Kecantikan

Kajian Mengatakan Makan Buah Pir Kulit Merah Dapat Cantikkan Kulit

Share

Buah pir dikenali dengan buah yang mampu mengurangkan berat badan kerana buah pir ini mampu memberi manfaat kesihatan dan kecantikan pada kulit muka anda.

Satu kajian Medicalnewstoday.com mendapati buah pir mampu memenuhi keperluan vitamin C harian sebanyak 12 peratus, vitamin K sebanyak 10 peratus, kalium sebanyak 6 peratus dan sejumlah kecil kalsium, zat besi, magnesium, riboflavin, vitamin B-6, dan folat.

Bahkan kajian dari Baltimore Longitudinal Study of Aging, buah pir yang berwarna kemerahan mempunyai kandungan karotenoid, flavonol dan antosianin yang sangat penting bagi kulit kerana membantu penyerapan vitamin di dalam tubuh sehingga mampu menjaga kesegaran dan keremajaan kulit.

Buah pir juga kaya kandungan serat dan air yang sangat baik membuang racun dari dalam tubuh dan membersihkan aliran darah sehingga tiada lagi timbul jerawat.Hebatkan?

Jadi, sama-sama kita amalkan makan buah untuk kulit bersih bebas jerawat.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Wanista

IKLAN