dia mengambil berat dan mahu kamu ceria selepas penat bekerja. Jangan harapkan hadiah mewah setiap hari darinya, coklat pun dah sweet tau!
5. SERING AJAK BERJUMPA
Dalam seminggu,pasti si dia akan mengajak anda untuk keluar bersama. Dia berasa ingin berjumpa anda selalu dan meluangkan masa bersama. Menonton wayang, makan malam dan bersenam adalah perkara yang sering diajak oleh si dia. Dia tidak pernah jemu untuk berjumpa dengan anda. Baginya, dalam sehari jika tidak bertentang mata dengan anda, hidupnya seperti tidak lengkap.
6. MENGINGATI TARIKH LAHIR ANDA
Untuk mengingati tarikh lahir seseorang antara benda yang paling sukar jika dia bukan seseorang yang istimewa untuk kita. Biasanya hanya insan seperti ibu bapa, adik beradik atau sahabat yang benar-benar rapat dengan kita sahaja yang kita akan ingat tarikh lahirnya atau dia ingat tarikh lahir kita. Tetapi, jika seseorang sentiasa memikirkan diri anda, mereka mungkin akan ingat tarikh lahir anda. Jadi, sesiapa yang ingat tarikh lahir anda, itu mungkin petunjuk yang besar buat anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mandi Wajib Yang Betul Dari JAKIM. Sangat Mudah!

Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada terkelur air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.
Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari. Sumber rujukan cara mandi wajib ini didapati dari JAKIM.
Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM :
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Sumber : JAKIM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awas Ya Lelaki, Ini 7 Jenis Sikap Anda Yang Membuatkan Wanita Takut Untuk Dekati!

Setiap wanita pastinya menginginkan pasangan lelaki yang bertanggungjawab, jujur dan baik hati. Ini menunjukkan betapa besarnya peranan lelaki dalam hidup seorang wanita. Lelaki yang baik akan sentiasa membimbing pasangannya ke arah kebaikan tanpa meminta sebarang balasan.
Namun, ada beberapa jenis sikap lelaki yang wanita takuti dan tidak sekali untuk dekati. Mungkin kerana personaliti dan tabiat mereka yang menyakitkan hati dan cukup menjengkelkan. Bagi wanita, jenis lelaki seperti ini perlu dijauhi kerana bakal membuatkan hidup mereka tidak tenteram dan merimaskan.
Nak tahu apa kriteria-kriteria lelaki tersebut? Jom kita lihat!
1. TERLALU EGO DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Ego dan mementingkan diri sendiri! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain. Cara kita melayan orang di sekeliling menggambarkan personaliti dan nilai murni dalam diri. Tidak mustahil satu hari nanti anda pula menjadi mangsa.
2. JENIS MEMINTA-MINTA
Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita.
Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.
3. PERASAN BAGUS
Dia mungkin lelaki yang tidak merokok namun itu bukan alasan untuk dia memaksa orang lain menuruti tabiatnya. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mulut tidak henti-henti mengata mengenai kelemahan orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.
4. MATA KERANJANG
Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati! Mereka juga gemar membangga diri kehebatan sendiri tatkala ada wanita yang menjeling nakal pada susuk tubuh perkasanya. Asyik si dia sahaja yang mengungguli bicara, entah bila tiba masa anda pula berkongsi rasa?
5. KAKI GADUH
Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya. Pertemuan antara dua kekasih sepatutnya menjadi waktu indah bersama namun dek kerana sikapnya yang sering mempersoalkan setiap tindakan menjadikan anda tertekan dan terpaksa berusaha menjadi yang terbaik di matanya.
6. KEDEKUT
Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa? Lelaki jenis ini lebih menyayangi wang simpanannya daripada diri anda. Jangan sehingga wanita rasa diri mereka menjadi beban kepada kehidupan lelaki itu. Tidak perlu untuk memberi hadiah mahal setiap hari, namun sekali-sekala lelaki perlu berbelanja lebih untuk memberi peluang wanita rasa dihargai.
7. PEMBENCI WANITA
Wanita mana yang mahu menjalin hubungan bersama lelaki begini? Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif terhadap wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah. Lelaki begini sememangnya perlu dijauhi kerana jika dibiarkan, anda yang rajuk sendiri dek bisa pemikiran dan mulutnya mengutuk kaum wanita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI