
Perempuan ni insan paling fragile. Sekali kau layan dia baik dan sayang dia, dia akan cuba bagi apa yang kau apa sahaja untuk kau bahagia. Perempuan ini kongsi, kalau ada perempuan terima awak dari zero, hargailah!
Nak pesan, kalau perempuan terima time awak zero, nothing. Siap support dari segi ekonomi dan emosi. HARGAILAH. Jangan lupa diri bila dah senang. Berikanlah apa2 yg dulu anda tak mampu beri ketika sama2 susah. Senangkanlah hati dia.
Isteri, dia korbankan kehendaknya nak itu ini. Sebab dia fikir, suami x mampu. Dia korbankan bentuk badannya yg cantik kerana suami nak zuriat sebagai penyeri keluarga. Dia korbankan wajah yg cantik, kerana sibuk jaga uruskan keluarga dan anak2. Dia korbankan beli kehendaknya demi memunuhi tuntutan kos keluarga. Dia korbankan macam2 sebab dia cinta, sebab dia sayang. Sebab keluarga ibarat nyawa baginya.
Pesan lagi, kalau dia penah kuat saat susah bersama anda. Bila anda lupakan dia, abaikan dia. Dia akan 10x lebih kuat sesudah tak bersama anda.
Nukilan ikhlas,
Puan Amalina
Yg sayangkan suami dan anak2.
Bila Suami Guna Duit Isteri, Hukumnya Wajib Pulang Balik

HUKUM SUAMI GUNA DUIT ISTERI
Jawapan Ustaz Azhar Idrus :Jawabnya, HALAL…. Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit. Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, ‘Yang ni awak bayar’. Hukumnya HARAM.
Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan Isteri kata, ‘Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar’. Ini baru boleh.
Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. ‘Yang ni awak bayar, yang tu saya bayar’.
Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh.
Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.
SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG DUIT ISTERI DAN KE MANAKAH ISTERI BELANJAKAN DUIT TERSEBUT.
Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, ‘Oooo… kalau macam tu teruk la.
Mana boleh….’ Jawapannya senang, kalau dah tahu tak boleh, jangan kahwin!
Haram. Suami mesti minta izin. Duit isteri, duit isteri. Duit suami, ada duit isteri. Dalam bentuk nafkah.. “
” Isteri berhak menguruskan duitnya sendiri tanpa izin suami. Cuma suami berhak masuk campur kalau isteri menguruskan perbelanjaan dengan cara yang salah. Seperti boros.. “
” Isteri boleh ambil duit suami senyap-senyap jika suami sangat kedekut dan tidak melunaskan pemberian nafkah sehingga menyusahkan isteri.. “
” DALIL :
قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه وهو لا يعلم، قال خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
Hindun isteri Abu Sufyan mengadu kepada Nabi : “Sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut, dia tidak memberikanku sesuatu yang mencukupi keperluanku dan anak-anakku kecuali yang sengaja aku ambil sendiri tanpa pengetahuannya, jadi macamana tu? ” Nabi bersabda, “Ambilah kadar yang cukup untuk kamu dan anak-anakmu. [Bukhari dan Muslim] “
Gadis Ini Kongsi 4 Tip Diet Yang Boleh Diamalkan Secara Konsisten

Niat mahu menguruskan badan tentunya ada pada setiap individu. Cuma kecekalan hati itu sukar untuk ditelah sama ada anda seorang yang cekal hati atau cepat berputus asa. Anda yang baru belajar berdiet bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh MissZ A-FLO. Moga-moga ada perubahan pada diri anda. Bakal pengantin juga boleh praktikkan.
………………………………………………………………………………………………………
Hai uollsss…hari ni tergerak hati sis mo share cara sis turunkan berat,yang xmo baca just scroll up yerr…bagi yg ingin menurunkan Kg blh try mana tau ngam dgn sis sekalian kan… sis ni x juga la berat sgt tp bila putar roda utk sukat BMI tu satu tgga lg utk menuju ke pre obese… …sudah la pindik..
Ok First of all…sis x consume mana2 produk utk cepat slim ka apa,dulu mo try juga sebab berbulan2 try diet x turun2 juga berat badan but bila depan mata n telinga dgr sendiri sebab pesakit yg dtg ke hosp menghidap penyakit buah pinggang di awal 20 series sebab consume byk pil itu ini sis jd takut….. Jd sis amalkan semua ni saja..jom follow the story…
1.Dalam first month utk diet sis jauhi diri drpd makanan berminyak,fast food,lebih sodium dan berlemak…sis mkn nasi putih juga tp dlm kuantiti sedikit,hanya segenggam tangan sis sendiri..paling penting sukatan suku suku separuh ya..part paling banyak bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan..sebelum ni sis sudah cuba IF Diet,clean diet keto diet dan macam-macam diet tapi mungkin tak sesuai dengan sis…sedih ,berat tak juga turun…

2.Second yang paling sis jauhi juga minuman yg tinggi gula…exp minuman 3 in 1,minuman berkarbonat,minuman dlm tin..sedap mamang sedap tapi cuba tengok kuantiti gula dalam label produk minuman itu…yapss itu yang cepat menaikkan berat……sis amalkan minum teh hijau suam add on 1 spoon apple cider vinegar…agak tidak sedap rasa dia tapi sangat bagus sebab kandungan minuman ni semula jadi(bagi yang ada gastrik teruk tidak disyorkan sangat yerr)..boleh baca apa khasiat dua benda di google sebab sis selalu google dulu sebelum cuba sesuatu benda baru..jangan lupa minum banyak air putih juga…most important..
3.Untuk yang tak mahu makan nasi sis cadangkan ambil roti wholegrain …add on peanutbutter atau jadikan sandwich yang sihat…sis memang tahan lapar bila makan roti wholegrain ni…baik dimkn pada waktu sarapan…selain tu sis jauhkan diri juga daripada makanan yang tinggi gula macam kuih muih dan kek..boleh makan tapi kuantiti yang sedikit…
4.Part yang agak penting juga selain makanan dan minuman adalah work out..ok terus terang sis tak ada masa untuk ke gym atau jogging sebab sis kerja shift duty,apa sis buat untuk work out adalah dengan buat abs work out sendiri di rumah..sis banyak share di wall fb sis (Mdm Joe’s)utk abs work out… Sekali sekala bila shift duty ngam,sis akan join zumba fitness,ni part paling syok sebab sekali fitness boleh bakar 400-500 kalori…hah…
Sekian sharing sis untuk turunkan berat badan…sis amalkan semua ni dalam masa dua bulan…kalau ikut dengan konsisten confirm boleh…orang kata cantik dalam cantik luaran…beauty is pain…
“Fokus Pada Perkahwinan Bukan Majlis Perkahwinan.” Pesan Prof Dr Muhaya

Semoga bakal pengantin buat perjanjian sebelum nikah tujuan perkahwinan dan kemana nak bawa perkahwinan ini utk redha Allah atau penghargaan manusia. Fokus pada perkahwinan bukan majlis perkahwinan. Banyak org stress utk majlis sehari tapi utk hidup hingga ke akhir hayat tak fikir sgt. Terus plan solat berjemaah awal waktu dan ikut ajaran Islam.

Para isteri mesti tutup aurat dgn sempurna kalau sayang pada suami dunia dan akhirat. Jika isteri tidak tutup aurat sempurna bayangkan dosa suami yang berganda setiap kali isteri keluar rumah. Sama renungkan kita semua dan audit diri dan niat perkahwinan. Cari ilmu ugama bukan berita.
Kredit : FB Prof Dr Muhaya