Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Sama ada cepat atau lambat, ia bergantung kepada rezeki yang Allah berikan. Kita hanya boleh merancang dan berusaha, selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jika anda sedang merancang untuk mempunyai zuriat, jangan lupa ambil asid folik. Ia penting untuk mencegah kecacatan janin dan boleh membawa maut iaitu Neutral Tube Defect (NTD). Anda digalakkan mengambil asid folik sebelum hamil lagi untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Pengambilan asid folik ini ditekankan oleh Doktor Imelda Balchin di laman Facebooknya. Menurutnya, masih ramai lagi wanita di Malaysia tidak mengetahui kepentingan pengambilan suplemen folik asid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Masih ramai lagi wanita Malaysia yang tak tahu apakah kepentingannya mengambil suplemen folic acid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Tujuan suplemen folic acid ialah bukan untuk kesuburan, dan bukan untuk mencegah keguguran.
Ads
Suplemen folic acid itu penting walaupun untuk wanita yang tiada masalah kesuburan.
Tujuan utama folic acid suplemen ialah untuk mencegah kecacatan janin yang teruk dan boleh membawa maut, iaitu Neural Tube Defect (NTD).
Salah satu contoh NTD ialah tempurung kepala yang tidak terbentuk, iaitu Anencephaly. Bila tiada tempurung kepala, tidak ada perlindungan kepada otak yang bertisu lembut. Akibatnya otak yang terdedah kepada air ketuban akan dihakis atau dikikis di dalam kandungan ibu, sehingga ia hancur dan hilang, dan kemudiannya bayi ini akan dilahirkan tanpa otak.
Ads
Kita boleh mengesan dan mengesahkan kecacatan anencephaly ini melalui imbasan ultrasound scan dari 11 minggu kehamilan, seperti di dalam gambar.
Janin yang tiada otak boleh hidup di dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan sebab tidak perlu bernafas sendiri. Ia mendapat oxygen terus dari uri ke dalam darahnya. Ia tak payah makan sebab boleh mendapat semua nutrisi dari uri terus ke dalam darahnya. Tetapi setelah dilahirkan, ia perlukan fungsi otak untuk bernafas dan perlukan fungsi otak untuk menghisap dan menelan susu. Tanpa fungsi otak, sejurus selepas bersalin, bayi ini akan meninggal dunia.
Begitulah kepentingannya suplemen folic acid, terutama sekali untuk wanita yang ada Diabetes atau wanita yang obese, sebab risiko NTD adalah lebih tinggi untuk wanita yang ada Diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil atau wanita obese yang hamil. Satu lagi cara untuk mencegah kecacatan NTD ialah mengawal Diabetes dan kurangkan berat badan yang obese sebelum hamil.
Ads
Semoga semua ibu-ibu kita mendapat zuriat yang sihat dan bersalin dengan selamat.
Nota tambahan: Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplemen folic acid. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja, tak payah pun beli jenama yang mahal, sebab memang pun folic acid suplemen tu murah saja. Saya tak promote mana-mana jenama tertentu sebab itu tidak penting.
Untuk wanita yang ada diabetes, obesiti, atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos folic acid yang disarankan ialah 5mg sehari.
Untuk wanita yang tiada Diabetes, tiada obesiti atau tidak pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos 400 microgram atau 0.4mg sehari sudah pun mencukupi. Kalau tak boleh cari dos rendah 0.4mg, beli dos 0.8mg atau 1mg atau 5mg pun tak mengapa.
Majlis pernikahan adalah momen terindah antara anda dan pasangan kerana ia menjadi permulaan hidup anda berdua. Biarlah pernikahan hanya sekali seumur hidup dan sentiasa menjadi kenangan abadi sepanjang hayat.
Ikuti beberapa panduan tentang majlis akad nikah yang boleh dijadikan panduan.
1. Mengikut adat, ketika upacara membatalkan air sembahyang, kebiasaanya lelaki mencium dahi pengantin perempuan. Apakah hukumnya perbuatan itu?
Upacara membatalkan air sembahyang sebenarnya adalah acara adat yang diamalkan sejak dulu kala.
Realitinya, mungkin tidak berlaku pembatalan air sembahyang sebab antara pengantin tersebut tidak mempunyai wudhuk dan kalaulah ada, tiada manfaatnya dibatalkan dengan sengaja.
Yang boleh difahami ialah upacara tersebut sebagai titik mula bagi membuktikan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan kini telah halal untuk bersentuhan. Harus hukumnya kerana tiada nas yang jelas menghalang atau memerintah perlakuan tersebut.
2. Bagi pasangan pengantin yang akan bernikah, pengantin perempuan perlu duduk berdekatan dengan pengantin lelaki agar memudahkan proses pertanyaan soalan oleh pihak kadii. Perlu ke terdapat etika yang betul seperti pengantin perempuan perlu duduk dibahagian kiri atau kanan pengantin lelaki?
Memang sewajarnya pengantin perempuan menyertai pengantin lelaki dan orang ramai terutama tika majlis akad nikah, bukan hanya untuk menjawab soalan tuan kadi tetapi untuk turut sama mendengar khutbah nikah dan takliq bakal diucap oleh si suami.
Etika yang tepat ialah berjauhan daripada pengantin lelaki kerana sebelum akad nikah sah, mereka belum lagi pasangan suami isteri. Memadai turut sama berada di dalam majlis dan mendengar dengan teliti segala yang dilafazkan.
3. Menyarung cincin di jari pengantin lelaki oleh pengantin perempuan juga satu amalan daripada tradisi kaum India.
Bagi menjaga adab, sebaiknya pengantin lelaki melutut dan aturannya, pengantin perempuan perlu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan si suami serta mencium tangan suami sebagai tanda, isteri yang bersedia untuk hidup setia di samping suami.
4. Bersolek sepatutnya hanya untuk menambah seri. Terlalu tebal dan menonjol sebenarnya lebih kepada menarik perhatian dan dalam keadaan diri sebagai pengantin yang bakal menjadi isteri kepada seseorang, hakikatnya seperti memperagakan diri yang sepatutnya hanya milik si suami.
Sebaiknya tidak bersolek keterlaluan. Bukan saja tika majlis malah hari-hari biasa. Ironiknya mereka yang jarang bersolek (sekadar mengenakan bedak nipis dan lipstik) akan nampak lebih berseri. walau hanya dengan solekan nipis. Bila terbiasa menyolek, solekan biasa-biasa memang tak memadai.
Buat para gadis, biasakanlah diri dengan solekan biasa agar detik anda sebagai pengantin menjadi saat sukar dilupa.
5. Gunakanlah kanta lekap yang biasa, bukan berwarna. Ingatlah! Tika akad nikah telah sah bererti setiap dosa isteri akan turut dipikul oleh si suami.
Jika benar sayangkan bakal suami, tampillah sederhana, tidak terlalu menjolok mata. Bukan saja sedap mata memandang tetapi agar ada barakah daripada-Nya untuk perkahwinan anda.
Kalau pergi ke restoran makanan segera, Texas Chicken, antara menu yang wajib dibeli adalah honey butter biscuit. Biskut yang menjadi signature Texas Chicken ini memang lembut dan enak dimakan ketika panas-panas.
Jika anda teringin untuk makan honey butter biscuit sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, cubalah buat sendiri di rumah. Resipi biskut ini telah dikongsi oleh Solehah Shafie menerusi akaun Facebook miliknya.
Resipi menggunakan air fryer ini nampak macam mudah. Jom kita cuba buat sendiri di rumah!
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum *
4 sudu kecil baking powder *
2 sudu besar gula (manis ikut suka) *
115g butter yang sejuk *
2 sudu kecil cuka
140g fresh milk
Cara membuat honey butter biscuit:
1. Gaul semua bahan bertanda * sampai jadi bread crumbs
2. Kemudian, masukkan fresh milk dan cuka. Gaul sehingga rata.
3. Masuk di loyang menggunakan sudu atau scop, tidak perlu dibentuk.
4. Letak di dalam air fryer dengan suhu 180/15 minit.
5. Lepas masak, sapukan butter dan madu di atas biskut. Sapu ketika panas.
Mesti kita rasa tak selesa kan dalam tengah sedap dibuai mimpi tiba-tiba ada nyamuk datang kacau ‘mood’ tidur. Lagi pula zaman sekarang ni bermacam-macam penyakit yang boleh didapati dari seekor nyamuk.
Jadi, sebelum anda dan ahli keluarga anda dijangkiti penyakit-penyakit yang bahaya ini, anda boleh cuba menggunakan tips ini untuk menggelakkan dari gigitan nyamuk. Selamat mencuba!
Dalam Teknik Mengawal Nyamuk ini saya menggunakan cecair pencuci pinggan Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat dengan keharuman Lemon (botol kuning berharga sekitar RM2.80) dan ia berkesan. Ia adalah murah dan tidak toksik seperti kebanyakkan semburan nyamuk yang lain.
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini :
Tip ini telah diperkenalkan di satu forum gardening . Letak sedikit air di pinggan makan warna putih dan tambahkan beberapa titisan cecair pencuci Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat . Lepas tu letak dekat poc, patio, meja, kerusi, mahupun di luar rumah.
Ternyata nyamuk akan berkerumun ke situ dan akan jatuh mati tak lama selepas terminum cecair di pinggan dalam lingkungan 3m dari pinggan itu. Cubalah, ia mujarab dan sungguh menakjubkan! Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu kawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekirar rumah anda terutamanya tempat2 ada wabak Denggi atau Zika atau lain-lain virus yang boleh menyerang baik haiwan mahupun manusia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!