
Buatmu yang saat ini menahan sakit kerana ditinggalkan, percayalah suatu saat nanti kamu akan menjadi yang paling berharga untuk orang lain, untuk dia pastinya akan menghargai dan menghormati kamu lebih dari sebelumnya ini.
Bersabarlah Atas Kepayahan Yang Kamu Rasa, Kerana Semua Itu Hanya Sebentar Saja
Semua yang kamu rasakan hanya sebentar saja, namun kamu jangan putus berdoa dan yakin dengan janji dan takdir yang Allah tentukan.
Kamu Harus Percaya Allah Maha Adil, Dia Akan Menggantikanmu Dengan Yang Lebih Baik
Kamu boleh merasa kecewa, tapi keyakinanmu kepada Allah harus lebih besar dari kekecewaan yang kamu hadapi.
Kamu harus percaya bahwa Allah maha adil, Allah maha tahu segala isi hati, dan Allah maha tahu segala yang pantas untukmu, kerana selepas ini Dia akan memberimu pasangan yang lebih baik.
Kamu harus selalu percaya kepada Allah dalam rasa sakit dan sedih yang kamu rasakan, bahawa Allah akan mempertemukanmu dengan yang lebih jujur.
Yang mampu menerimamu apa adanya, yang tidak hanya mendampingimu disaat bahagia, tapi disaat kamu paling tidak berdaya pun dia ada bersamamu.
Kamu tidak boleh putus asa, walaupun kamu rasa sakit itu seakan membuatmu hilang arah. Tetapi bagaimanapun kamu harus percaya, bahawa Allah akan memberimu pasangan yang akan lebih menghargaimu.
Isteri Kalau Rasa Terabai, Dia Akan Meluah Pada Orang Tapi Bukanlah Bererti Mengaibkan

Suami tidak sepatutnya mengabaikan isteri dan leka dengan program di luar bersama rakan-rakan. Apabila isteri mengadu, dengarlah apa yang mereka katakan. Bukannya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bila isteri rasa terabai, luah pada ibu bapa. Namun mereka tak terdaya nak membantu selain meminta untuk bersabar. Menyebabkan isteri pula meluahkan masalah itu kepada rakan yang lama kelamaan bosan mendengarnya. Sungguh menjadi isteri ini bukan mudah jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya. Jika berterusan, tidak hairanlah isteri meluahkan rasa kesalnya mengenai rumah tangga di media sosial. Bila dicerita, ramai pula keyboard warrior yang mengecam. Sekali sekala, fahamilah perasaan isteri dan wanita. Semoga perkongsian dari Ummi HaniAqil ini memberi manfaat kepada semua.
Mengandung dua bulan, tengah muntah teruk, nak bangun pun tak larat. Dengan anak pertama masih kecil dan memerlukan perhatian. Si ibu nak bangun ke bilik air pun tak mampu. Merangkak bila nak kencing atau berak. Sebab bangun saja boleh tumbang, rasa nak pitam. Rumah berselerak hanya Tuhan saja yang tahu. Sudahlah nak menguruskan seorang diri pun tidak mampu, apatah lagi nak menguruskan rumah. Anak sulung terabai, makan minum entah mana-mana hala.
Suaminya ke mana? Suami ke luar negeri selama lima hari. Ada urusan apa? Program dengan persatuan. 'Aikkk?? Penting sangat ke sampai tak boleh cancel, sampai tinggalklan isteri tengah sakit macam tu?'
Jawapan suami, "Bukan selalu ada program macam ini. Ini ada peluang nak berkumpul ramai-ramai." Isteri? Kau agak apa yang dia boleh buat? Mengadu pada keluarga, keluarga ini sama ada suruh cerai atau pergi belasah si suami. Selesai tak masalah? Mengadu di pejabat agama. Kalau kau tak pernah lalui pengalaman mengadu dan mendapatkan kaunseling kat pejabat agama, lebih baik senyap dari bercerita. Sebab yang atas paper, tak pernah sama dengan alam nyata.
Mengadu pada kawan. Kawan pun dua tiga kali. Okaylah nak dengar luahan. Lama-lama dia pun tak tahan. Maka mulalah isteri ini stress. Stress yang teramat, sampai tak terluah. Maka mengadulah dia pada Allah. Dia mohon sungguh-sungguh mahukan kekuatan. Insaf akan kesalahan dan kelemahan diri. Kembali pada yang haq. Tapi suami tak berubah, masih terus dengan sikapnya yang lalai untuk menjaga emosi isteri. Dia menganggap isterinya perlu menerima semua, taat semua. Diasuh dan dididik minda isterinya tentang dosa derhaka pada suami. Diulang-ulang ayat yang sama setiap hari. Sampaikan isteri pun jadi macam apa yang dia nak, taat kerana takut nanti kena campak dalam neraka.

Isteri terus memendam rasa. Dari sehari ke sehari, semua yang terbuku tak lagi mampu ditanggung. Beban makin menggunung. Sampai satu saat, kewarasan makin menurun dan mulalah isteri melakar kata-kata di muka buku. Saat jiwa makin sarat dengan pelbagai tekanan yang tak terluah, kata-kata yang keluar pun mulalah nampak kepincangannya. Dan masyarakat pun seronok nak serbu, menilai dan menghakimi – berdosa aibkan suami. Selepas itu bila dah makin tak mampu bertahan sebab suami nampak mulia dalam mata masyarakat, isteri tekad menuntut cerai. Dengan kesedaran penuh bahawa tak guna cerita apa-apa sebab orang tak akan percaya. Cukup hanya aku yang tahu cerita. Allah saksi aku.
Tapi bila dah tuntut cerai, pun masih ditekan. Masih dipersalahkan. Semua dibebankan atas bahu isteri, sedangkan tak ada yang nampak pun kepincangan si suami sebab semuanya cerita dalam rumahtangga. Bila isteri bercerita, dituduh buka aib. Bila isteri minta cerai, dituduh isteri akhir zaman dan bakal ahli neraka. Bila isteri mengandung, dikata isteri hanya reka cerita sebab kalau suami itu jahat, takkanlah bunting tiap-tiap tahun. Tapi kalau isteri menolak ajakan suami untuk bersenggama, isteri juga berdosa. Inilah yang dinamakan PENDERAAN MENTAL.

Allahu Allah. Sedihnya dengan nasib wanita hari ini sedangkan Rasulullah berjuang mengangkat martabat wanita dari zaman jahiliah dulu. Baginda mengajar umat bagaimana memuliakan wanita terutama yang bergelar isteri dan ibu.
Tapi di akhir zaman ini, sebenarnya makin ramai orang yang menjadi pejuang agama gagal memahami apa yang Baginda ajarkan. Aku akan kekal menentang penganiyaan terhadap wanita ini. Sebab sakit itu, hanya yang dah melaluinya sahaja yang tahu.
Sumber: Ummi HaniAqil
Nak Hubungan Kekal Lama, Tolong Elakkan Perkara-Perkara Ini!

Apa perasaan anda bila rumah tangga yang dibina bertahun-tahun musnah di tengah jalan oleh kerana sebab-sebab yang munasabah. Pasangan mana yang mahu rumah tangga dan mahligai indah yang dibina musnah begitu sahaja.
Seboleh-bolehnya suami apatah lagi isteri perlu menjaga keharmonian rumah tangga masing-masing. Kalau boleh, ayat bercerai itu mintalah dijauhkan! Elak daripada perkara berikut untuk selamatkan rumah tangga anda.
1. Curang
Kes curang memang antara punca utama mengapa rumah tangga seseorang boleh musnah. Ada banyak sebab kenapa seseorang yang sudah berkahwin boleh berlaku curang. Fikir pasangan anda sebelum melakukannya!
2. Masalah kewangan
Wang tidak boleh dengan kebahagiaan. Tetapi, wang boleh jadi punca pelbagai masalah juga. Termasuklah dalam hubungan anda berdua. Berbincang dengan elok, bagaimana anda berdua ingin menguruskannya dengan baik.
3. Kurang berkomunikasi
Apa faedahnya kita berkahwin dengan pasangan kalau tak boleh nak berkomunikasi antara satu sama lain? Ingat, komunikasi itu sangat penting. Ia dapat menyelesaikan masalah anda. Anda hanya perlu berkomunikasi dengan baik.
4. Tak boleh kendali perbezaan
Setiap pasangan ada cara masing-masing. Tapi apabila anda sudah berkahwin, perbezaan itu haruslah di kendalikan dengan baik tanpa melukakan hati sesiapa.
5. Tambah berat badan
Memang nampak remeh, kan? Tapi ini lah yang terjadi! Kajian mendapati ramai pasangan mula menyampah dengan pasangan masing-masing apabila berat badan mereka bertambah.
Jadilah Suami Yang Penyabar & Sentiasa Tahan Marah Ketika Isteri Hilang Akal!

Dalam mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Ada sebuah ungkapan ‘sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”
Baca perkongsian menarik lelaki bernama Syafiq Ridhwan ini.
Tadi balik kerja, isteri saya mengajak saya keluar jalan. Oleh sebab duit gaji dia baru masuk selepas dia posting, maka saya turutkan jua.
Dalam perjalanan ke tempat yang dituju, saya berborak segala macam hal. Dari zaman awal perkahwinan, hal-hal politik kerja, bawalah kepada cuti umum akan datang.
Banyak juga dia membebel. Sehinggalah masuk kepada beberapa hal yang saya tersilap, contohnya bab sarapan pagi tadi yang dia buat, tapi saya terlupa bawa. Elok je bekas tu atas meja sehingga saya balik. Dan benar tuan puan, itu antara bullet yang digunakan dalam bebelan dia tadi.
Saya mulakan langkah untuk mematikan bebelan tersebut.
“Sayang. Imam Ghazali ada menyatakan suami yang baik adalah suami yang boleh menahan marah ketika isterinya hilang akal.”
Isteri saya terdiam. Dia memandang muka saya dengan penuh tanda tanya. Dengan muka sedikit berlagak, saya menyambung.
“Hilang akal di sini bukan bermaksud gila, sewel atau tiga suku. Tetapi hilang akal yang dimaksudkan adalah perasaan marah-marah yang tiba-tiba kerana faktor emosi, penyakit atau persekitaran.”
“Senang cerita hilang akal ni bermaksud hilang sabar. Maka Imam Ghazali kata lagi, ketika perempuan hilang akal itulah, lelaki harus bersabar.”
“Syarat kedua selepas agama adalah akhlak. Akhlak yang baik adalah yang tidak mencederakan orang lain. Kalau rajin ibadah tapi asal isteri marah leter terus naik tangan, belum baik lagi akhlaknya.”
Saya berhenti dengan nada perlahan. Terserlah riak dan kagum pada kehebatan diri sendiri di wajah saya. Punyalah panjang saya menghuraikan. Seraya dengan itu, saya menoleh ke tepi untuk melihat kekalahan dia. Tersenyum puas saya.
“Sebenarnya, awak nak cakap saya gila, sewel dan tiga suku ke?” isteri saya berkata dengan nada sinis disertai kerlingan mata yang tajam.
Saya tersentak. Punyalah panjang siap nama imam saya petik dalam menguatkan dan menambah sedikit nilai keilmuan dalam hujah yang saya beri, senang-senang dia gunakan point ini untuk lenyapkan semuanya. Lebur. Lesap. Hilang segala idea. Hanya gelengan kepala saya mampu membalas.
Mungkin begitulah perempuan. Bila melibatkan kekurangan diri dia, lagi-lagi datang dari suaminya, dia akan cepat bertindak balas. Menjadikan kekurangan tadi sebagai kelebihan dia semula. Dan sukar untuk mana-mana suami pun meneruskan perlawanan tadi, sebab ia sekadar memanjangkan saja, tapi pada akhirnya tetap jua kalah.
Dan ya tuan puan, ini apa saya belajar hari ini.
Jangan sesekali, tersilap memberi hujah.
Syafiq RiDhwan
11.56 malam
Doakan ya